Friday, 3 July 2015

SEKUFU?? Apakah Sebenarnya Maksud Sekufu Dalam Islam?

Bismillah

****copy paste on FB******
Aku seorang perempuan ada Master, Tunang aku seorang lelaki, diploma jer.. masa aku nk decide untuk terima dia..aku punyalah istikharah sgt2.. sebab aku takut x sekufu bagai.. coz taraf pendidikan yg berbeza.. family aku plk agak senang berbanding family dia. aku selalu berdoa..ya Allah.. kurniakanlah aku seorang suami yang kaya dunia dan kaya akhirat,yg baik, yg lemah lembut terhadap org tua, kanak2 & wanita..yg x panas baran dan x merokok..yang solat berjemaah 5 waktu di msjid..dan byk lgi la ciri2 yg aku spesifik kan..
jadi aku selalu fikir..kenapa aku x dpt laki yg kaya? yg berpelajaran tinggi? mcm dlm doa aku.. dia x kaya dunia, tp kaya budi pekerti..wlwpun dia bukan seorang ustaz mahupun imam di masjid2. dia x merokok juga, solat di masjid sekiranya tiada apa2 halangan. dia x alim pun, x suka bersosial sgt, tp gila bola.
dalam tempoh istikharah aku tu..mcm2 telah berlaku..mungkin Allah nk tunjuk kat aku..aku jumpa sepasang suami isteri , dua2 doktor, gaji besar, rumah besar.. tapi belum dikurniakan cahaya mata..
lagi..aku jumpa sepasang suami isteri, dua2 orang ada master dan kuat agama, aku naik kereta dgn dwg nk pergi ke satu destinasi..dlm perjalanan,suami dia suruh isteri dia tengok GPS, tapi isteri dia tersilap tengok.. jadi kami tersalah jln, pstu terus suami dia marah2 isteri dia n ckp ""tengok GPS pun x reti"" .. luluh hati aku.. aku fhm perasaan isteri dia masa tu..
lagi.. pernah dulu ada beberapa org yg nk melamar aku..boleh dikatakan kebanyakannya ustaz2, baik & x merokok, dwg agak mencari kesempurnaan,nk yg cantik, yg lemah lembut ayu sopan, pandai masak pandai menjahit pndai segala-galanya...aku tahu dwg layak untuk mencari kesempurnaan kerana diri dwg mmg baik. mgkin aku yg x cukup baik, sbb tu la aku x berjodoh dgn dwg..
dan byk lagi peristiwa2 lain yg terjadi pada aku dlm tempoh istikharah tu.. lalu aku buat kesimpulan..pasangan yg berpangkat dan berada, diuji dgn ketiadaan anak, pasangan yg sama2 educated pun, klw suami x boleh nk hormat isteri (paling kurg depan org lain) pun buat apa.. nak mencari kesempurnaan? like ustaz2 ke imam2 ke.. diri aku sndiri pun byk kekurangan, layak ke aku nk cari yg perfect.. cintailah kekurangan pasangan kita,,inshaAllah di situlah bahagia..
SEKUFU?? apakah sebenarnya maksud sekufu dalam Islam? adakah sama pada kekayaan? sama pada taraf pendidikan? sama pada pangkat dan darjat keturunan??
aku bermuhasabah sendiri.. kalaulah sekufu itu pada harta kekayaan, mana mungkin Allah mentakdirkan Rasulullah berkahwin dgn Khadijah, bukankah Khadijah seorang yg hartawan pada ketika itu? sedang Rasulullah hanya pekerjanya yg x punya harta? kalaulah sekufu itu pada pangkat keturunan, mana mungkin Rasulullah mengahwinkan Zaid bin Harithah yang berpangkat hamba sahaya dgn Zainab Binti Jahsy yang merdeka . sungguh SEKUFU dalam Islam itu diukur pada keimanan, keperibadian dan keislaman seseorang..bukan pada selainnya yang berunsurkan material dan fizikal..
lalu..aku katakan kepada Tuhan ku..:
""Ya Allah..sekiranya dia baik bg ku, permudahkanlah urusan perkahwinan kami, sekiranya tidak, maka jauhkan lah dia dariku, ya Allah , ketahuilah, aku menerimanya hanya kerana-Mu..aku ingin berkahwin dengannya demi menjaga kehormatan ku, dan menjauhi larangan-Mu, berkatilah perhubungan ini ya Allah..""


****copy paste on FB******

No comments: