Tuesday, 5 February 2013

Valuable of money

Bismillah..

Dulu-dulu aku selalu terfikir, kenapa kita mesti berusaha untuk kaya? Kalau hidup sederhana kan boleh je. Tak perlu berlumba nak jadi orang kaya. Cuba hidup gaya Rasullullah, yang sangat sederhana hingga tiada tandingnya. Dijanji syurga lagi. Jadi, apa guna mencari harta yang banyak-banyak tu. Bukan ke semakin kaya harta, semakin jauh kekayaan rasa kasih sayang. Makanya, baik hidup sederhana, cukuplah dengan apa yang ada.

Tapi, itu semua pemikiran dulu. Sewaktu aku masih terkumpul dalam pemikiran hidup sendirian. Kini aku sedar, mengumpul harta itu penting, namun bukan untuk kepentingan diri sendiri semata. Kalau kita miskin, macam mana mahu menolong orang yang lagi miskin dari kita? Bagaimana nak membantu anak-anak yatim yang kehilangan tempat berlindung? Bagaimana nak menolong orang dalam kesusahan lebih-lebih lagi saudara sedarah daging kita sendiri. Jika tanpa harta, bagaimana kita ingin menunjukkan pada orang bukan islam yang Islam itu addin yang maha hebat?

Apatah lagi dunia kini dipenuhi dengan kekuatan wang. Tiada duit, tiada makanan yang berkhasiat akan diberikan. Tiada duit, tiada pendidikan yang cemerlang diberikan. Tiada duit, jangan dibayangkan rawatan yang cemerlang di hospital. Tiada duit, kebesaran dan kekuasaanNya, kurang diertikan. Namun ingatlah, harta bukan segalanya. Kerna antara10 orang trilion dunia, 8 darinya punya keluarga yang porak peranda. Oleh itu, sebagai seorang muslim, pekerjaan duniawi harus diiringi pekerjaan ukhrawi. Jangan ditinggalkan salah satu apatah lagi keduanya, Insya' Allah

Monday, 4 February 2013

Tulisan atas kertas

Bismillah...

Alhamdulillah, dah nak masuk 3 minggu aku kat sini.banyak jugak perkara yang aku belajar dan diajar. Terima kasih pada semua yang membantu.

Dulu aku selalu terfikir, antara adik-beradikku siapakah yang aku rela pemergiannya dahulu. Ku akui lumrah hidup bersama, sering ada pergaduhan dan persengketaan serta salah faham. Namun, secara jujurnya, aku sendiri tidak rela kehilangan salah seorang dari mereka melainkan biarlah aku yang tiada.

Walau kadang aku marah dengan akak sulungku, tapi ku tahu, bertapa banyak jasa dan pengorbanan yang telah dia taburkan pada kami. Walau angahku sering membuli aku waktu ku kecil, namun dia sering memberiku nasihat dan dorongan untuk merentas kehidupan. Walau sewaktu kecil aku sering bergaduh dengan adikku ana, namun dia banyak menyedarkan aku erti pesaudaraan. Walau aku sering marah dengan perangai keras kepala adikku aliah, namun dia sering membuatku tersenyum melihat keperibadian yang sebaliknya. Walau kadang kala aku marah dengan sikap adikku fatin, namun sikapnya yang mudah dilentur membuatku kagum kepadanya. Jadi, siapa yang ku rela? Jawapannya, biarlah diri ini yang pergi dahulu, kerna aku tamak untuk kehilangan salah satu.

Ya Rabb, jgn pisahkan kami sewaktu kami hidup atau telah meninggal dunia. Satukan lah kami di bawah arasyMu dan jauhilah kami dari musibah yang maha dasyat yang kami tidak mampu menanggungnya. Ya Rahman, Kau Peliharalah ibu bapaku kerna mereka lah insan yang berjaya mendidik kami sehingga kami mengenal-Mu.


Thursday, 31 January 2013

Sebab-sebab Mengapa Kita Gagal dalam Sesuatu Hubungan

Bismillah...

Sedang hatiku gundah gulana dan dilanda kesedihan,aku terbaca satu bahagian yang sangat menarik sehingga membawaku kedunia realiti semula. Daripada buku "Ya Allah, Jagalah Dia Untukku, karya Burhan Sodiq...

Pertama: Si dia bukan orang yang baik untuk kita sehingga Allah tidak berkenan menjadikan dia pasangan hidup kita.

Kedua: Si dia yang akan menghancurkan cita-cita kita di masa hadapan. Sebab itulah Allah tidak mengabulkan doa-doa yang kita panjatkan.

Ketiga: Ada seseorang. Yang lebih layak menemani hidup kita. Diia sudah ditentukan Allah untuk menjadi seseorang yang sangat bererti dalam hidup kita. Boleh jadi dia sekarang sedang memperbaiki diri.

Keempat: Kegagalan yang terjadi adalah untuk mendidik kita mengatasi masalah hidup. Kita sudah biasa menjadi pemenang dan selalu bahagia dengan pencapaian hidup. Kegagalan membuiatkan kita sedar, walau sehebat manapun, kita hanya manusia biasa dan bukan Tuhan yang dapat mengatur segalanya.

Kelima: Kegagalan ini boleh menjadi teguran secara tidak langsung daripada Allah untuk kamu agar selalu bersyukur dengan apa yabg sudah ada dalam hidupmu. Ia juga mengajar kamu supaya tidak alpa dalam hidup dan kembali kepada Allah dengan perasaan yang bangga. Semoga semua yang terjadi membuatkan kita benar-benar tahu dan memahami hikmah yang terbaik bagi kita.

P/s: terima kasih Ya Rabb..

Saturday, 26 January 2013

with the name of Allah

bismillah..

Alhamdulillah..Alhamdulillah.prise 2 Allah to give me health and a lot of kindness.
Sem lepas ak selalu berdoa,in shaa Allah  yg satu hari nnt ak akan belajar d luar negara.Lagi kuat azam ak itu bila setiap kali ak nampak ada kapal terbang yg berlepas sewaktu ak nak pergi ke kuliah.Dan Alhamdulillah,Allah makbulkan  doa aku dengan pantasnya.And now,I'm in Bandung for exchange student

 Bila difikirkan semula,rasa macam x layak je  bende ni buat ak.Tapi perancangan Allah,siapa yg tahu kn...And again aku rasa sangat bersyukur dengan pemberianNya.


Saturday, 5 January 2013

time and gold

bismillah...

Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah, thank you Allah for give me gentleness and a healthy life.
Final exam is in progress and inshaa Allah tomorrow another paper will coming. CAD/CAM and CNC Technology,pray for me ya....

The key word to answer the exam question is understand the fact and the subject.Don't memorise the fact without understand what u memorize. that is invaluable and will lost at the end of the exam. And inshaa Allah, i try to understand the topics untill the end. And one more time, please and please pray for me... Amin ya Rabb =)

Sunday, 11 November 2012

Ujian atau petunjuk

bismillah

Adakah ini ujian atau petunjuk. Susahkan kalau kita nak jaga hati kita, tp dalam masa yang sama hati kita dah lari pada jalan yang tak sepatutnya. Susahnya nak kawal hati dari mengingati dan merindui seseorang yang belum halal untuk kita. serius aku rasa ujian ini yang paling berat aku nak tanggung. Kadang-kadang mengalir jugak air mata bila memikirkan dosa yang tersarang dijiwa. Ya Allah, apakah ini ujian atau petunjukMu.


Sunday, 4 November 2012

kasih sayang Nya

bismillah

"Tuhan sayang pada semua hamba-Nya. Dia tak pernah mahu buat kita derita atau kecewa. Hidup ni adalah satu misteri. Mungkin kita menganggap Tuhan tak adil sebab beri kita dugaan yang hebat hari ini, tetapi esok kita akan faham bahawa segala-galanya hanya untuk menyediakan kita pada kegembiraan yang menanti. Kebahagian tu mungkin datang esok, lusa atau sepuluh tahun lagi. Tetapi percayalah bahawa kegembiraan itu akan datang juga akhirnya."

~coklat (yang manis)~