Saturday, 17 January 2015

Sihat Hati

Bismillah

Sakit pada fizikal perlukan ubat dan rawatan. dan disebakan fizikal kita dari tanah maka sumber ubat juga terbit dari tanah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga selalunya perit. Tetapi, oleh sebab ingin badan yang sihat , kita rela menelannya, rela berpantang, menahan diri dari makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut patuh kata doktor walaupun berat kerana ingin sihat.

Maka begitulah juga jalan untuk menyihatkan hati. Penawarnya tetap pahit. Ubat jarang-jarang yang manis. Namun semua perlu ditempuh jua.

Apakah ubat hati? Hati adalah soal rohani, hati bukan bersal dari tanah. Jadi, ubat penawarnya bukan daripada tanah. Tetapi ubat bagi hati ialah kembali kepada asalnya, yakni kembali dekat pada Allah.
Roh yang dekat pada Allah akan kembali tenang dan sihat. Lazimilah dengan menghadiri majlis ilmu kerana ilmu itu cahaya hati. Dan majlis ilmu itu adalah taman-taman Syurga di dunia.

Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu, kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna dan nama-Nya yang baik lagi mulia.

............Inshaa Allah...............

p/s: Ilmu itu Iman dan amal adalah makmumnya

Tuesday, 13 January 2015

Sabar

Sabar itu indah, indah lagi jika diiringi dengan rasa redha.
Sabar itu dari hati, dan hati yang teguh membentuk jati diri.



Monday, 5 January 2015

Penyatuan jiwa

Bismillah
Bila mana dikatakan penyatuan dua keluarga, banyak perkara yang harus diambil kisah. Banyak hati perlu dijaga, hati bapa dan ibu  bakal mertua, juga ahli keluarga si dia.
 
Perkahwinan bukan hanya mengambil alih tanggungjawab, juga memerlukan perkongsian antara dua pihak. Perlu ada "give and take", bukan sahaja pada pasangan tetapi juga pada keluarganya.
 
Persefahaman, kepercayaan, kejujuran, kesetian serta keimanan adalah tunggak utama dalam ikatan perkahwinan.
 
Semoga dipermudahkan urusan jodohku dan juga sahabat-sahabat di sekelilingku, Inshaa Allah

Friday, 2 January 2015

Penantian

Sejuk kaku penuh layu,
Menanti dengan sabar bagai tiada hujung,
Mengitung detik mengira waktu,
Harapannya moga cepat berlalu.

Sihat sakit satu dugaan,
Bagi insan yang mengambil peringatan,
Ajal maut suatu kepastian,
Walau ramai insan sering mengabaikan.

Setiap kesusahan ada kemudahan,
Disetiap lipatan pahit ada kemanisan,
Di antara helaian kesakitan, ada ubatnya,
Dan didalam getir ada indahnya.

*Nukilan dihadapan pintu wad kecemasan Hospital Pantai Melaka.

Tuesday, 30 December 2014

Bila mana..

Tersilap langkah,
Tergadah bicara,
Terpalit derita,
Berlapis dosa.
 
Bila kata hati mendahului,
Bila kata akal ditolak ketepi,
Bila kata iman dibiar mati,
Tinggal nafsu merajai diri.
 
Kala ia sudah berlaku,
Tika itu kesal datang menyelubung,
Kala itu rasa bersalah mula menggunung,
Dan ketika itu lah masa tidak dapat diundur.
 
Ungkapan Melayu pernah menyebut,
Telajak perahu boleh ditarik,
Terlajak kata badan binasa,
Terlajak perbuatan buruk padahnya.
Oleh itu, biarlah beringat sebelum kena.
 
Yang baik jadikan teladan,
Yang buruk jadikan tauladan dan sempadan.
 
 

Friday, 26 December 2014

Keseorangan

Seorang diri,
Menjalani hari-hari,
Menyelami sepi,
Mengharungi hidup penuh erti.
 
Di sisi tanpa teman,
Di hadapan tanpa lindungan,
Di belakang tanpa sokongan.
 
Tiada saat memerlukan,
Kehilangan saat mendambakan,
Kesunyian saat memerlukan insan untuk berkongsi.
 
Pasrah pada takdir
Redha pada ketentuan
Diiringin dengan doa,
Semoga tiba satu saat nanti, aku dipertemukan dengan insan yang ada disisi saat aku perlukannya.
 

Tuesday, 16 December 2014

Dalam lipatan perasaan

Cuba cari ketenangan dalam waktu. Walau kadang-kadang rasa marah itu menyucuk kalbu.

Kata pepatah, orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan marahnya.

Pepatah itu cuba ku sahut.
Walau ada ketika aku kalah dengan rasa.

Orang kata, kalau orang yang selamanya tenang tiba2 marah, marahnya lebih teruk dari si pemarah.

Dengan itu, aku cuba sebaik mungkin untuk mengawal nafsu amarah ku agar tidak meletus. Ku tahu limit ku smpai mana.