Tuesday, 31 January 2012

The long and tired journey

bismillah

Nak cerita hari terakhir PMG 2012 yang berlangsung di UTM Skudai, dibawah penganjuran KPIJ, mulalah badan ni terasa sengal2 dan kepenatan yang teramat. Muka dah menjadi layu kesepian disamping mata yang bukak segan lelap x mahu...

Lagi2, bila menjelang pukul 5 pagi, ada komuniti yang mengetuk pintu bilik melaporkan ada peserta yang migraine.huhu...memang terpinga-pinga jugak la mulanya....Alhamdulillah, dapat juga selesaikan masalah yang mendatang. Tapi yang sedihnya, ramai jugak lah peserta yang sakit....selesema, batuk, sakit kepala, flu, dan yang hampir demam pun ada, terasa kasihan pada mereka....ha, pihak komuniti juga apa kurangnya, mujur tidak melarat teruk keadaan mereka.

Paling sakit, waktu nak cari panadol soluble buat budak2 ni lah. Jenuh mencari disetiap pelusuk kedai yang berkemungkinan ada, akhir2 Watson Jusco jugakla yang aku kejarkannya...

Bila nak balik semula ke Segamat, sakit kepala+mengantuk menyerang...tanda2 kurang kandungan dalam darah mula mendatang....cukup menguji keimanan dan kesabaran. Terasa perjalan sangat jauh dan lama. Apatah lagi jalan yang penuh kegelapan seperti tiada hujungnya. Hanya lampu kereta yang menyilaukan pandangan yang menjadi peneman perjalanan...

Pemanduan dah semakin mencabar...ala2 kanggaru pon ada...mata pula terpaksa dibesarkan, mula menfokuskan pada jalan yang berlubang2 ala gaung yang mula nak terbentuk....melawan cahaya yang berlumba2 masuk kedalam mata sehingga mengkaburkan pandangan yang sedia kelam....


mujur ada insan yang sudi meneman, syukran, danke, merci aku ucapkan ^_^. kurang jugakla rasa mengantuk yang mendatang...bila dah sampai rumah, lega menyulam rasa. Katil, bantal dan ted dah mula terbayang dimata...

Walau sakit,perit dan jerih terasa sepanjang program dan perjalanan, Alhamdulillah, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi....terasa segala ini bukan sia-sia... =) Alhamdulillah setinggi kesyukuran aku ucapkan kepada Nya...

No comments: