bismillah...
Saat manusia diuji, hanya Allah tempat terbaik untuk didekati. Dan bilamana aku diuji dengan seperkara yang paling berat untuk ditanggung, ak jadi buntu dan kelu untuk memikirkan jalan penyelesaian.
Ya Allah, aku rela jika Engkau mengujiku dengan kematian,
kerana ku tahu setiap yang hidup pasti akan mati.
Ya Allah aku rela jika Engkau mengujiku dengan kemiskinan,
kerana ku tahu miskin harta tidak akan menjamin kebahagian di akhirat.
Tetapi Ya Allah, jangan Engkau ujiku dengan cinta dan kasih sayang,
Apatah lagi perasaan itu pada seorang lelaki yang masih tidak halal untukku,kerana aku ingin memberikan cinta dan kesetiaanku hanya pada insan yang halal untukku.
Bantulahku Ya Allah untuk aku mengekalkan perasaan dan kasih sayangku hanya untuk sang suami yang kelak akan bersama disisiku.
Ya Allah, jika dia jodohku,
permudahkanlah segala urusan dia dan urusanku serta selesaikan segala permasahalan yang kami hadapi.
Namun jika sebaliknya, Engkau bukakanlah jua jalan agar kami dapat menyelesaikannya dengan cara yang mudah tanpa ada persengketaan dikedua-dua belah pihak.
Ya Allah, jika dia jodohku. Satukanlah hatinya dengan hatiku dengan berlandaskan syariatmu.
Namun, jika sebaliknya, Engkau berikanlah yang terbaik untuknya dan untuk diriku.
~coretan seorang hamba yang lemah~
No comments:
Post a Comment