Sunday, 26 April 2015



Orang kata..
Andai tiada bahu untuk bersandar, tetap ada lantai untuk bersujud.
Walau tiada telinga untuk mendengar luahan, tetap ada Maha Mendengar yang setia mendengar keluhan.

Kita boleh berusaha memahami orang, Namun kita tidak boleh mengharapkan orang memahi kita.

Maafkan saya, awak.
Kadang-kadang saya tak kuat.
Kadang-kadang saya jadi sukar untuk memahami.
Kadang-kadang saya jadi lemah mengikut perasaan hati.

Kerana saya hanya manusia biasa.
Yang punya perasaan kecewa.
Yang punya keinginan menggunung.
Yang punya harapan yang melangit.

Ya Rabb,
Ajarkan aku erti redha,
Ajarkan aku erti tabah,
Ajarkan aku untuk menerima seadanya.

Wednesday, 15 April 2015

Secebis luahan hati

Ya Rabb,
Kau sering memujukku untuk tabah.
Walau kadang kala hatiku tidak kuat.

Ya Rabb,
Kau sering memujukku untuk sabar.
Walau kadang kala aku rasa sungguh lelah.

Ya Rabb,
Kau memujukku agar jangan putus asa.
Walau hati aku sering berbelah bahagi untuk meneruskannya.

Kadang kala aku fikir, sampai bila.
Namun aku yakin janji Allah itu pasti akan tiba.

Kadang kala aku sedih meratapi.
Namun Allah telah menjanjikan setiap kesusahan ada kemudahan.

Aku tahu manusia tidak ada peluang mengembalikan masa.
Tetapi manusia ada daya untuk memastikan sesuatu perkara itu tidak berulang.

Kataku pada hati..moga tabah wahai diri..

Manusia

Manusia itu punya satu sikap,
Bila terhantuk baru tergandah,
Bila sakit baru mengingati,
Bila luka baru diubati.

Kerana apa,
Kerana manusia itu sering lupa,
Sering alpa dan leka,
Sering mengikuti rasa suka,
Hingga lupa ada hadnya.

Kerana itu,
Manusia sering punya peluang kedua,
Punya peluang memafkan dan dimaafkan,
Punya keinginan dibaiki dan diperbaiki,
Punya rasa untuk menjadi yang sempurna.

Kerana apa,
Kerna manusia itu punya sifat untuk mencari yang lebih baik.

Saturday, 11 April 2015

Langit dan bumi

Berpijak pada bumi yang nyata.
Jangan menyimpul harapan yang tinggi.
Usah mengapai langit nan tunjang.
Tak perlu berimaginasi andai tinggal terkapai di dinding sanubari.

Tak semua permintaan dapat dipenuhi.
Tak semua harapan tercapai erti.
Tak semua impian tergapai tinggi.

Kenapa perlu berharap andai kecewa menanti dipenghujung nanti..

Saturday, 4 April 2015

Tentang cinta

Bismillah

Mengikut Ibnu Batal dan Qadi 'Iyad, ada tiga jenis cinta: pertama, cinta yang penuh penghormatan, seperti seseorang mencintai ibu bapanya; kedua, cinta yang penuh dengan kasih sayang, seperti cinta seseorang kepada anaknya; dan yang ketiga, cinta untuk melakukan kebaikan, seperti cinta kepada sesama manusia.

Daripada Anas r.a berkata, Nabi SAW bersabda, "Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya kerana Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka." (Hadis Riwayat Muslim)