Bismillah
Beramal soleh merupakan kewajipan setiap hamba Allah SWT yang menyatakan dirinya beriman kepada-Nya. Hamba Allah SWT dikatakan beramal soleh apabila ia melaksanakan syarat-syarat yang harus dipenuhi, iaitu:
- Amal soleh dilakukan berdasarkan perintah Allah SWt dan Rasulullah SAW baik terdapat di dalam al-Quran mahupun di dalam hadis Nabi SAW.
- Amal soleh seseorang diterima olejh Allah SWT apabila dikerjakan dengan bersungguh-sunguh dan ikhlas kerana-Nya.
- Amal Soleh seseoramg dikerjakan sejajar dengan tuntutan dan contoh daripada Rasulullah SAW, dan tidak menambah atau mengurangkan.
Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang menerangkan larangan Rasulullah SAW kepada kaum muslimin yang berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah SWT. Ada hak Allah yang harus dipenuhi, namun ada juga hak tubuh yang harus dipenuhi, Semuanya itu merupakan perintah Allah dan Rasulullah.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a "Sesungguhnya nabi SAW pernah datang ke rumah Aisyah. Ketika itu Aisyah sedang bersama seorang wanita. Nabi SAW bertanya kepada Aisyah, "Siapa ini?' Aisyah menjawab, "Dia iaitu fulanah. Dia ialah seorang wanita yang dikenali rajin sembahyang. Bahkan ada yang mengatakan bahawa dia tidak pernah tidur malam."
Imam Malik mengatakan bahawa wanita ini berasal daripada Bani Asad. Urwah mengatakan bahawa dia bernama Khaulana binti Tuwait. Di dalam cerita lain dikatakan, satu ketika Rasulullah SAW bertanya kepada Aisyah r.a. "Wahai Aisyah, siapa wanita ini?" Kemudian Aisyah menjawab, "Dia ialah seorang wanita yang paling banyak ibadahnya dibandingkan seluruh wanita di Bandar Madinah.
Selepas mendengar penjelasan Aisyah mengenai wanita tersebut, Rasulullah SAW berkata, "Cukup, jangan terus memujinya atau jangan melakukan perkara yang sama dengan wanita itu." Perkara ini yang kemudian menjadi landasan para ulama mengatakan bahawa sembahyang sepanjang malam hukumnya makruh.
Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Kerjakan amalan sejajar dengan keupayaan kalian." Ertinya Rasulullah SAW melarang seseorang untuk berlebih-lebihan dalam beribadah.
(Ibnu Hajar Al- Asqalani, Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Juz 1, 2000:68)
No comments:
Post a Comment