Wednesday, 4 November 2015

Review : Pencuci muka NuTeen Anti-Acne & Pimple Cleanser

Bismillah




Setelah 3 tahun penggunaan, aku baru tergerak nak buat review pasal product ni.

NuTeen Anti-Acne & Pimple Cleanser

Apa yang best tentang product ni? 

Ni antara product yang aku kekal bertahan dengannya.
Kalau aku nak bg rate aku bagi 9/10. Kenapa buka 10/10? Ha,,nnt aku bagi tahu sebabnya.

Dia punya pencuci dalam bentul gel, colourless. Bau dia wangi dan kurang berbuih.
Orang kata kalau kurang berbuih tu baguskan. Entah la, yang tu aku kurang pasti.

Yang aku pasti, sepanjang 3 tahun penggunaan, product ni memang betul2 control kadar penumbuhan jerawat aku. Especially time nak dekat2 period bilamana hormon sangat la tidak stabil.

And, kalau ada jerawat yang degil nak tumbuh, pencuci ni boleh bantu jerawat tu surut dengan cepat.
Tapi....kena pakai dengan kadar yang lebih sedikit daripada biasa.

Contohnya, kalau biasa cuci muka guna sebesar kacang soya, tapi bila tiba2 ada jerawat degil. Boleh la guna sebesar kacang paramg pulak. Faham x? hehe

Insyallah, selepas 2 kali pakai, jerawat akan kembali kurang.

Ha..sekarang apa yang xbest pula untuk prosuct ni?

Command la kan, setiap benda mesti ada baik dgn tak baiknya. Sepanjang pengalaman  aku, yang xbest adalah  benda ni xhilangkan bekas jerawat.
Jadi, for those yang suka pecahkan jerawat macam aku, memang padan muka lah.

Dah promote2 ni mesti nak tahu harga pulakkan..

Benda ni tak la mahal mana, harga sesuai untuk para2 remaja yg baru nak meningkat naik macam aku ni, eh.

Paling  murah kalau beli kat Mydin. harga dalam RM8-RM9. kalau kat Guardian@Watson dlm RM10-RM11. Kalau time2 promotion dapat lah harga murah lagi.


Tapi sekarang, aku nak try test pencuci muka dari Himalaya pulak.
Katanya pun best.

Next product test

Bagi aku try test dulu ek, lepas tu baru aku bagi review,k =)


No comments: