Tuesday, 18 August 2015

Panduan memilih pasangan (Al-Syura, 42:11)

Bismillah

Sekurang-kurangnya, ada empat motif atau penyebab seseorang berkahwin dengan perempuan:


  • Pertama : kerana hartanya. Harta seseorang kadang kala banyak dan kadang kala sedikit. Apabila seseorang berkahwin kerana harta, suatu ketika hartanya akan habis sehingga pernikahan pun berakhir.
  • Kedua : kerana kedudukannya. seseorang itu tidak selama-lamanya mempunyai kedudukan. Kalau seseorang itu berkahwin kerana kedudukan, kedudukan boleh sahaja hilang sehingga pernikahan pun berakhir.
  • Ketiga : kerana kecantikan. Kecantikan seseorang semakin lama semakin berkurang. 
  • Keempat : kerana agama. Insyallah kalau berkahwin kerana atas daasar agama, perkahwinan itu akan kekal selamanya.


           Imam Nawawi mengatakan bahawa hadis ini  menunjukkan kecenderungan manusia untuk berkahwin dengan perempuan. Mereka berkahwin dengan perempuan kerana empat perkara ini. Petunjuk Rasulullah SAW supaya mengutamakan yang baik agamanya bukan bererti perintah untuk memilih  yang baik agamanya itulah yang harus dinikahi.

Hadis ini juga menganjurkan untuk bergaul dengan orang yang baik agamanya supaya dijauhkan daripada keburukannya.

           Di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi, dikatakan bahawa apabila seseorang akan berkahwin dia akan memilih perempuan yang akan dinikahinya. Ada yang berkahwin dengannya kerana hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamnya. Namun sebaiknya ialah memilih perempuan yang dinikahi itu kerana agamanya.



           Imam Al Baihaqi meriwayatkan, "Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, boleh jadi kecantikan seorang perempuan lama kelamaan akan hilang, Jangan berkahwin dengan perempuan kerana harta bendanya, dibimbangkan harta benda perempuan itu akan menyebabkannya berbuat maksiat. Dan berkahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Hamba perempuan yang berkulit hitam tetapi beragama bagus itu lebih baik."

           Imam Al Hakim berkata, "Nikahlah dengan perempuan kerana salah satu di antara tiga perkara: kecantikannya, agamanya, dan akhlaknya. Pilihlah yang beragamabagus dan berakhlak baik."\
(Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Juz 5, 2000:201)


No comments: