Tuesday, 10 February 2015

Lirik Ya Allah - Lah Ahmad



Ampun aku Ya Allah, kerna telah jauh dari Mu.
Himpun aku Ya Allah, bersama dikasih oleh Mu.

Namun ku tak upaya, berada didalam Neraka Mu.
Namun ku tak upaya, untuk syurga firdaus Mu.

Penghujung yang pasti menunggu,
Akhirkan aku beriman pada Mu.

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Bantu aku Ya Allah, permudahkan setiap langkahku.
Bimbinglah aku tak mampu, berdiri dan bernafas tanpa Mu.

Cinta hanya untukmu, cinta hanya milik Mu
Ku ingin dan ku memohon, Rahmat Mu.

Penghujung yang pasti menunggu.
Akhirkan aku dengan beriman pada Mu

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana

Tanpa Mu siapalah aku.
Jatuhnya aku bangunnya aku

Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana
Ya Allah Hu Ya Allah
Istajib dua' ana


p/s: Satu lagi lagu kegemaran yg sering aku dengar berulang kali, touch deep inside me. Terdetik dihati, dosaku yang terhimpun tinggi apakah masih berpeluang untuk diampuni.

Jom ulangkaji hukum tajwid!

Bismillah

ROMANTIKNYA SEORANG AHLI TAJWID DGN ISTERI

Isteriku, saat pertama kali berjumpa denganmu, 
aku bagaikan berjumpa dengan Saktah hanya bisa terpana dengan menahan nafas sebentar.

Aku di matamu mungkin bagaikan Nun Mati di antara idgham Billaghunnah, terlihat, tapi dianggap tak ada.

Aku ungkapkan maksud dan tujuan perasaanku seperti Idzhar, jelas dan terang.

Jika Mim Mati bertemu Ba disebut ikhfa Syafawi, 
maka jika aku bertemu dirimu, itu disebut cinta.

Sejenak pandangan kita bertemu, 
lalu tiba-tiba semua itu seperti Idgham Mutamaatsilain melebur jadi satu.

Cintaku padamu seperti Mad Lazim ...
Paling panjang di antara yang lainnya...


Setelah kau terima cintaku, hatiku rasanya seperti Qalqalah Kubro..
terpantul-pantul dengan keras.


Dan akhirnya setelah lama kita bersama, cinta kita seperti Iqlab,
ditandai dengan dua hati yang menyatu.


Sayangku padamu seperti Mad Thobi'i dalam quran.
Baanyaaakkk....!!


Semoga dalam hubungan kita ini seperti idgham Bilaghunnah,
cuma berdua, Lam dan Ro' .


Layaknya seperti Waqaf Mu'annaqah, 
hanya boleh berhenti di salah satunya, kau atau aku?


Meskipun perhatianku terlihat sembunyi seperti Lam Syamsiah, 
cintaku padamu seperti Alif Lam Qomariah, terbaca jelas.

Isteriku, kau dan aku seperti Idghom Mutajanisain.
perjumpaan 2 huruf yang sama makhrajnya tapi berlainan sifatnya.


Aku harap cinta kita seperti Waqaf Lazim, 
terhenti sempurna di akhir hayat.

Sama halnya dgn Mad 'Aridh dimana tiap mad bertemu Lin Sukun Aridh akan berhenti, 
seperti itulah pandanganku ketika melihatmu.

Layaknya huruf Tafkhim, 
namamu pun bercetak tebal di fikiranku

Seperti Hukum Imalah yg dikhususkan untuk Ro' saja, 
begitu juga aku yang hanya untukmu.

Semoga aku jadi yang terakhir untuk kamu seperti Mad Aridlisukun.

Nukilan
TG Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

p/s: Menarikkan. Belajar tajwid dalam madah cinta. ^_^

Sunday, 8 February 2015

Bersederhanalah

Bismillah

Sedang aku "scroll down" timeline Facebook,  terjumpa satu status kenalan fb.

Buatku terfikir sejenak. Thanks sahabat untuk status itu.

Thursday, 5 February 2015

Syafaat bagi Umat Muhammad SAW

Bismillah

"Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana." 

-al-Maidah:118-


Terdapat satu kisah yang berkaitan dengan ayat ini.

Imam Ahmad mengatakan, daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah SAW di suatu malam melakukan solat, lalu baginda membaca ayat tersebut sehingga subuh, baginda tetap membacanya dalam rukuk dan sujudnya.

Ketika subuh Abu Hurairah bertanya, "Wahsi Rasulullah! Mengapa anda menbaca ayat ini terus menerus hingga subuh, sedangkan engkau tetap membacanya dalam rukuk dan sujud? " Baginda menjawab, "Sesungguhnya aku memohon kepada Tuhanmu syafaat bagi umatku. Maka Dia memberikannya kepadaku dan syafaat itu boleh diperoleh oleh orang-orang yang tidak menyekutukan Allah dengan seduatu pun.

Dalam kisah yang lain, Ibnu Abi Hatim berkata, daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash bahawa Nabi SAW membaca perkataan Nabi Isa AS dalam ayat ini. Lalu baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa, "Ya Allah,  selamatkanlah umatku." Kemudian baginda menangis. Maka Allah berfirman, "Hai Jibril pergilah kepada Muhammad dan Allah Maha Mengetahui. Tanyakalan kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis."

Malaikat Jibril datang dan menemui Nabi SAW, Ia pun menceritakan apa yang telah diucapkannya sedangkan Allah Maha Mengetahui.

Allah berfirman,  "Wahai Jibril, pergilah kepada Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa sesungguhnya Kami akan membuatnya ikhlas tentang nadib umatnya, dan kami tidak akan membuatnya bersedih hati." 

SubhanAllah,  bertapa cintanya Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. Bagaimanakah kita? Selawat dan salam kepada baginda Muhammad SAW.

Tuesday, 3 February 2015

Ulama dan pemimpin

Bismillah

Sedang aku menanti masuknya waktu zohor. Teringat kisah yg diceritakan oleh ayah tentang seorang ulama dan pemimpin yang sangat disegani manusia.

Ceritanya, zaman sekarang susah nak cari ulama dan pemimpin dalam satu masa. Biasanya ulama tapi bukan pemimpin atau pemimpin tapi bukan ulama.

Dan salah satu amalannya ialah, beliau selalu menunggu waktu solat bukan waktu solat yang menunggunya.

Tiba2 terkesan dihati. Kagum pada beliau tak berhenti. Terasa diri masih jauh lagi untuk mencapai kebahagian ukhrawi. Terpikir, sedangkan diri ini selalu menangguhkan solat. Apatah lagi kadang kala daku solat di akhir waktu.

Moga diberikan peluang dan ruang untuk aku memperbaiki diri..Amin ya Rabb