Monday, 30 December 2013

Satu mimpi

Bismillah

Ada satu kisah mimpi yang ak teringin sangat nak kongsi, tapi hari ni baru aku ada ruang dan peluang untuk mengarang. Satu mimpi yang pelik, nak kata seram pun tak, so entahla

Alkisah mimpi ku bermula dengan satu hari, ak nak hantar adikku balik asrama. Bila keluar dari simpang rumah ak 2, tiba-tiba je suasana yang ceria dan gembira bertukar suram dan kelam disebabkan keadaan sekitar jalan yang sangat tragis. Mayat bergelimpangan, ada yang kepala berpusing dari kedudukan asal, dua mayat berhempap bersama, dan ada juga yang kedudukan anggota badan mayatnya lari dari keadaan asal.

Kami dalam kereta semuanya tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang terjadi. Seolah-olah kawasan sekelilingku baru terkena tsunami yang dasyat. Sepanjang perjalanan kami terdiam kekakuan. Sungguh ramai seolah-olah hanya kami yang tinggal di situ.

Akhirnya, tanpa tahu kisah sebenar, ak terjaga dari tidor. Dan sehingga sekarang ak masih tertanya-tanya apakah mimpi ku yang kemarin itu hanya mainan tidur atau ad makna sebaliknya. Pokoknya, hingga kini ak masih dapat membayangkan dengan jelas suasana keadaan yang berlaku dimimpiku.

Yang ku pinta, hanya perkara yang baik sahaja yang akan diberikan kepada diri dan keluargaku. Insya Allah

No comments: