Thursday, 15 August 2013

Penghuni Baru

bismillah

Semalam ada lagi sorang penghuni baru yang masuk. Kali ni kes dia lain sikit dari budak-budak kat sini. Dia seorang mualaf dan berumur 13 tahun. SubhanAllah, terdiam aku sekejap. Detik hati aku mengatakan, "muda lagi budak ni". Terus ingatanku teringat pada anak murid ibuku yang ingin menjadi muslim namun masalah umur dan keluarga menjadi penghalang utama.

Lalu aku tanyakan pada kak Syikin (pengurus disitu) tentang salah silah gadis mualaf itu. Rupa-rupanya dia tinggal berseorangan selepas ibunya seorang mualaf juga telah meninggal dunia. Sebelum ini dia dijaga oleh pakciknya yang beragama lain. Oleh itu, demi menjaga agama dan akidahnya, dia dihantar ke sini untuk membantunya mendalami Islam dengan lebih sempurna.

Tumpah rasa kasihan kepada gadis itu. Pada mula pertemuan, dia kelihatan takut-takut untuk berkata. Namun setelah saya berbual panjang dengannya, dia mula boleh berbual mesra dengan ku. Moga kamu menjadi insan yang tabah dan muslimah yang baik sis, itu doaku dalam hati.

No comments: