Sunday, 29 September 2013

Resepi : Satay Kerang

Bismillah

Minggu lepas teringin nak buat satay kerang sendiri, jadinya aku cubalah google resepi satay kerang yg paling simple dan nampak sedap di pandangan mata. Akhirnya, ini lah hasilnya. Resepi satay kerang aku yang telah diubahsuai mengikut citarasa sendiri.

bahan-bahannya

2 kg kerang mentah
4 ulas bawang putih
6 biji lada merah kering
5 biji cili api
1sk kicap pekat
1 keping gula merah(aku guna gula merah versi kelantan yang berkeping-keping 2)
3sb gula pasir
4sb minyak masak
Lidi satay

Langkah-langkah

1. Rebus kerang hingga mendidih dan ambil isinya.
2. Rebus lada merah kering hingga mendidih dan kisarkan lada merah bersama bawang putih, lada merah, cili     api, gula merah, gula pasir dengan air.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga bertukar menjadi merah gelap. Kemudian masukkan kicap     pekat.
4. Masukkan isi kerang dan gaul hingga airnya sedikit kering.
5. Cucuk isi kerang pada lidi satay mengikut ukuran yang diinginkan.
6. Bakar satay dalam oven@microwave sehingga naik bau dan hidangkan(kalau nak garing boleh bakar           lama sikit).

Time ni terlebih kicap.maka jadilah warnanya agak kehitaman sedikit


Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan dialu-alukan. Terima kasih =)

sumber asal : resepi kerang

Wednesday, 25 September 2013

Kata-kata akhir dari aku

Bismillah

Insya Allah, ini mungkin kata terakhir aku tentang dia. Moga lepas ni aku mampu untuk membuka buku baru. Its will easy if u thinks its easy and it will difficult if u thinks its difficult. The result will be base of what u thinks.

Aku tahu setiap kali buka wall facebook dia, hati aku akan sakit, fikiran aku menjadi beku dan diri aku menjadi kaku. Namun aku tetap ingin membuka wall dia untuk menyakitkan lagi diri sendiri. I don't know whose she to him. But every single word that she post to his wall and every single word that he reply to her post is make me sicks. I can't stand more to be tough.

Maybe I was wrong to fall in love with him. Just because we had spent out lot time together in university, I cross the line. I really sorry with my felling. I just a normal human and woman that easy fall in love to a kindness people. But, from now i should try my best to set my mind to change my felling for you, Insya Allah.

I know it hard to do, and needs a lot of effort. But, I trust and believe to Him and I know I not alone to find the way. Never cry anymore, no time to reverse back and make me down. Just go forward even u give up with your past. Inshaa Allah i will do it, with the strengths from Him. Ameen. 

Tuesday, 10 September 2013

Just from heart

Bismillah

Sedang aku memandu pulang ke rumah, terlihat seorang pakcik tua di pinggir jalan sedang membongkar timbunan sampah dan mengambil sehelai pemaidani kecil antara timbunan. Lalu dia cuba mengibas-ngibas pemaidani, membuang debu dan hama yang terlekat. Terdetik perasaan sayu dalam hati. Bagaimana lagi mereka mahu untuk rakyat berjimat?

Mungkin ada sebilangan insan kaya yang sering bermewah. Tetapi, masih ada kelompok insan yang hanya cukup seadanya sahaja. Dan semestinya insan-insan seperti ini lah yang masih ramai dan sering ditindas serta dipinggir akibat kemiskinan. Apakah mereka tidak cukup berjimat?



Tuesday, 3 September 2013

Secebis Akrilik atas Kanvas

Bismillah

"Realitinya, kita tahu, kita perlu tinggalkan sesuatu untuk sesuatu yang lebih baik.

Ada pengorbanan yang perlu dibuat. Ada rasa yang payah diterjemahkan.

Apa pun, be bold, be firm. Memang susah, tapi 

bukankah  setiap selepas kesusahan itu akan ada kesenangan?

  If you let something go for a good reason, 

you'll get another better thing in return. Insya Allah."



coretan kata Aishah Madadiy dalam novel Akrilik atas kanvas


Thursday, 22 August 2013

Renungan Gurindam Jiwa

Bismillah

"Memang kadang-kadang manusia tewas kepada ujian hidup dan jadi sebaliknya, tapi kita yang mengutuk perbuatannya apakah kita pernah diuji sepertinya? Dan kalau kitta pernah diuji dan menang, kekuatan itu milik kita atau milik siapa? Tanpa rahmat daripada Tuhan mampukah kita melepasi setiap ujian yang menimpa? Adam a.s pernah berkata kepada Musa as., bagaimana mungkin engkau mencelaku untuk apa yang telah tertulis untukku sebelu, aku dicipta lagi. Sesungguhnya maksiat itu mengandungi kebaikan kalau itu membawa kepada taubat. Kadang-kadang hanya dengan mengetahui pahitnya maksiat orang dapat merasa manisnya taat."

Olahan dari karya Imean dalam novel Gurindam Jiwa





Wednesday, 21 August 2013

Resepi : Nasi Impit Goreng

Bismillah

Disebabkan hari ni ak terkilan tak dapat sahur nasi impit goreng yang ak masak malam tadi, so ak nak berkongsi resepi nasi impit goreng kegemaran aku ni. Tapi nak cakap awal-awal, ni versi bujang je la. Agak2 kalau nak lagi mantap tertarik kau memang debom, silalah tambah sebarang perasa yang diinginkan ^_^



Bahan-bahannya :

1-2 paket besar @ 6-7 paket kecil nasi impit segera (boleh guna jenama nona/faiza)
5 biji cili padi@cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
15 ekor ikan bilis kering
1 biji lobak merah (dipotong dadu)
1/2 sk garam (ikut rasa masing-masing)

Cara-caranya :

1. Rebus nasi impit sehingga masak, sejukkan dan dipotong dadu.
2. Tumbuk@kisar kasar cilipadi, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kering dan naik bau (pastikan bahan tumis betul-     betul garing).
4. Masukkan lobak merah biarkan sehingga hampir masak.
5. Akhir sekali masukkan nasi impit yang telah dipotong dadu. Gaul rata dan biarkan ia masak bersama.

Ok, itulah secara ringkas resepi bujang kegemaran aku. Selamat mencuba =)

Friday, 16 August 2013

Ubat asthma dan semput

Bismillah

Sejak akhir-akhir ni ak asyik dengar khabar yang orang sekeliling ak diserang asthma@semput. Meh sini ak bagi satu petua kesihatan (made from my lovely mom) yang Insya Allah berkesan dan telah di uji keberkesanan nye...hehe

Ok, ubatnya hanya menggunakan jintan hitam@habatus sauda' dengan madu. Untuk jintan hitam 2, boleh dapatkan kat kat kedai2 atau kilang india yang buat rempah.(selalunya ibu beli borong je kat kilang rempah lagi murah). Make sure beli yang mentah dan belum diproses. Kemudian jintan 2 dibasuh dan disangaikan(masak tanpa minyak) hingga jintan 2 rasa panas. Seterusnya kisar jintan menjadi serbuk dan boleh dimakan bersama madu. Kalau rajin buat sekali banyak untuk stok dan dikongsi dengan orang lain hehe

ni rupa jintan hitam@habatus sauda' yang ibu ak selalu beli



 Sekian dari ak. agak2 kalau ad part yang x faham 2 boleh la tanya..insya Allah ak sedia menerima pertanyaan...hohoho