Friday, 9 December 2011

Doa untuk dia

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah engkau ciptakan dia untuk diriku, meskipun dipisahkan oleh jarak yang jauh pada pandangan mataku, malah tiadanya hubungan bicara antara dirinya dan diriku, Engkau ketemukanlah jiwanya dengan jiwaku pada waktu yang telah ditakdirkan olehMu, dan satukanlah hatinya dengan hatiku dengan cara yang halal mengikut syari'atMu.

Titipkanlah kebahagiaan di antara kami agar kemesraan itu kekal abadi dan takkan pernah berhenti, agar dirinya sentiasa bahagia dan gembira didalam hati.

Ya Allah, yang maha mengasihi, seandainya ditakdirkan kami bersama dalam ikatan yang diberkati, seiring waktu berjalan tiada henti, bimbinglah kami melayari hidup ini menuju kebahagiaan yang abadi..

Akan tetapi, seandainya telah engkau takdirkan bahawa dia bukan milikku, Bawalah ia jauh dari pandangan, fikiran, hati, dan sanubariku. Hilangkanlah kerinduan dan luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari sikap putus asa dan kecewa didalam jiwaku.

Berikanlah aku kekuatan untuk menepis bayangannya jauh ke hujung langit biru agarku boleh merasai bahagia dan tersenyum walaupun dia tiada bersamaku. Makbulkanlah doaku agar dia bahagia setiap masa sebagai kenangan itu bagiku. Gantikanlah yang telah tiada dan pergi, 'tumbuh'kanlah yang patah kembali. Engkau gantilah dengan insan sepertinya untuk diri ini..

Ku serahkan segala jiwa dan raga ini kepadaMu kerana ia hanya milikMu ya ILAHI. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik dalam kehidupan hambaMu ini, dan matiku kerana Engkau yang Maha Mengetahui. Segala dariMu adalah yang terbaik bagiku, ku yakin dan percaya pada hakikat itu..

Ya Allah...Cukuplah engkau saja yang menjadi pemelihara diri dan jalan hidupku. Ku berharap padaMu, sudikanlah mendengar rintihan dari setiap untaian doa-doaku, kerana hanya mampu keberikan kepadanya adalah sekadar keikhlasanku, kerana ku sedari bahawa tidak miliki apa-apa selain dariMu"

No comments: