Wednesday, 30 March 2016

Review Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef

Bismillah

Fuh..baru lepas makan maggi royale beef ni.
Apa boleh aku kata..TIPTOP SEDAP..plus PEDASSS..

Kuah dia ala-ala sup daging ygg ada rasa black papper sikit.
Rasa dia? Hermm..lebih kurang macam ramen soup daging.
Off-course la kan, nama pun daging hehe
Makin lagi berselera la makan, bila sambil mengunyah tu sambil tengok drama TPI live kat tonton..

Erm..cuba scroll bawah lagi....


Nampak tak isi dalam tu....


See...tengok gambar pun dah menarik, kan...
Ha cuba lah pulak kalau nak tahu rasanya.
Boleh nampak tak..dalam tu terkandung, 
- mee yang kenyal
- daun bawang kering
- carikkan daging......dannnn
- potongan cabai kering 
yang sudah pasti penyebab rasa pedas yang menyucuk tu..

Amaran keras untuk yang tak tahan pedas!!!
MOHON SEDIAKAN SIAP-SIAP AIR SEBELUM MAKAN

Kalau tak, menggelupur la korang..HAHAHA
Aku yang tahan pedas ni pun masih boleh rasa lagi kepedasan dia walau xminum air bergelen.











Saturday, 19 March 2016

Di sebalik "Jom Keluar Makan" Wanita

JOM KELUAR MAKAN

Kalau suami ajak isteri keluar makan, bermakna dia ada banyak duit masa itu. Dia nak belanja isterinya dan mungkin ingin menyatakan yang dia "Cinta" pada isterinya malam itu.

Nasihat kepada isteri:
1. Jangan banyak dalih dan soal seperti.. "Nasi dan lauk banyak lagi tu.. siapa nak makan...." Nanti apa yang anda cakapkan itu difahami oleh suami sebagai anda tidak mahu keluar. Walaupun "bahasa terbalik" anda bermaksud anda pun suka nak makan keluar.
2. Terus jawab, " Ye ke!!!!! best, sayang abang.. jom". Pasti suami anda rasa bahagia malam itu. Kerana telah membahagiakan isterinya.
3. Ikut ajelah ke mana restoren yang dia ingin bawa. Sebab malam itu dia yang nak belanja, jadi dia adalah hos. Walaupun tempat yang dia bawa itu anda tidak suka.
4. Jika dia yang minta anda tentukan restorennya, Jangan kata "Ikut abang le". Dia akan pening kepala. Dalam mindanya dia ingin isterinya bahagia. Terus terang kepadanya secara jelas restoren yang anda suka malam itu.



Kalau isteri ajak suami keluar maka, bermakna dia bosan makan di rumah.

Nasihat kepada suami:
1. Terus bawa di keluar tanpa berikan apa-apa komen ke mana sahaja dia suka. Kerana jiwa dan emosinya pada masa itu sangat "down", dia perlukan suasana lain untuk tambahbaiki hormon oxytocinnya yang telah susut.
2. Jika anda tiada wang masa itu, beritahu dia semasa dalam perjalanan. In sya Allah, semasa membayar nanti, dia akan keluarkan wang daripada beg tangannya dan menghulurkan kepada anda di bawah meja.
3. Jika boleh sepanjang makan malam bersamanya, elakkan bercakap perkara yang boleh menimbulkan krisis. Ini akan merosakkan proses pembikinan hormon oxytocin dalam jiwanya.
4. Ucapkan terima kasih dan I Love U kepadanya sebelum anda berdua melabuhkan tirai malam itu.


Sunday, 13 March 2016

Kek Crepe

Bismillah

Pernah makan kek crepe tak?
Kek crepe ni bentuk dia macam kuih lapis
Tapi...
Kek crepe ni, kek yang ada berlapis-lapis crepe yang diselang-seli dengan fresh cream.
Kalau siapa-siapa yang pernah makan, mesti tahu bertapa sedapnya dia kan.
Bagi yang belum pernah cuba, 
Ha..boleh la try.
Tak rugi nak cuba benda baru, tau .

Jadinya, aku cadang nak bukak tempahan untuk kek crepe.
Boleh request perisa yang diinginkan.
Dan wasap/pm aku untuk tempahan.
My contact no? 0178251064

Harga?
Promosi permulaan, RM20 untuk kek bersaiz 5 inche