Tuesday, 10 September 2013

Just from heart

Bismillah

Sedang aku memandu pulang ke rumah, terlihat seorang pakcik tua di pinggir jalan sedang membongkar timbunan sampah dan mengambil sehelai pemaidani kecil antara timbunan. Lalu dia cuba mengibas-ngibas pemaidani, membuang debu dan hama yang terlekat. Terdetik perasaan sayu dalam hati. Bagaimana lagi mereka mahu untuk rakyat berjimat?

Mungkin ada sebilangan insan kaya yang sering bermewah. Tetapi, masih ada kelompok insan yang hanya cukup seadanya sahaja. Dan semestinya insan-insan seperti ini lah yang masih ramai dan sering ditindas serta dipinggir akibat kemiskinan. Apakah mereka tidak cukup berjimat?



No comments: