Wednesday, 30 September 2015

Cakna Allah dan Musibah

 
Bismillah

Sekiranya kita ditimpa musibah, bersyukurlah kepada Allah s.w.t. kerana ia tanda Allah cakna kepada kita. Cakna itu mungkin menjadi penghapus dosa yang tidak mampu kita tanggung di akhirat ataupun menjadi sebab darjat iman kita diangkat.

Terdapat beberapa dalil al-quran serta hadis yang berkaitan dengan musibah.

1. "Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati, ia adalah daripada Allah dan apa jua bencana yang menimpamu, ia adalah daripada kesalahan dirimu sendiri. Dan Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai Rasul yang membawa rahmat. Dan cukuplah Allah menjadi saksi yang membuktikan kebenaran hakikat ini." -Surah An-Nisak : 79-

2. "Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan,maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan dosa. Dan dalam pada itu, Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu." -Surah Asy-Syura : 30-

3. "Tidaklah ditimpa seorang yang beriman akan satu tusukan duri ataupun yang lebih rendah (ataupun lebih tinggi) daripada itu, melainkan Allah mengangkat satu darjatnya dan menghapuskan daripadanya satu kejahatan (dosa)."  -Sahih Muslim, Sunan At-Tarmizi, dan Musnad Ahmad-

4. "Siapakah orang yang paling teruk diuji? Baginda menjawab, "Para nabi, kemudian orang yang selepasnya, kemudian orang yang seperti mereka. Seseorang itu diuji berdasarkan agamanya. Sekiranya pegangan agamanya teguh, maka ujiannya bertambah kuat." -Musnad Ahmad, Mustadrak Al-Hakim-

Semoga ayat ini dapat menenangkan jiwa orang yang sering mendapatkan musibah, insyallah...

No comments: