Saturday, 23 May 2015

Tips : Cara Menguruskan Duit, Keperluan atau Kehendak

Bismillah

Gaji nak keluar!!! yeah.
Alhamdulillah, moga gaji kali ini dipenuhi keberkatan. Inshaa Allah.

Kalian pernah tak mengalami kekeringan duit di tengah atau akhir bulan?
Let's me share my tips, how to manage your money.




1. Bezakan antara keperluan dan kehendak.

Apa itu keperluan, dan apa itu kehendak?
Let me explain further. Keperluan adalah sesuatu yang mesti dipenuhi untuk memenuhi kemandirian hidup manakala kehendak itu adalah keinginan yang ingin dipenuhi untuk melengkapi kemandirian hidup. Dalam erti kata yang paling mudah, keperluan itu tanggungjawab dan kehendak itu nafsu.

Faham tak? Ok, Kali ni saya akan bagi contoh dalam bentuk table.

Keperluan Kehendak
Sewa rumahTambah koleksi baju&kasut
Bil air Makanan yang teringin
Bil elektrik Tambah eksesori kereta
Bil telefon Tengok wayang
Bil internet Barang kecantikan
Barang asas dapur Shopping
Barangan asas mandi
Barangan asas cucian baju
Ganti baju@kasut@barangan rumah@kereta rosak
Duit simpanan masa hadapan
Duit simpana kawin (ups hehe)

Jadinya, selepas dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Selesaikan dulu semua list keperluan. Don't ever tangguh or skip the list. Tapi, kalau nak tambah boleh.

So, bila boleh nak tunaikan yang kehendak tu?
Bagi saya, segala kehendak boleh ditunaikan dalam waktu seminggu@ 2 minggu sebelum gaji seterusnya keluar. Kenapa?



Sebab...
1. Masa tu lah, tak perlu risau yang duit poket kering sebab gaji seterusnya akan masuk.
2. Masa tu lah, boleh raikan diri kerana mampu menahan nafsu untuk beberapa minggu sebelum tu.
3. Masa tu lah, kau akan rasa bersyukur sebab tak perlu nak beria mengikat perut.
4. Masa tu lah, kau akan rasa bahagia sebab mall2 kosong kurang orang nak beratur shopping.
5. Masa tu lah, kau akan rasa nikmat sebab boleh bershopping lagi even orang lain dah jadikan mall sebagai musuh.

Dan akan terbit soalan seperti ini..
1. Macam mana kalau barang yang kita teringin tu xdapat tunggu sampai hujung bulan?
2. Macam mana kalau promosi yang murah2 tu dah xde lg sampai hujung bulan?

Makanya soalan itu dengan mudah aku jawab, andai itu memang tersurat untukku, maka akan adalah rezeki itu untuk aku. Andai itu bukan rezeki aku, mungkin ada lagi yang terbaik untuk aku. =)

p/s: Only one? Yes, its my tips and only one. =)
Sekian.



Friday, 15 May 2015

Resepi : Kentang bersalut telur

Bismillah

Semenjak pindah ke department baru ni, banyak betul masa ruang dan peluang yang dibentangkan. Alhamdulillah. Dan dengan ruang itu, aku usha mengusha resepi di internet. Dan hasilnya...

Tadaa...panas dari kuali =)


Resepi yang super duper simple, tapi sangat sedap. Cuba sekali, Alhamdulillah menjadi. Thanks untuk DDCT sudi berkongsi resepi yang sedap ni.

Ok, lah. Lets dig deeper, untuk bahan-bahannya saya guna sama seperti dalam resepi asal. Cuma ada sy tak letak daun sup (sbb xde stock). Namun rasa dia tetap memikat dan menjilat sudu.


Kentang Bersalut Telur
Sumber : Resepi Original CT


Bahan-bahan:
5 biji kentang
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil serbuk lada sulah (sy guna papers yg berperisa)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 biji telur
sedikit daun sup
sedikit garam

Cara-cara:

1. Kentang dikupas kulit, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Bila sudah empuk toskan dan dipotong dadu.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali hingga cair, masukkan bawang merah dan digoreng hingga layu. Kemudian masukkan serbuk lada sulah tadi dan sedikit garam dan gaul rata. 
3. Masukkan kentang dan gaul lagi hingga kentang sebati dengan bawang tadi.
4. Ketepikan kentang sedikit, pecahkan telur dalam kuali dan gaul telur supaya hancur sedikit sebelum digaul lagi bersama dengan kentang tadi. 
5. Setelah mesra , masukkan hirisan daun sup. Gaul lagi sampai sebati kemudian bolehlah ditutup api dan hidangkan.

So, to all readers. Selamat mencuba. Inshaa Allah, tak rugi mencuba masak resepi ni. Dan yang penting, bahan-bahan dan cara masak dia yang super duper mudah. Sangat sesuai untuk orang yang xberapa rajin mask dapur macam saya ni... =)

Sunday, 10 May 2015

Doa

Bismillah

Ya Rabb,
Kau berikanlah rasa kecukupan pada kesihatanku agar tidak mengeluh apabila aku sakit.

Ya Rabb,
Kau berikanlah rasa kecukupan pada kasih sayang-Mu agar aku tidak menagih kasih hamba-Mu.

Ya Rabb,
Kau berikanlah rasa kecukupan pada harta yang Kau berikan padaku agar aku tidak menagih harta hamba-Mu.

Ya Rabb,
Kau berkanlah rasa kecukupan pada rezekiku agar aku tidak betah mengeluh kekuranganku.

Amin, Ya Rabb.