Friday, 29 January 2016

Review : Global Sewing Machine GSM-505

Bismillah

Setelah 2 bulan aku menggunakan mesin jahit ni..
Apa yang aku boleh cakap..
Mesin ni...super duper best. sebabbb
1. Murah dan sangat berpatutan
2. Kualiti mesin dan jahitan sangat tiptop
2. Senang nak guna lagi-lagi beginner macam aku ni
3. Barang-barang tambahan senang nak cari
4. Tak bising sangat.
5. Boleh bawak ke mana-mana
6. Barang-barang yang disediakan pun banyak
7. Boleh tukar-tukar tapak jahit.

Best tau mesin jahit ni. Dengan mesin jahit ni pun aku dah banyak menjahit sambil menjual tudung dan shawl Wide shawk for sale

Mana aku beli mesin ni?
Aku beli mesin ni kat LAZADA dengan harga RM174.90.
Aku xpasti ini harga paling murah ke tak. Tapi bagi aku yang baru nak mulakan menjahit. memang berpatutan lah harganya.

Kenapa aku berani beli dengan LAZADA?
Sebab, so far setakat ni barang-barang yang aku beli dari sana memang elok. Alhamdulillah
Service postage dia pun bagus. Orang post tu siap call time nak hantar kat aku tau.

Kotak mesin yang baru sanpai di tangan.
Excited wey bila dapat call yang mesin ni dah sampai
Ini rupa mesin bila aku dah keluarkan dari kotak.
Yang kain tu memang ada tau.

Tadaa...ni lah barangan yang terkadung dalam mesin.
Ada mesin jahir, power cable, foot paddle, 3 gelung benang hitam dna putih , 2 biji skoci, 2 jarum mesin dan few tings yang aku tak tahu nama
Banyakkan barang dia. So, betul la kan yang aku cakap, memang berbaloi beli mesin ni.

Tapi...setiap sesuatu tu mesti ada kelemahan kan..
Ha..setakat ni aku nampak, dia ada satu kelemahan je.
 - Tempat nak letak gelung benang tu agak rendah, so kalau aku beli benang biasa xboleh nak suit     kat batang benang tu.

Jadi, cari penyelesaian yang aku buat, aku biar je gulungan benang aku kat bawah. Tetap dapat menjahit jugak kan...

Bagi aku tu kelemahan yang tersangat lah minor, selagi aku dapat menjahit dengan mudah dan jahitan pun kemas. Hal yang kecik-kecik ni pun aku tak kisah dah.

So...siapa2 yang baru nak belajar menjahit, dan ingin mencuba mesin ni. sila-silakan la ea.
Insyallah, tak rugi beli wey =)





Monday, 25 January 2016

Chocoletto-Choc Crispy Super Sedap

Bismillah

Duhai peminat coklat
Duhai peminat makanan manis
Duhai peminat makanan ngunyah-ngunyah
Duhai peminat yang suka makan sambil buat kerja atau buat assignment

Haha...berpantun pulak
Ha,....untuk semua species peminat-peminat di atas, meh try Chocoletto.
Coklat yang bersalut rice crispy, coco crunch, biskut dan macam-macam lagi.

Tak rugi wey cuba. Makan sekali pasti korang order lagi.
Serius tak tipu, sebab aku pun dah jadi mangsa ketagih benda ni.

Nak cuba? Boleh Whatapps 0178251064(izzati) ea..
Laju-laju wasap sebelum terlambat =)













Wide Shawl for Sale (update stock)

Bismillah

Korang semua..hari ni aku nak update stok tudung yang tinggal.
Siapa yang belum beli..laju2 wey wasap 0178251064(izzati)
Rugi tak beli.
Kain super duper best, senang dibentuk dan digosok.
Yang lagi best, sejuk je pakai tudung ni.

Stoke Wide Shawl:

Dark purple : 2 helai
Mauve : 1 helai
Navy Blue : 2 helai
Admiral : 2 helai
Rosewood : 2 helai
Red blush : 2 helai
Magenta : 2 helai
Punch red : 1 helai
Black : 2 helai
Grey : 2 helai
Light coffee : 1 helai
Light pink : 2 helai
Dusty pink : 2 helai
Light coral : 1 helai
Mint : 1 helai

Stoke Wide Shawl 2 Tone:

Yellow-Green : 1 helai
Yellow-Red : 1 helai
Tawny-Green : 2 helai
Magenta-Admiral : 1 helai

Tudung Bawal Bidang 55/60

Mint : 1 helai
Emerald Green : 1 helai
Purple plum : 1 helai
Choc fire : 1 helai












Ni aku sendiri dah try shawl dia..Mauve colour. Memang super duper best 





Friday, 22 January 2016

Doorgift Cactus


Bismillah

Baru lepas siap satu lagi projek deco-deco untuk doorgift.
Kali ni pilahan customer ialah cactus..
Yes, cactus yg sangat comel walau berduri



Next batch of cute cactus

Cactus siap dibalut dan dideco
Cactus siap.. =)

Cactus siap untuk cust. Sedia untuk diagihkan

ok..untuk siapa-siapa yang berminat untuk jadikan cactus sebagai doorgift.
Boleh la wasap +0197165061 untuk order, ea

Harga satu port cactus : RM5/pc
Penghantaran sehingga dihadapan pintu rumah.






Wide Shawl for Sale

Bismillah

New stok is coming..
Tak jumpa lagi pilihan warna yang diinginkan?
Ha..boleh lah tengok stock wide shawl yang aku ada.
Mana tahu ada yang berkenan =)




cantikan..
Ha..apa tunggu lagi. Laju-laju lah untuk wasap +60197165061untuk pembelian.
Laju-laju wasap sebab stok selalu licin macam pisang panas.

untuk postage:
1-3 helai RM6
4-8 helai RM10

Oh, kalau ada nak request warna sendir pun boleh.
Pilihan warna boleh click ni Warna-warna Kain
Caranya..
1. Pilih warna yang diinginkan
2. PM laju-laju ke +0197165061 untuk warna pilihan.


Thursday, 21 January 2016

Preoder Tudung Bawal dan Wide Shawl


Bismillah

Hari ni aku nak pergi beli kain lagi..
Ada siapa-siapa nak tempah tudung?
Boleh pilih warna yang diinginkan dan wasap je pada aku +60197165061
Insyallah, aku akan jahitkan dan hantar terus ke depan rumah.
Warna pilihan?
Ha..boleh cek kat sini warna tudung
Jangan malu jangan segan ya =)

Nak cari tudung yang ready made?
Boleh click di Wide Shawl atau Tudung bawal bidang 55/60


Cantiknya warna dia.....rambang mata wey








Monday, 18 January 2016

Kenali Warna Kain

Bismillah

Lepas aku berkecimpung dalam perniagaan tudung dan shawl ni, baru aku tahu,
Banyak betul wey nama-nama warna kain yang ada. Kadang-kadang ada nama tu, aku nak sebut pun sampai terbelit lidah..haha

Bila dah dapat ilmu kena kongsi kan..
So, meh aku nak kongsikan nama-nama warna kain yang wujud ni.












tada...terkejut tak..
betul tak aku cakap, memang super banyak, kan..
Jadi untuk readers especially the guy, selamat mengenali dan mengecam ya.
Nanti-nanti kalau bini/bf/adik/kakak engkorang cakap warna tu cantik warna ni cantik, xde la engkorang ternganga je ,,

Sunday, 17 January 2016

Wide shawl for sale

Bismillah..

Tengah mencari wide shawl baru?
Bosan dengan tudung yang ada?
Ha..boleh la usha stok-stok wide shawl yang aku ada.
Panas dari mesin jahit tau.

Kain jenis chiffon.
Super serius aku cakap, sangat mudah dibentuk.
Aku sendiri dah try test pakai shawl ni

Jadi...tunggu apa lagi..
Cepat-cepat ambil phone dan whatsapp ke +60197165061 untuk pembelian





untuk postage:
1-3 helai RM6
4-8 helai RM10
Cantik, kan 😊
Kalau berminat boleh la whatapss 0197165061 aku ya. Jangan malu jangan segan nak order. Kalau segan tak dapat tau.
Nak cari tudung bawal?
Ha...boleh click di Tudung Bawal Bidang 55/60

Thursday, 14 January 2016

Tudung Bawal Bidang 55

Bismillah


Ada sesiapa sedang mencari tudung bawal?
Ha...memang tepat anda berada di sini..
Jom-jom usha tudung,
Panas dari mesin jahit ni.




tada..ni lah dia tudungnya..
cantikkan =)

Ha..dah terpikat tu, sila lah laju2 Whatapps 0178251064(izzati) untuk untuk pembelian

Nak beli kena tahu harga kan?
Ok, harga sehelai adalah RM30
Bidang 55 (ukuran: 1.25m x 1.25m)
tidak termasuk postage tau..

untuk postage:
1-3 helai RM6
4-8 helai RM10

Jenis kain, aku tak pasti nama dia.
Tapi ni kain jenis kilat2 sikit.
Yang pasti, tudung ni senang nak bentuk dan iron.
Serius, sebab aku sendiri dah try test. =)



Ha..yang kat atas ni pulak, satu-satunya tudung bidang 60
Harga sehelai RM32
Juga tidak termasuk postage
Ukuran tudung 1.44m x 1.44m

Jenis kain, sama je macam bidang 55
Ada kilat-kilat sikit dan mudah untuk dibentuk dan di iron.

Jadi apa tunggu lagi,
boleh la laju-laju whatapps untuk pembelian
+60197165061

Nak cari wide shawl yang cantik kebabom?
Ha..boleh click sini Wide Shawl Cantik


Tuesday, 12 January 2016

Oh Kawin Bab 2

Bukak fb cerita pasal kawin
Berbual dengan orang, bukak topik kawin.
Mana-mana je pergi mesti timbul pasal kawin.

Perempuan mana lah yang tak nak dikahwini.
Manusia mana lah yang nak hidup berseorangan.

Jujur aku cakap, everytime terbaca pasal rezeki mudah lepas kawin la..pasal kawin muda lah..atau apa-apa sahaja pasal kawin, hati aku cepat tersentuh. Perit rasa hati untuk menerimanya.

Kalau ikut hati memang nak kawin tahun ni. Tapi...entah lah. 
Kalau lah ia semudah abc..
Bersabar lah hati, andai jodoh itu tiba, tiada sapa mampu menolaknya 😔

Kalau tepuk sebelah tangan je tak akan berbunyi. 
Tapi nak tunggu tangan sebelah bergerak sekali, macam mustahil terjadi.
Biar lah, biar lah ia datang sendiri.
Aku tidak mampu nak mengharap pada benda yang tak pasti


Oh Kawin Bab 1

Nak berkongsi satu entry ni, sangat sesuai untuk para-para darawan dan terunawan..hehe

***************************copy paste from FB**************************************
[ OH KAHWIN ]

Pesanan buat yang belum kahwin (termasuk aku jugak).. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."

Kredit kpd : Kak Jie Nazirah & Saya Gja

Wednesday, 6 January 2016

10 Pesanan Menjadi Isteri Solehah

Bismillah

Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

sekadar gambar hiasan (sumber:google)


Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi“Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

Pesanan lain“Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur.


 Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.

INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.



Sumber: http://albakriah.wordpress.com/

Review Shampoo untuk Masalah Kelimumur

Bismillah

Ada masalah kelimumur? Atau rimas dengan kulit kepala yang sering gatal. Insyallah, aku cuba kongsi review satu produk yang aku guna untuk mengatasi masalah ini.

Produk apa yang aku guna?

Tadaa..nampak tak tu? Eh, bukan yang body shop atau clear. Tu ha..yang tengah tu..Himalaya anti-dandruff shampoo.

Apa yang best pasal produk ni?
Feedback aku..Alhamdulillah since aku pakai shampoo tu dalam 1-2 bulan, aku dah nampak kesannya. Kepala aku dah tak ada kelimumur yang mencemarkan. Tapi..tapi shampoo ini tidak berkesan untuk sesiapa yang memang ada masalah kulit. Yang tu memang terbukti, sebab orang sebelah aku pakai shampoo ni, tapi dia kata takde kesan.

So, untuk para-para reader yang ada masalah kulit yang teruk, better pergi jumpa pakar kulit terus.

Ada satu lagi pasal shampoo ni yang aku kena cakap. Actually, lepas korang shampoo rambut dengan shampoo ni, secara automatiknya rambut akan jadi keras kejung macam dawai. Serius aku cakap ni. Kakak aku pun cakap macam tu jugak. Nanti bila korang dah beli dan pakai, rambut kejung, cakap aku tak pesan awal-awal. 

Haha..cuak tak? Sebenarnya, masa rambut korang basah je dia mengejung. Bila kering, rambut jadi lembut semula. Tapi..kalau korang nak pastikan rambut tu lagi lembut dan teratur, boleh la gunakan hair-cream dan tonik dia. Korang boleh tengok gambar kat bawah tu ea.


Bila masa pulak nak guna benda ni?
Ok, biasanya aku guna benda ni selang seli. Aku biasa shampoo rambut waktu malam, 2 hari sekali. So setiap kali lepas shampoo rambut, aku akan gunakan salah satu secara berganti-ganti. Oh, cara guna pulak...biasanya aku akan sapu kat rambut bila rambut lembap atau hampir kering. Kalau sapu time basah or rambut dah terlajak kering, macam xde kesan sangat. Itu aku lah, kalau orang lain xtahu.

Untuk harga pulak..aku beli benda ni masa ada promo kat Himalaya Shop. Beli combo untuk tiga produk ni dalam RM60. Xsilap aku harga shampoo sebotol macam tu RM25. Mungkin kalau ada promosi, boleh dapat lagi murah. Produk ni boleh didapati jugak di Watson, Guardian atau kedai2 farmasi. 

Ok lah, itu sahaja review dari aku..kalau ada soalan, jangan segan-segan nak tanya, k 😊
Sekian...

Monday, 4 January 2016

Sampai bila kau menipu diri kau ejat..

     -Sampai satu tahap aku kuat untuk jujur pada diri sendiri