Monday, 30 April 2012

Antara Ibu Kandung dan Ibu Mertua

bismillah

Hari ni aku tergerak nak bentangkan isu ibu kandung vs ibu mertua.Kalau nak di ikutkan,kedua-duanya sama penting,sama-sama perlu dikasihi tanpa ada diskriminasi.



Sebenarnya aku nak cakap kat cni yang aku amat solute pada si isteri(terutamanya) yang dapat menjadikan ibu mertuanya seperti ibu kandungnya sendiri.Jujur pada diri,agak susah bagi aku nak buat macam 2,yang perlu mempunyai hati yang telus dan suci dalam mengendalikan kedua-duanya.

Lagi-lagi bila si isteri yang tidak pernah berfikiran negatif dan mencemburui ibu mertuanya bilamana si suami perlu mengutamakan ibu kandungnya sendiri berbanding si isteri yang dikasihi.


Macam mana aku boleh terfikir semua ni?Agak jauh jugakkan fikiran 2.. Sebenarnya ini refleksi aku dari satu novel yang aku baca.Novel ni mengisahkan seorang ibu mertua yang tidak menerima menantu perempuannya. Tapi, si isterini sangat bagus sebab, dia tak pernah berkira dengan ibu mertuanya walaupun ibu itu sering melukakan hatinya.

Cerita ini sangat berkesan dihati sebenarnya,lagi2 bila si suami dipaksa untuk membuka cawangan satu lagi dengan pilihan ibunya sendiri.Lebih sakit bila terpaksa membuat pilihan antara ibu dan si isteri.

Bila difikir-fikirkan kembali,takut sebenarnya nak menghadapi dunia perkahwinan ni(ceh mcm dah byk pengalaman je).Banyak perkara perlu dititik beratkan dan semakin banyak perasaan yang perlu dijaga.Dah tak boleh fikir pasal diri sendiri je...
Moga aku dapat mencontohinya ketika diri ini bersama ibu mertuaku nanti, InsyAllah


Sunday, 25 March 2012

Kenapa nak malu?!?

bismillah...

Alhamdullillah, hari ni ak dah start keje part time dekat tempat ak...
mula-mula agak ragu-ragu jugak lah. Al-maklumlah, langkah pertama....
perasaan gentar tetap ada...

Bila dah mula decide, datang pulak lagi satu tawaran kerja......dah makin banyak pulak.
Tapi skop kerja tetap sama.....

Bila di timbang tarakan, ak pilih pilihan pertama...jadi CLEANER!!?!!




 huhu, memang mula dari bawah ni...
xpe...yang penting HALAL...

so mula pagi ini, jadilah ak minah cleaner part time....
penat memang penat......tapi, kalau nak di compare dengan tawaran yang kedua 2, maybe 
it better..

KENAPA?!? sebabnya... 
1. Tempat kerja lagi dekat.
2. Sumbernya lagi jelas
3. Tak tertekan sangat lah...Majikan n pekerja lain pon ok...
4. Tak terikat dengan apa-apa
 Jadi, kesimpulannya, cleaner tetap jadi pilihanku...

Tapi, bila aku mula kerja 2.....ada yang tanya aku..
X MALU KE?!? 
than, dengan mukaku yang tertanya-tanya, aku tanya dia balik...
NAK MALU KENAPA?!?

huhu, maybe mentaliti orang menyatakan kerja cleaner ni bertaraf rendah...
tapi, bagi aku, selagi kerja 2 x melanggar hukum syarak n undang-undang buat apa nak malu..
Sepatutnya, orang yang dok merompak rumah orang, yang menjual dadah, yang pemberi rasuah 2 yang patut malu....
Dahla buat jahat, merosakkan anak bangsa dan agama lagi...
so kesimpulannya....x perlulah nak malu dengan apa yang kita buat.....selagi kita betul, teruskan...

JANGAN MALU TAK BERTEMPAT.....RUGI JE.. ^_^


Saturday, 17 March 2012

dapur arang...

bismillah...


Pengalaman si gadis yang tidak pernah memasak menggunakan dapur kayu...
sangat excited even hanya memasak dua bungkus mee segera goreng je...

Teringat zaman kecik2 dulu, kalau balik je kampung nyayi(panggilan nenek dalam bahasa jawa) kiterg sepupu sepapat mesti main masak2. Masak ubi lah, daun2 lah....memang best...

 Then, bila ubi dah masak,nyayi buatkan sambal tumisnya....
hmm..sedap2...kenangan manis yang sangat beharga. Lagi2 kiterg masak bukan menggunakan dapur gas moden, sebaliknya menggunakan kayu api dan ranting-ranting kecil je.... 
 time 2 barulah ad rase aura2 kampung 2...

Tapi, itu semua cerita dulu2, kini dah susah nak rasa kehidupan ala2 asli kampung dah. Zaman sudah semakin moden, dan teknologi pun sudah semakin berkembang. Banyak tradisi2 lama yang sudah ditinggalkan.

Thursday, 8 March 2012

Dasyatnya kini

bismillah

- Dasyatnya zaman sekarang, orang panjat pagar rumah malam-malam dah dianggap pencuri. Sedangkan orang itu punya niat baik untuk membantu penghuni rumah itu.
- Dasyatnya zaman sekarang, orang yang datang ke rumah, sudah dicop tidak baik. Sedangkan yang datang itu punya urusan yang ingin diselesaikan bersama penghuni rumah.
- Dasyatnya zaman sekarang, ada orang yang tersadai dibahu jalan hanya dipandang sekali lalu. Sedangkan dia sedang mengalami kesulitan yang amat memerlukan pembantu.
- Dasyatnya orang zaman sekarang, lihat orang berjalan kaki di bahu-bahu jalan pun tidak dapat berhenti untuk menumpangkan. Sedangkan orang itu juga mengharapkan bantuan untuk ditumpangkan bersama.

Tapi.......
Semua situasi ini adalah kesan daripada perbuatan manusia sendiri. Apatah lagi, kini pelbagai idea-idea kreatif penyalahlaku digunakan untuk memanipulasikan situasi yang sedia baik kepada yang tidak baik. Oleh itu....

- Mana mungkin orang yang sedang memanjat pagar pada pukul 3-4 pagi boleh dianggap membantu kerana mejoritinya yang melakukan perkara sebegitu adalah manusia yang punyai niat jahat.
- Mana hadir sifat beraninya ingin membuka pintu pabila dikunjungi tetamu yang tidak dikenali, apabila telah banyak kes-kes pecah rumah dan pukau yang berlaku dewasa ini.
- Mana bisa pemandu ingin berhenti dijalanan untuk membantu kerana punya penjenayah yang sering melakukan taktik yang sama untuk menyamun orang yang baik hatinya membantu.


Sunday, 19 February 2012

tag sana tag sini....

bismillah...

Hari ini ak nak kongsi antara koleksi2 gambar yang ak ambik. Selamat melihat....

 gambar ni aku amik time ondway nak blik umah....sempat la aku break 3/ 4 saat macam 2..
nsib bek x de kete lain time 2...
 

Actually, memang bende ni memang salah satu hobi aku dari zaman kecik2 lagi. sangat suka mengambil gambar, lebih-lebih lagi bande2 yang ada dipersekitaran aku yang aku rasa unik. Sampaikan mak aku ada cakap.. "aty ni, kenapa ambik gambar pokok semua...lain kali ambiklah gambar yang ada orang"...huhu bila aku dengar mak ak cakap macam 2 ak pon senyum je la nyot...



 lagi2 waktu 2 aku hanya mengharapkan camera hp ak yg comel 2 je...so gmbr kurang berkualiti jugaklah...walau kali ni bukan lagi dslr yg ak pegang, tapi gmbr dia kire ok gak r... tunggulah bila dslr sudah berada digenggaman ku nanti ya... ^_^


Thursday, 16 February 2012

Sama-sama kita fikirkan

bismillah

Untuk entry hari ini, aku nak kongsikan potongan cerita janji kekasih yang boleh kita renung-renungkan bersama. Selamat menonton..... ^_^



cuba kita tempatkan situasi kita di tempat 2...boleh bayangkan x apa yang ibu bapa kita akan rintihkan nanti...

p/s : peringatan buat diri ini yang selalu leka dengan kesenorokan yang sementara...insyAllah

Tuesday, 14 February 2012

Antara kenangan

bismillah


Kadang2 aku terfikir, kenapa manusia lebih mudah mengingati kenangan yang pahit berbanding yang manis. Apa lebihnya yang manis berbanding yang pahit?!? Tak dinafikan, aku pon pernah mengalami perkara sebegini. Mula-mula aku tak sedar perkara ni, lepas adik aku tanya, apa kenangan yang aty ada waktu aty sekolah rendah dulu, baru aku terfikir kembali.....apa ya?!? Dan lepas tu aku mula termenung. Kenapa x banyak yang aku ingat ni.?!? Selalunya aku mudah ingat apa yang berlaku kat sekeliling aku. Adakah kenangan yang aku alami dulu lebih banyak manis daripada pahitnya sehingga aku tidak dapat mengingatinya atau sebaliknya?..



p/s: menaip sambil mendengar alunan mendamaikan. thanks to kakinovel coz memaparkan video ni..