Bismillah
Dalam satu ceramah yang aku dengar pagi tadi, ustaz tu ada menyelitkan adab-adab dalam menasihatkan orang. Kata ustaz tu, ada tiga keadaan yang perlu diambil kira dalam kita menasihatkan orang iaitu,
1. Niat
2. Cara
3. Waktu
Dalam konsep niat, sebelum kita menasihati orang lain, sematkan dalam diri yang nasihat yang ingin kita sampaikan adalah untuk mengubah diri sendiri juga. Niat yang baik, insyaaAllah akan memberikan kesan yang baik manakala malang pula andai niat kita negetif, kesan pula menjadi sebaliknya.
Seterusnya cara, dalam menasihatkan orang kaedah dan cara juga memainkan peranan yang penting. Andai kita terfikir, "aku dah nasihatkan dia, tapi dia tak nak ikut." Boleh jadi cara kita menasihatinya itu menyebabkan si dia mengambil enteng dalam nasihat yang kita berikan. Sedangkan niat yang kita sudah baik. Dalam ceramah tadi, ustaz tu cadangkan, dalam memberikan nasihat selitkan juga tentang diri kita. Contohnya, "Aku ni tak lah baik sangat, tapi kalau benda ni baik untuk kita apa salahnya. Aku cuma nak cakap..........." Selitkan rasa merendah diri dalam nasihat, agar tak ada timbul sifat riak didalam nasihat yang diberikan.
Akhir sekali ialah waktu. Dalam menasihatkan orang, masa dan waktu turut memberikan impak. Antara contoh yang diberikan oleh penceramah, "Andai si isteri ingin menasihati sang suami, elakkan waktu ketika suami baru pulang dari kerja." Begitu juga dalam keadaan yang lain.
Sebagai penerima nasihat, harus juga diingatkan untuk menerima dengan hati terbuka. Nobody is perfect, but all people can force to it. Perubahan memerlukan kesabaran dan pengorbanan. You get what you want, you can be what you think.

No comments:
Post a Comment