Wednesday, 29 January 2014

Review : Novel Vehaen: Satu Cerita

Bismillah



Satu lagi novel daripada Jemari Seni yang buat ak terkesan selepas novel Jaja dan Din. Novel karya Ainul Farihah membentangkan kisah persahabatan antara Rif"at, Imran dan Amrullah dalam menjalani hidup sebagai pelajar, khalifah dan pemimpin di bumi ALLAH. Kisah mereka turut membawa kita menghayati nikmat ukhuwah fillah dan manisnya ukhuwah dalam bersaudara. Sangat terkesan di hati dan ak tegar meneliti setiap patah perkataan untuk ak mendalami setiap watak dan jalan ceritanya.

Bahasa yang indah dan mudah difahami. Yang penting ak tetap bersemangat menghabiskan novel ni sehingga ke penghujung cerita. Satu novel yang ak amat sarankan untuk dibaca. Insya Allah tak rugi kalau kalian beli.






Sinopsis:

Rif’at, anak kelahiran Palestin yang dibawa ke Malaysia dan dijadikan anak angkat. Dia mengimpikan sebuah tali persahabatan yang terbina dengan reda Allah. Impiannya tercapai apabila dia mengenali Imran.
 “Ukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. Supaya kita dapat bertemu di sana.”

Imran, pelajar yang bermasalah dan dianggap ketua taiko di sekolahnya. Dia mula insaf dan berubah ke arah kebaikan setelah mengenali Rif’at.
“Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, adalah peluang untuk kenal seorang sahabat bernama Aamir Rif’at.”
Amrullah, pengalaman menjadikannya lebih matang. Ketabahannya melayan kerenah Imran lama-kelamaan membuatkan ukhuwah mereka semakin rapat.
“Kalau dulu aku doakan kau tak jejak syurga, sekarang Allah kasi peluang untuk kita atur langkah sama-sama ke syurga. Indah kan aturan Ilahi?”

Ikatan persahabatan yang dibina di Vehaen University sangat berharga bagi Rif’at, Imran dan Amrullah. Namun, ukhuwah mereka diuji dengan pelbagai dugaan, seorang demi seorang. Mampukah mereka bertahan dengan ujian-ujian ini? 
Sumber: Jemari seni

No comments: