Thursday, 15 August 2013

Penghuni Baru

bismillah

Semalam ada lagi sorang penghuni baru yang masuk. Kali ni kes dia lain sikit dari budak-budak kat sini. Dia seorang mualaf dan berumur 13 tahun. SubhanAllah, terdiam aku sekejap. Detik hati aku mengatakan, "muda lagi budak ni". Terus ingatanku teringat pada anak murid ibuku yang ingin menjadi muslim namun masalah umur dan keluarga menjadi penghalang utama.

Lalu aku tanyakan pada kak Syikin (pengurus disitu) tentang salah silah gadis mualaf itu. Rupa-rupanya dia tinggal berseorangan selepas ibunya seorang mualaf juga telah meninggal dunia. Sebelum ini dia dijaga oleh pakciknya yang beragama lain. Oleh itu, demi menjaga agama dan akidahnya, dia dihantar ke sini untuk membantunya mendalami Islam dengan lebih sempurna.

Tumpah rasa kasihan kepada gadis itu. Pada mula pertemuan, dia kelihatan takut-takut untuk berkata. Namun setelah saya berbual panjang dengannya, dia mula boleh berbual mesra dengan ku. Moga kamu menjadi insan yang tabah dan muslimah yang baik sis, itu doaku dalam hati.

Wednesday, 14 August 2013

Refleksi surah al-kahfi

bismillah

When i eat my breakfirst for this morning, i watch a program in tv al-hijrah. it about a story inside surah al-kahfi in al-quran.

The main attraction that i got from it when the speaker talk about humble in people life. He also related this point with the story in this surah. Let i repeat again what he said.

He said every people should have the humble personality in ourself. especially, who is in high position level should have high the humble level. He had make an example about it with the story about the Prophet Musa alaihi salam with the Prophet Khidir. In this story said, even Prophet Musa have higher status than Prophet Khidri he still search Prophet Khidir as the Allah ask.

Besides, when he meet with Prophet Khidir, he used the softest word to him and never compared his status with him. And the best think is, he willing to give himself to Prophet Khidir to learn anything from him.

Other than that, i also learn from the story that we should find the solution and reason for every single question that pop up in our mind. Don't dare to keep it yourself or make any negative espectation about it. This is clarified in this story, when Prophet Musa always ask to the Prophet Khidir about what Prophet Khidir do and done.

Monday, 29 July 2013

When the baby new born

bismillah..

Yesterday i become a babies sitter for a half day. A lot of things i learn from it. How to sleep the babies, how to condact them when they cries and how to make them feel confortable with other people. But the most disaster (if i think so) is they didn't want to sleep at mattress. Oh no, how i want hold two babies in the same time!!!!! It is the really hard to handle, ok..huhu. So, i make a solution by i usury one baby, and bring the other one on my arm. It feels like i have a twin there.haha



hanya gambar hiasan


But what i want to say here is i can't imagine how a mother look up her child. How is amazing the instinctness and patienceness of mother in take care of us. That how we should love and appreciate her until the rest of her life.

Tuesday, 23 July 2013

Cerita dalam kilang

bismillah

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke empat aku praktikal. Tadi aku sempat berbual dengan seorang pekerja warganegara nepal kat kilang ni. dia banyak tanya aku tentang sistem pembelajaran di Malaysia dan menceritakan serba sedikit sistem pembelajaran di negaranya. Walau banyak perbezaan sistem pembelajarannya, namun kos pembelajarannya tetap sama iaitu tinggi. Yang best nyer, bila dia bantai cakap melayu versi nepal ngan aku, aku smash balik dengan b.melayu versi indon. Aduhh..bila la slang indon aku ni nak hilang. Kuat betul melekatnya. huhuhu..

Yang paling x tahan 2 dia tanya la...

en.nepal : kalau u ambil degree kan, so harga bila marrige macam mana?
aku : ikut orang tu, kalau dia nak banyak, dia mintak la banya. tapi kalau dia nak sikit dia mintak la sikit.
en.nepal : Oooo...
en.nepal : Ermm you lepas ni buat apa?
aku : lepas ni saya kerja.
en.nepal: Eh, you dah kawin x?
aku : belom lagi
en. nepal : bila you nak kawin?
aku : sambil ketawa....x tau lagi..hehehe

THE END.....

Saturday, 2 March 2013

Khasiat jambu batu merah

Bismillah...

Ternampak longgokan jambu batu merah di jalanan buat ak tertarik untuk membeli dan merasakan sendiri keenakkannya. Secara totalnya, rasa dia boleh kata ok lah, rase macam makan jambu batu biasa. Lepas tu, mula la tergerak nak cari, apa ye khasiat buah ni. Dan akhirnya baru ku tahu, banyak juga ye khasiat buah ni...


Menggandungi Vitamin C, 5 kali ganda lebih daripada oren

  • -Kandungan tinggi dalam kalsium dan iron
  • - Membaiki keadaan cirit-birit, megurangkan kesakitan,
  • - Anti free radicals, mengurangkan kekejangan
  • - Meningkatkan fungsi jantung
  • - Mengurangkan paras gula dalam darah badan.


Fakta-fakta “Pink Guava”

‘Pink Guava’ adalah satu sumber yang baik untuk kesihatan dan ada beberapa jenis vitamin dan mineral, termasuk vitamin C, A, kalsiam kalium dan folate. Ia adalah juga satu sumber gantian yang baik,dikenali untuk membantu mengcegah gastrousus kanser serta merendahkan tahap-tahap kolesterol.

Jus “Pink Guava” mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu merah adalah pilihan yg sesuai.


sumber : bujang susah

Wednesday, 27 February 2013

Diary Bandung

Bismillah....

Tanggal 18 Desember 2012, aku bersama lima orang ahli kelasku diterbangkan ke Bandung untuk program pertukaran pelajar di Institusi Teknologi Bandung(ITB) selama 5 bulan. Yang bestnya, program ni ditaja sendiri oleh universiti aku (UTeM). Makanya,kami dapatlah pergi dengan perasaan gembira dan bahagianya


dayah, aku, husna

azhar, azran, paan

ha...nampak tak muka kebahagian dia. tapi sayangnya, boleh delay lak flight nya. Dekat sejam jugakla bertapa kat dalam kapal 2. akhirnya lebih kurang pkul 8pagi, kami selamat berlepas ke Bandung. YUHHUUUU....selamat tinggal Tanah Melayu, Moga bertemu lagi ^_^

Akhirnya, dalam pukul 10.30 pagi kami selamat sampai ke bandung (Bandara Husein Sastranegara Bandung). Time 2 dah hilang dah rasa teruja, yg ada hanya rasa letih dan jetleg(ceh,mcm jauh sgt je)


Lepas seketika check out dari bandara(airport) kami disambut oleh Agong and the gang untuk dibawa ke hostel dan diperkenalkan dengan suasana Bandung. Ops, lupa nak cakap, Agung ni bekas pelajar yang bertukar ke UTeM masa sem lepas, kira antara student yang terkenal la dgn lecturers kat UTeM 2. Dia ni sangat mesra dan sangat kelakar(nampak x bertapa tersenyum kebahagiannya dia kat bawah 2). Kawan Agung, Tara pulak adalah student yang akan dihantar ke UTeM untuk pertukaran dengan kami. Manakala Lee 2 student Malaysia yang belajar kat sini. Budak farmasi kat universiti panjajaran. Memandangkan dia dah lama duduk Bandung, memang hilang la slang cina dia. Agak kagum jugakla mendengarnya. 

dari kiri paan, Azran, Azhar, kawan Agung, Agung, aku, Husna, Tara, Dayah, Lee




Sebelum sampai ke hostel, kami dibelanja makan di restaurant yang superb. Nama dia Khatulistiwa, nama makanan dia buat kita pikir 3/4 kali jugakla untuk kami yang baru pertama kali sampai di sini. Dekat RM300 jugakla habis kat sini. Tapi makanan dia memang superb. Kira tak rugi la kalau cuba. Harga makanan dalam 17,000 rph dan ke atas.


Ok, gambar kat atas 2 pulak gambar bersama Dr Ari(Head Department Fakultas Teknologi Industri) iaitu orang bertanggung menguruskan akedemik kami di sini.

Akhir sekali, inilah gambar pintu gerbang kampu baru kami. Memang ala2 universiti dalam taman la, memang cantik. Hermm, kalau nak futher search tentang universiti ni boleh click kat link ni ye ITB. Oklah, ak berhenti di sini dulu ye.

Saturday, 16 February 2013

Speechless

Bismillah

Alhamdulillah,hampir sebulan rupanya aku di sini. Secara jujurnya, aku masih lagi tak dapat terima kenyataan yang aku tercampak kat sini. Bukan niat aku untuk merendahkan, namun untuk mengubah perspektif negatif aku tentang negara ini sangat sukar. Sesukarnya perasaan aku untuk menerima perkhabaran yang aku akan dihantar ke sini. Berat rasanya untuk aku menerima sepenuh hati tawaran ini. Hanya ingatanku kepada ibu dan ayah tercinta buat aku cuba menabahkan hati untuk meneruskannya.

Walau kadangkala aku terasa ingin terjatuh dan terluka, ku cuba bertahan demi mereka yang ku cinta. Walau suatu saat dan ketika ku rasa lemah untuk bangun, aku cuba memaksa diri sambil memikirkan jasa-jasa mereka. Walau seketika ku rasa tidak mampu bertahan untuk meneruskan, ku cuba menabahkan hati dengan mengingati pengorbanan mereka.

Belajar untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang kita tidak gemari memang sukar. Lebih-lebih lagi bila diri terpaksa bermula dari bawah kembali. Terpaksa melupakan kemudahan dan kesenangan yang dulu ku kecapi. Baru kini ku rasa bersyukur dengan kenikmatan yang dipinjamkan sementara. Apatah lagi terpaksa menyesuaikan diri dengan insan-insan sekeliling yang ku sendiri tidak terfikir untul hidup bersama.

Ya Rabb, janganlah Kau berikan aku cubaan yang aku sendiri tidak mampu menanggungnya. Jangan kau hanyutkan aku dengan kesenangan duniawi sehingga ku lupai kesusahan yang sepatutnya ku lebih mengerti tentangnya. Jauhkan diri ini dari sifat mengeluh dan rasa berputus asa. Jangan jadikan diri ini hamba yang sering berputus asa dan berkeluh kesah