Merenung
Menilik sikap diri
Menilai akhlak peribadi
Bertanyakan, apakah sebenarnya yag ingin ditunjuli.
Berfikir
Mengapa perlu mengasingkan diri
Mengapa tidak buka peluang pasa insan sekeliling
Mengapa harus hidup di dunia sendiri
Tidakkan buat rasa sendiri
Apakah
Kerana takut hati tercalar
Kerana untuk mengelakkan keserabutan
Kerana kurang keyakinan diri
Hidup sendiri
Dalam dunia sendiri
Tanpa perlu menyakiti hati
Tanpa rasa pedih disakiti
Tanpa rasa dendam dan benci
Tanpa rasa serba salah tebal di hati
Tanpa ada ikatan yang akan terungkai pergi
Tanpa ada perpisahan yang perlu diratapi
Tanpa ada insan yang perlu diharap tinggi
Tanpa ada kebergantungan yang tidak sepatutnya terjadi.
Mungkinkah itu sebab aku jadi bergini?
No comments:
Post a Comment