bismillah..
tanggal 2 ramadhan aku teringin meluahkan isi hatiku yang telah sekian lama aku pendamkan.
sebenarnya aku teringin berkongsi tentang peranan seorang wanita yang bertudung labuh..
jika ditimbang tarakan,ingat senang ke peranan seorang wanita yang bertudung labuh tu?
Masyallah, hanya Allah yang mengetahui.Pabila seorang wanita itu bertudung labuh,secara sekelip mata sahaja segala perlakuan dan perbuatan dia diperhati.bila dia cakap orang nilai,bila dia berpakaian orang tengok,sedangkan bila dia bergaul pun orang lain boleh kata..Subhanallah,apatah lagi mind set orang zaman sekarang,perempuan yang bertudung labuh je mestilah sempurna akhlaknya dari segi dalaman dan luaran..
sedangkan,tidak ada insan pun di dunia ini amat sempurna sifat dan akhlaknya..apatah lagi kita sebagai umat akhir zaman..cuma lumrah manusia ingin mencari yang sempurna tidak kira dalam bersahabat atau berpasangan..apatah lagi,jika kita pergi membeli belah pun kita juga ingin mencari barang yang sempurna dan berkualiti tinggi..
oleh itu,sedarlah sesungguhnya setiap orang itu sama sahaja...ingin mengubah dan berubah..tetapi kadang kala kita teralih seketika dengan perubahan yang ingin kita lakukan.
apatah lagi kita manusia biasa tidak dapat lari dengan godaan syaitan dan hawa nafsu yang sungguh hebat..hanya iman dan akal sahaja yang dapat membantu kita mencari jalan yang sebenar2nya jalan yang di redhaiNya..
Maka,sedarlah wahai manusia,janganlah kita sering menilai dan memburuk sangka terhadap orang lain.apakah kita sudah cukup sempurna untuk dinilai?lebih2 lagi dengan segala perbuatan kita yang lebih banyak buruk daripada baiknya?..sedarlah,jangan kamu wahai sahabat bangga dengan amalan yang kamu lakukan tetapi bermuhasabahlah dengan kemungkaran yang lebih banyak kamu kerjakan..
jangan lupa berusahalah menjadi manusia yang berfikiran positif kepada sesuatu,tidak kiralah yang datang itu adalah perkara yang baik atau pun perkara yang sebaliknya.sesungguhnya segala yang ada ini adalah milik Allah.dan Dia berhak untuk melakukan apa sahaja ke atas hambanya yang berada di alam ini..maka layakkah kita untuk menilai segala perbuatanNya?..
p/s:bukan diri ini terlalu sempurna,tetapi adalah diri ini berusaha ingin menjadi lebih baik dari hari sebelumnya..InsyAllah bersama sahabat kita berusaha
No comments:
Post a Comment