Saturday, 17 January 2015

Sihat Hati

Bismillah

Sakit pada fizikal perlukan ubat dan rawatan. dan disebakan fizikal kita dari tanah maka sumber ubat juga terbit dari tanah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga selalunya perit. Tetapi, oleh sebab ingin badan yang sihat , kita rela menelannya, rela berpantang, menahan diri dari makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut patuh kata doktor walaupun berat kerana ingin sihat.

Maka begitulah juga jalan untuk menyihatkan hati. Penawarnya tetap pahit. Ubat jarang-jarang yang manis. Namun semua perlu ditempuh jua.

Apakah ubat hati? Hati adalah soal rohani, hati bukan bersal dari tanah. Jadi, ubat penawarnya bukan daripada tanah. Tetapi ubat bagi hati ialah kembali kepada asalnya, yakni kembali dekat pada Allah.
Roh yang dekat pada Allah akan kembali tenang dan sihat. Lazimilah dengan menghadiri majlis ilmu kerana ilmu itu cahaya hati. Dan majlis ilmu itu adalah taman-taman Syurga di dunia.

Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu, kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna dan nama-Nya yang baik lagi mulia.

............Inshaa Allah...............

p/s: Ilmu itu Iman dan amal adalah makmumnya

No comments: