bismillah
Alhamdulillah, skarang dah nak masuk pertengahan ramadhan dah. Moga kita terus melipat gandakan usaha dalam mengejar keberkatan ramadhan yang hampir hujungnya.Insya Allah.
Ingin dikongsikan, sepanjang ramadhan ni,, dah macam2 perkara yang berlaku ujian dalam gembira, musibah dalam derita, dan sedu dalam ketawa. Hanya kepada Nya sahaja yang aku ada untuk mengadu.
Sabar, apa ya pengertian sabar yang sebenar. Adakah sabar itu ialah bila kita diuji, kita terima seadanya tanpa mengambil iktibar. Atau sabar itu adalah hanya kata2 yang diucapkan ditebing bibir untuk meredakan insan yang ditimpa kesulitan atau kesusahan. Jika inilah pengertian sabar yang sebenar, perlukah ada istilah "sabar aku pun ad hadnya"
patutkah ia diertikan sebagai sabar. Jadi, bila had sabar dah sampai?dah xde sabar lagi? macam 2?
Pada aku, sabar yang sebenar-benar sabar ialah apabila kita diberi tuba, kita balasnya dengan susu. Maknanya, bila kita diberi ujian terutamanya sesama manusia, kita tetap balas dengan kebaikkan. Walau kadang kala kita rasa dugaan yang dihadapi sangat berat.Contohnya bila kita difitnah seseorang, tp kita still lg kawan dengan orang yang fitnah kita dan kita tetap bg kebaikkan pd si dia tanpa mengharapkan balasan.
Tp, bolehkah kita jadi macam 2?Seolah-olah seperti seorang insan yang punya hati suci yang rela dilukai dan ttp menerima dia tanpa berkira.
Jawapannya, boleh jika kita benar2 letakkan diri kita pada lillah hi ta'ala. Sebab Allah itu Maha adil, x perlu kita bersusah payah nak membalasnya. Biar Dia saja yang menetukannya.
Siapa kita untuk menghukum....
No comments:
Post a Comment