Sunday, 11 November 2012

Ujian atau petunjuk

bismillah

Adakah ini ujian atau petunjuk. Susahkan kalau kita nak jaga hati kita, tp dalam masa yang sama hati kita dah lari pada jalan yang tak sepatutnya. Susahnya nak kawal hati dari mengingati dan merindui seseorang yang belum halal untuk kita. serius aku rasa ujian ini yang paling berat aku nak tanggung. Kadang-kadang mengalir jugak air mata bila memikirkan dosa yang tersarang dijiwa. Ya Allah, apakah ini ujian atau petunjukMu.


Sunday, 4 November 2012

kasih sayang Nya

bismillah

"Tuhan sayang pada semua hamba-Nya. Dia tak pernah mahu buat kita derita atau kecewa. Hidup ni adalah satu misteri. Mungkin kita menganggap Tuhan tak adil sebab beri kita dugaan yang hebat hari ini, tetapi esok kita akan faham bahawa segala-galanya hanya untuk menyediakan kita pada kegembiraan yang menanti. Kebahagian tu mungkin datang esok, lusa atau sepuluh tahun lagi. Tetapi percayalah bahawa kegembiraan itu akan datang juga akhirnya."

~coklat (yang manis)~