Tuesday, 31 January 2012

The long and tired journey

bismillah

Nak cerita hari terakhir PMG 2012 yang berlangsung di UTM Skudai, dibawah penganjuran KPIJ, mulalah badan ni terasa sengal2 dan kepenatan yang teramat. Muka dah menjadi layu kesepian disamping mata yang bukak segan lelap x mahu...

Lagi2, bila menjelang pukul 5 pagi, ada komuniti yang mengetuk pintu bilik melaporkan ada peserta yang migraine.huhu...memang terpinga-pinga jugak la mulanya....Alhamdulillah, dapat juga selesaikan masalah yang mendatang. Tapi yang sedihnya, ramai jugak lah peserta yang sakit....selesema, batuk, sakit kepala, flu, dan yang hampir demam pun ada, terasa kasihan pada mereka....ha, pihak komuniti juga apa kurangnya, mujur tidak melarat teruk keadaan mereka.

Paling sakit, waktu nak cari panadol soluble buat budak2 ni lah. Jenuh mencari disetiap pelusuk kedai yang berkemungkinan ada, akhir2 Watson Jusco jugakla yang aku kejarkannya...

Bila nak balik semula ke Segamat, sakit kepala+mengantuk menyerang...tanda2 kurang kandungan dalam darah mula mendatang....cukup menguji keimanan dan kesabaran. Terasa perjalan sangat jauh dan lama. Apatah lagi jalan yang penuh kegelapan seperti tiada hujungnya. Hanya lampu kereta yang menyilaukan pandangan yang menjadi peneman perjalanan...

Pemanduan dah semakin mencabar...ala2 kanggaru pon ada...mata pula terpaksa dibesarkan, mula menfokuskan pada jalan yang berlubang2 ala gaung yang mula nak terbentuk....melawan cahaya yang berlumba2 masuk kedalam mata sehingga mengkaburkan pandangan yang sedia kelam....


mujur ada insan yang sudi meneman, syukran, danke, merci aku ucapkan ^_^. kurang jugakla rasa mengantuk yang mendatang...bila dah sampai rumah, lega menyulam rasa. Katil, bantal dan ted dah mula terbayang dimata...

Walau sakit,perit dan jerih terasa sepanjang program dan perjalanan, Alhamdulillah, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi....terasa segala ini bukan sia-sia... =) Alhamdulillah setinggi kesyukuran aku ucapkan kepada Nya...

Saturday, 28 January 2012

Program Menara Gading PMG-12

bismillah




Sempena cuti sem yang sedang berlangsung, beserta kemasukkan pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM yang akan menapak ke menara gading, kami pihak KPIJ(Kesatuan Pelajar Islam Johor) telah melaksanakan satu program yang dapat membantu adik2 untuk mengenali dunia kampus sebelum mereka menerjun kedalamnya sendiri...

Kali ini,program dijalankan di UTM Skudai Johor selama 3 hari 2 malam dengan bertemankan para komuniti yang tampan serta jelitawan dari pelbagai sumber IPTA di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Semoga program ini berjalan dengan lancar dan jayanya...InsyAllah


p/s:: mood : penat sgt smpai x blh tido...last2 blog juga yg ak ngadap...gheeee ~_~

Tuesday, 24 January 2012

aktiviti cuti sem...

bismillah

sempena cuti sem yang berlangsung ni, ibu dah sediakan kerja untuk aku isi, iaitu menterjemahkan nota kelasnya daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia...huhu, semua sekali ada 10 bab dan setiap bab telah dipecahkan kepada tajuk2 kecil.



Tapi...........walaupun banyak, it still enjoyable sebab waktu ni lah aku dapat mengimbau kembali zaman aku sekolah dulu2...zaman ketika aku berkerut-kerut nak menghafal fakta sains yang banyak bagai, berguling-guling nak menghafal istilah yang boleh tergigit lidah hendaknya dan zaman kena denda lari pusing tapak parking sebab x dapat jawab soalan....sangat manis bila dikenang,even pahit bila dilalui dulu.... ^_^

Wednesday, 18 January 2012

Alhamdulillah...rezeki ni....

bismillah...

time ak ngah study kat library, tiba2 ad sorang hamba Allah yang sangat baik hati memberikan aku coklat dan kek...sangat teruja jugaklah, lagi2 insan yang baik hati 2, tidak aku kenali...walau apa pun, Syukran jazilan, dozo2 arigato ghozaimas untk dia....sedap 2...



 katanya dari langkawi....asal coklat tetap layan

 kek coklat banana

 p/s: tp yg pling kesian, org 2 la....trpkse mkn kek ni jugak walau muka 2 dah berkerut2 nak suap....

Tuesday, 10 January 2012

ucapan dalam kata

bismillah

Entah hari ini, aku rasa lain..yup, kelainan yang mengelirukan minda dan fikiran. Kenangan lama terimbau kembali dan deja vu didalam mimpi menjadi realiti.
Apatah lagi, ada sesuatu yang menghantui diri, buat aku tak sedap hati. plez, jangan kacau diri ini, jika diri ini tidak mengganggu kamu..moga hanya bayangan yang hampir padaku. Dan tiba2 tadi, hati menjadi panas.bahu berdenyut kerap,belah kiri dan kanan berganti siap. Mula berfikir sebab dan akibat. Moga dijauhi segala musibah dan dilimpah rahmat. InsyAllah.

Monday, 9 January 2012

Aku berkampung lagi

bismilah


aku berkampung lagi!!!!!!!!!!!! huhu, dah hari keberapa ni? xdpt dikenal pasti. agak2 lps ni kene cri rumah sebelah library kot. sng nak tukar baju ke, nak balik tido kejap ke....uh, rse2 ad nak jdkn library ni umah kedua la...aci x? ^_^

Sunday, 8 January 2012

Ceritera Seorang Pemuda

bismillah

Kisah bermula di sebuah kampung..Dilihat seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.
Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia sekali lagi bangkit membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah dia sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab:
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai
dimasjid dgn selamat..’


P/s : “Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .”

tidur itu indah

bismillah

perbualan dipagi hari:-
kata mata :"dapat lelap sekadar cuma sedap ni",
kata hati : "ha'ah,tengok angin mendayu2 macam didodoikan dah ni"
kata badan : "betul2, ak pon masih tersa penat ni,kalau dapat baring, mesti best"
kata katil : "marilah dekati ak, ak sedia berkhidmat untuk kamu"
kata iman : "janganlah kamu tidur selepas subuh, nescaya rezekimu yang lapang akan menjadi sempit"
 
agak2 kitalah, mana yang kita akan ikut, kata mata, hati, badan atau iman?huhu actualy, ini suma imaginasi untuk diriku yang sedang memaksa diri untuk terus bangun selepas subuh ni.(x btol2 subuh pon sebenarnnya). selepas lelah menempuh hari semalam yang mendatang yang sangat dasyat rasanya. 1 hari tanpa tidur dari pagi(slps subuh) hingga ke lewat pagi, tetapi masih bersemangat seperti di pagi hari.(ceh, macam mana ayat ni entah,banyak na ayat paginya lah).
namun, bila difikirkan balik, hanya Allah yang menguruskan segala. walaubagaimanapun, kesyukuran ak panjatkan kepada Allah kerana segala gerak kerja ku semalam, Alhamdulillah terbentang juga hasilnya. moga hari ini, aku dapat menguasai lagi salah satu ilmuNYa yang sungguh luas ini. InsyAllah..

Friday, 6 January 2012

Cerita cinta majid&jane

bismillah


cinta yang suci tak semestinya memiliki,
cinta suci tak kenal erti pentingkan diri.

cinta yang suci berseri ibarat bintang dimalam hari,
beri cahaya kepada yang mencari.

cinta yang suci nilainya tinggi,
kerana Allah berada disisi.

serangkap ingatan

bismillah

Jika matamu sakit melihat seluruh dunia dan isinya,ambillah masa seketika untuk melihat dan membaca Al-Quran, InsyAllah kuranglah sakit yang dirasainya.

Jika kakimu sakit setelah melangkah melangkaui dunia, ringankanlah dirimu untuk melangkah ke masjid berjemaah bersama, InsyAllah kuranglah sakit yang dirasainya.

Jika kepalamu pening dan sakit memikirkan masalah dunia yang tidak habis jua, jarakkanlah sebentar dengannya dan sujudlah kepada yang Esa, InsyAllah permasalahan yang dihadapi akan dapat diselesaikan dan kesakitan yang ditanggung dapat dikurangkan.

Thursday, 5 January 2012

Perkongsian pagi

bismillah

memandangkan semalam aku ada pergi kuliah maghrib di salah sebuah masjid kat Melaka ni, maka hari ini ak nak berkongsi ilmu aku kepada kalian ye. Disampaikan oleh seorang ustaz yang ku agak beliau berkemungkinan besar daripada Kelantan(klu ikut slang yg ak dengar lah) dan menguruskan sebuah sekolah pondok di Melaka..



"Orang yang membuat amal ibadah tanpa ilmu ibarat debu"

"Barang siapa yang ingin melihat ahli-ahli syurga, lihatlah orang2 yang menuntut ilmu"

"Hati bagai raja, jasad bagai negara dan anggota badan adalah rakyat jelatanya"

"Tiada dosa yang paling teruk selain orang yang mengharapkan syurga tanpa iman"

"Adalah tersangat pelik bagi orang yang terasa cukup dengan kejahilannya"

renung-renungkanlah bersama, dan fikirkan kembali segala perkara, amalan dan perbuatan kita di dunia yang fana ini...(nasihat untuk diri dan orang-orang yang kusayangi..)

~pesona dunia~

Wednesday, 4 January 2012

Ciritera hari ini

bismillah

hari ini aku terasa seperti wanita bekerjaya lak..jadualku untuk satu hari ni tersangatlah penuh..

7.00pg : mandi dan cuci baju
8.00pg : sarapan dan bergerak ke UTeM
8.45pg : mula berkampung di library
10.30pg : curi2 keluar untuk tido sebentar (serius,trse tersangat pening kepala waktu 2)
11.45pg : kembali ke library menyambung tugas yg telah dijadualkan
1.10ptg : melarikan diri sebentar untuk solat dan makan tengahari
3.30ptg : kembali ke tempat bertapa
5.15ptg : surrender dan berlari ke jusco untuk beli sarapan esok
6.00ptg : round2 botanikal (menghanyutkan diri dengan alam)
7.10ptg : berkejar ke masjid
8.55mlm : kembali ke rumah untuk beristirehat

bile dah sampai rumah, barulah terasa penatnya. Kepala mula pusing dan mata mula kabur. Alhamdulillah tergerak nak mandi ais, mula terasa kurang bebanan dikepala. Tetapi yang sedihnya.....rumahku kepupusan air!!!!! warghhhhh,terpaksa mandi air di dalam baldi....

tp serius,terasa hari ini sangat berat. Cuaca yang tersangat panas dan bahangnya membawa kepada keberatan pada kepala dan mata. Mula hanyut pada fikiran dan pergerakan pula kurang terkawal. Pegang hp...hp jatuh, pegang air...air jatuh, pegang dulang..Alhamdulillah x jatuh. Kalau x, haru jadinya.

Sunday, 1 January 2012

kisah sekampit beras

Bismillah

Peperiksaan semakin hampir, tinggal lagi 2 hari untuk ak pulun habis subject yg nak di jawab nanti... Moga segala urusanku dan urusan kawan2ku dipermudahkan..InsyAllah, Amin..

Sebut pasal kawan ni, ak nak berkongsi satu kesah tentang kawanku, yang sangat3 terkesan pada diri aku...serius agak2 smpai hujung nyawa kot ak  ingati dan ceritakan semula kepada anak cucu cicitku nanti....InsyAllah...

ianya bermula, semasa diawal kehidupannya, hidup keluarga mereka agk susah. Then, satu hari dia bersama ibunya pergi membeli beras di sebuah kedai...sesemasa dalam perjalanan balik, dia terjatuhkan plastik beras 2. Ia boleh diterima kalau beras 2 dalam bag plastik yg dibungkus tebal macam skarang, tp yg dibelinya sekarang ialah beras timbang, so blh di bayangkan yang beras 2 bertaburan keluar dan bersepah diatas jalanan..



kalau korang yang berada dalam keadaan 2 korang akan buat apa?
A. tinggalkan sahaja beras 2 dan kembali ke kedai untuk beli yang lain
B. kutip semula beras itu dan bawa pulang ke rumah

well, klu ak sendiri, ak lbh prefer jawapan A. tapi yang kawan ak ni, dia telah mengambil jawapan B sebagai pilihan dia. Ya Allah, bila ak terdengar citer 2, hati ak terus tersentap. serius, sangat-sangat tersentap bila dia dan ibunya mengutip kembali beras2 yang dah bertaburan dijalanan...

bila fikir2 kan kembali, bertapa sangat aku yang tidak bersyukur dengan kelebihan yang diberikanNya dan bertapa membazirnya aku selama ini pada rezeki yang diberikanNya. terus diri ini dilanda kekesalan yang melampau. Memang selama ini aku tak pernah menghadapi kesusahan yang teruk macam kawan2 aku hadapi, tapi aku boleh bayangkan kot. even duit ak tinggal rm10 dalam poket ak  boleh terasa amat susah, apatah lagi orang yang tinggal rm1 dalam poketnya...lagilah teramat2 susah rasanya...

so, untuk memperbaiki diri aku yang serba kekurangan ini, aku dah setkan dalam fikiran aku, kalau makan sesuatu mesti kene habiskan. even waktu 2 ak dah sparuh kenyang atau dah kenyang. pembaziran perlu dielakkan. walau bukan mudah untuk aku lakukan, InsyAllah selagi aku masih teringat cerita kawanku ini, akan aku berusaha gigih menghabiskan makanan yang aku beli.. lebih2 lagi nasi(yup, makanan yang paling kurang aku gemari)