Friday, 15 May 2015

Resepi : Kentang bersalut telur

Bismillah

Semenjak pindah ke department baru ni, banyak betul masa ruang dan peluang yang dibentangkan. Alhamdulillah. Dan dengan ruang itu, aku usha mengusha resepi di internet. Dan hasilnya...

Tadaa...panas dari kuali =)


Resepi yang super duper simple, tapi sangat sedap. Cuba sekali, Alhamdulillah menjadi. Thanks untuk DDCT sudi berkongsi resepi yang sedap ni.

Ok, lah. Lets dig deeper, untuk bahan-bahannya saya guna sama seperti dalam resepi asal. Cuma ada sy tak letak daun sup (sbb xde stock). Namun rasa dia tetap memikat dan menjilat sudu.


Kentang Bersalut Telur
Sumber : Resepi Original CT


Bahan-bahan:
5 biji kentang
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1 sudu kecil serbuk lada sulah (sy guna papers yg berperisa)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 biji telur
sedikit daun sup
sedikit garam

Cara-cara:

1. Kentang dikupas kulit, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Bila sudah empuk toskan dan dipotong dadu.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali hingga cair, masukkan bawang merah dan digoreng hingga layu. Kemudian masukkan serbuk lada sulah tadi dan sedikit garam dan gaul rata. 
3. Masukkan kentang dan gaul lagi hingga kentang sebati dengan bawang tadi.
4. Ketepikan kentang sedikit, pecahkan telur dalam kuali dan gaul telur supaya hancur sedikit sebelum digaul lagi bersama dengan kentang tadi. 
5. Setelah mesra , masukkan hirisan daun sup. Gaul lagi sampai sebati kemudian bolehlah ditutup api dan hidangkan.

So, to all readers. Selamat mencuba. Inshaa Allah, tak rugi mencuba masak resepi ni. Dan yang penting, bahan-bahan dan cara masak dia yang super duper mudah. Sangat sesuai untuk orang yang xberapa rajin mask dapur macam saya ni... =)

Sunday, 10 May 2015

Doa

Bismillah

Ya Rabb,
Kau berikanlah rasa kecukupan pada kesihatanku agar tidak mengeluh apabila aku sakit.

Ya Rabb,
Kau berikanlah rasa kecukupan pada kasih sayang-Mu agar aku tidak menagih kasih hamba-Mu.

Ya Rabb,
Kau berikanlah rasa kecukupan pada harta yang Kau berikan padaku agar aku tidak menagih harta hamba-Mu.

Ya Rabb,
Kau berkanlah rasa kecukupan pada rezekiku agar aku tidak betah mengeluh kekuranganku.

Amin, Ya Rabb.


Sunday, 26 April 2015



Orang kata..
Andai tiada bahu untuk bersandar, tetap ada lantai untuk bersujud.
Walau tiada telinga untuk mendengar luahan, tetap ada Maha Mendengar yang setia mendengar keluhan.

Kita boleh berusaha memahami orang, Namun kita tidak boleh mengharapkan orang memahi kita.

Maafkan saya, awak.
Kadang-kadang saya tak kuat.
Kadang-kadang saya jadi sukar untuk memahami.
Kadang-kadang saya jadi lemah mengikut perasaan hati.

Kerana saya hanya manusia biasa.
Yang punya perasaan kecewa.
Yang punya keinginan menggunung.
Yang punya harapan yang melangit.

Ya Rabb,
Ajarkan aku erti redha,
Ajarkan aku erti tabah,
Ajarkan aku untuk menerima seadanya.

Wednesday, 15 April 2015

Secebis luahan hati

Ya Rabb,
Kau sering memujukku untuk tabah.
Walau kadang kala hatiku tidak kuat.

Ya Rabb,
Kau sering memujukku untuk sabar.
Walau kadang kala aku rasa sungguh lelah.

Ya Rabb,
Kau memujukku agar jangan putus asa.
Walau hati aku sering berbelah bahagi untuk meneruskannya.

Kadang kala aku fikir, sampai bila.
Namun aku yakin janji Allah itu pasti akan tiba.

Kadang kala aku sedih meratapi.
Namun Allah telah menjanjikan setiap kesusahan ada kemudahan.

Aku tahu manusia tidak ada peluang mengembalikan masa.
Tetapi manusia ada daya untuk memastikan sesuatu perkara itu tidak berulang.

Kataku pada hati..moga tabah wahai diri..

Manusia

Manusia itu punya satu sikap,
Bila terhantuk baru tergandah,
Bila sakit baru mengingati,
Bila luka baru diubati.

Kerana apa,
Kerana manusia itu sering lupa,
Sering alpa dan leka,
Sering mengikuti rasa suka,
Hingga lupa ada hadnya.

Kerana itu,
Manusia sering punya peluang kedua,
Punya peluang memafkan dan dimaafkan,
Punya keinginan dibaiki dan diperbaiki,
Punya rasa untuk menjadi yang sempurna.

Kerana apa,
Kerna manusia itu punya sifat untuk mencari yang lebih baik.

Saturday, 11 April 2015

Langit dan bumi

Berpijak pada bumi yang nyata.
Jangan menyimpul harapan yang tinggi.
Usah mengapai langit nan tunjang.
Tak perlu berimaginasi andai tinggal terkapai di dinding sanubari.

Tak semua permintaan dapat dipenuhi.
Tak semua harapan tercapai erti.
Tak semua impian tergapai tinggi.

Kenapa perlu berharap andai kecewa menanti dipenghujung nanti..

Saturday, 4 April 2015

Tentang cinta

Bismillah

Mengikut Ibnu Batal dan Qadi 'Iyad, ada tiga jenis cinta: pertama, cinta yang penuh penghormatan, seperti seseorang mencintai ibu bapanya; kedua, cinta yang penuh dengan kasih sayang, seperti cinta seseorang kepada anaknya; dan yang ketiga, cinta untuk melakukan kebaikan, seperti cinta kepada sesama manusia.

Daripada Anas r.a berkata, Nabi SAW bersabda, "Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya kerana Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka." (Hadis Riwayat Muslim)