Monday, 6 February 2012

Puisi Aminah Qutb buat suaminya

bismillah...

Sedangku membaca kisah Sayyid Qutb, ku terbaca mengenai puisi adiknya Aminah Qutb yang ditujukan kepada suaminya. Mungkin kita juga boleh menghayatinya juga....insyAllah

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita, 
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah nescaya Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cinta, 
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cinta kepada Allah juga.

Ya Allah, andainya dia ialah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah kerana-Mu. Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengahrungi ujian, yang kau berikan kepadaku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada mati hanya sekali, jadikannya pada jalan Allah.

SubhanAllah, puisi yang sangat indah dan punyai maksud yang mendalam. Moga kita dapat menghayatinya dan menjadikannya benteng dalam salam kasih dan berkasihan sesama insan... InsyAllah ^_^

Tuesday, 31 January 2012

The long and tired journey

bismillah

Nak cerita hari terakhir PMG 2012 yang berlangsung di UTM Skudai, dibawah penganjuran KPIJ, mulalah badan ni terasa sengal2 dan kepenatan yang teramat. Muka dah menjadi layu kesepian disamping mata yang bukak segan lelap x mahu...

Lagi2, bila menjelang pukul 5 pagi, ada komuniti yang mengetuk pintu bilik melaporkan ada peserta yang migraine.huhu...memang terpinga-pinga jugak la mulanya....Alhamdulillah, dapat juga selesaikan masalah yang mendatang. Tapi yang sedihnya, ramai jugak lah peserta yang sakit....selesema, batuk, sakit kepala, flu, dan yang hampir demam pun ada, terasa kasihan pada mereka....ha, pihak komuniti juga apa kurangnya, mujur tidak melarat teruk keadaan mereka.

Paling sakit, waktu nak cari panadol soluble buat budak2 ni lah. Jenuh mencari disetiap pelusuk kedai yang berkemungkinan ada, akhir2 Watson Jusco jugakla yang aku kejarkannya...

Bila nak balik semula ke Segamat, sakit kepala+mengantuk menyerang...tanda2 kurang kandungan dalam darah mula mendatang....cukup menguji keimanan dan kesabaran. Terasa perjalan sangat jauh dan lama. Apatah lagi jalan yang penuh kegelapan seperti tiada hujungnya. Hanya lampu kereta yang menyilaukan pandangan yang menjadi peneman perjalanan...

Pemanduan dah semakin mencabar...ala2 kanggaru pon ada...mata pula terpaksa dibesarkan, mula menfokuskan pada jalan yang berlubang2 ala gaung yang mula nak terbentuk....melawan cahaya yang berlumba2 masuk kedalam mata sehingga mengkaburkan pandangan yang sedia kelam....


mujur ada insan yang sudi meneman, syukran, danke, merci aku ucapkan ^_^. kurang jugakla rasa mengantuk yang mendatang...bila dah sampai rumah, lega menyulam rasa. Katil, bantal dan ted dah mula terbayang dimata...

Walau sakit,perit dan jerih terasa sepanjang program dan perjalanan, Alhamdulillah, banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi....terasa segala ini bukan sia-sia... =) Alhamdulillah setinggi kesyukuran aku ucapkan kepada Nya...

Saturday, 28 January 2012

Program Menara Gading PMG-12

bismillah




Sempena cuti sem yang sedang berlangsung, beserta kemasukkan pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM yang akan menapak ke menara gading, kami pihak KPIJ(Kesatuan Pelajar Islam Johor) telah melaksanakan satu program yang dapat membantu adik2 untuk mengenali dunia kampus sebelum mereka menerjun kedalamnya sendiri...

Kali ini,program dijalankan di UTM Skudai Johor selama 3 hari 2 malam dengan bertemankan para komuniti yang tampan serta jelitawan dari pelbagai sumber IPTA di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Semoga program ini berjalan dengan lancar dan jayanya...InsyAllah


p/s:: mood : penat sgt smpai x blh tido...last2 blog juga yg ak ngadap...gheeee ~_~

Tuesday, 24 January 2012

aktiviti cuti sem...

bismillah

sempena cuti sem yang berlangsung ni, ibu dah sediakan kerja untuk aku isi, iaitu menterjemahkan nota kelasnya daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia...huhu, semua sekali ada 10 bab dan setiap bab telah dipecahkan kepada tajuk2 kecil.



Tapi...........walaupun banyak, it still enjoyable sebab waktu ni lah aku dapat mengimbau kembali zaman aku sekolah dulu2...zaman ketika aku berkerut-kerut nak menghafal fakta sains yang banyak bagai, berguling-guling nak menghafal istilah yang boleh tergigit lidah hendaknya dan zaman kena denda lari pusing tapak parking sebab x dapat jawab soalan....sangat manis bila dikenang,even pahit bila dilalui dulu.... ^_^

Wednesday, 18 January 2012

Alhamdulillah...rezeki ni....

bismillah...

time ak ngah study kat library, tiba2 ad sorang hamba Allah yang sangat baik hati memberikan aku coklat dan kek...sangat teruja jugaklah, lagi2 insan yang baik hati 2, tidak aku kenali...walau apa pun, Syukran jazilan, dozo2 arigato ghozaimas untk dia....sedap 2...



 katanya dari langkawi....asal coklat tetap layan

 kek coklat banana

 p/s: tp yg pling kesian, org 2 la....trpkse mkn kek ni jugak walau muka 2 dah berkerut2 nak suap....

Tuesday, 10 January 2012

ucapan dalam kata

bismillah

Entah hari ini, aku rasa lain..yup, kelainan yang mengelirukan minda dan fikiran. Kenangan lama terimbau kembali dan deja vu didalam mimpi menjadi realiti.
Apatah lagi, ada sesuatu yang menghantui diri, buat aku tak sedap hati. plez, jangan kacau diri ini, jika diri ini tidak mengganggu kamu..moga hanya bayangan yang hampir padaku. Dan tiba2 tadi, hati menjadi panas.bahu berdenyut kerap,belah kiri dan kanan berganti siap. Mula berfikir sebab dan akibat. Moga dijauhi segala musibah dan dilimpah rahmat. InsyAllah.

Monday, 9 January 2012

Aku berkampung lagi

bismilah


aku berkampung lagi!!!!!!!!!!!! huhu, dah hari keberapa ni? xdpt dikenal pasti. agak2 lps ni kene cri rumah sebelah library kot. sng nak tukar baju ke, nak balik tido kejap ke....uh, rse2 ad nak jdkn library ni umah kedua la...aci x? ^_^