Bismillah
"Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."
-al-Maidah:118-
-al-Maidah:118-
Terdapat satu kisah yang berkaitan dengan ayat ini.
Imam Ahmad mengatakan, daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah SAW di suatu malam melakukan solat, lalu baginda membaca ayat tersebut sehingga subuh, baginda tetap membacanya dalam rukuk dan sujudnya.
Ketika subuh Abu Hurairah bertanya, "Wahsi Rasulullah! Mengapa anda menbaca ayat ini terus menerus hingga subuh, sedangkan engkau tetap membacanya dalam rukuk dan sujud? " Baginda menjawab, "Sesungguhnya aku memohon kepada Tuhanmu syafaat bagi umatku. Maka Dia memberikannya kepadaku dan syafaat itu boleh diperoleh oleh orang-orang yang tidak menyekutukan Allah dengan seduatu pun.
Dalam kisah yang lain, Ibnu Abi Hatim berkata, daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash bahawa Nabi SAW membaca perkataan Nabi Isa AS dalam ayat ini. Lalu baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa, "Ya Allah, selamatkanlah umatku." Kemudian baginda menangis. Maka Allah berfirman, "Hai Jibril pergilah kepada Muhammad dan Allah Maha Mengetahui. Tanyakalan kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis."
Malaikat Jibril datang dan menemui Nabi SAW, Ia pun menceritakan apa yang telah diucapkannya sedangkan Allah Maha Mengetahui.
Allah berfirman, "Wahai Jibril, pergilah kepada Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa sesungguhnya Kami akan membuatnya ikhlas tentang nadib umatnya, dan kami tidak akan membuatnya bersedih hati."
SubhanAllah, bertapa cintanya Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. Bagaimanakah kita? Selawat dan salam kepada baginda Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment