Bismillah
Sempena tengah cuti mc ni, sempat la aku nak buat review satu barangan elektrik ni..
Dah tahu kan apa dia..Dah terang-terang aku tulis tajuk kat atas tu, kalau tak tahu lagi, tak tahu la nak cakap apa.hoho
Setelah 2 minggu aku menggunakan iron ni, apa yang aku boleh cakap, steam iron ni memang best..kenapa? Sebab...
Boleh aku cakap, jimat masa nak menggosok. Sekali iron, dua2 belah dah licin..
Nak iron baju pun mudah dan yang penting harga pun murah. Aku beli iron ni kat HomePro di IOI City Mall dengan harga RM55 sahaja. Serius memang berbaloi.
Actually sebelum ni aku memang ada guna steam iron jugak, jenama Tefal. Tapi disebabkan iron tu telah rosak gara-gara aku tertolak ia dari iron board, maka bermula la pencarian aku untuk steam iron yang baru.
Dalam kenangan...selepas setahun berkhidmat |
Apa aku boleh cakap beza antara iron Tefal ni dengan iron Elba yang aku baru guna ni..
Beza yang pertama dari segi harga..aku beli iron Tefal ni di Aeon dengar harga RM69, so boleh kata iron Elba lagi murah la.
Yang kedua dari segi hasil gosokkan. Aku boleh cakap, iron Elba lagi mudah digunakan berbanding iron Tefal. Walaupun kedua-duanya jenis yang sama, tapi iron Elba memiliki satu kelebihan dimana iron Elba mampu meratakan kedua-dua belah bahagian berbanding iron Tefal.
Berat, kalau nak diiukutkan, iron Elba ni lagi berat berbanding iron Tefal. Bekas tirusan air yang dibekalkan untuk iron Elba juga lebih kecil berbanding iron Tefal.
So, itu sahaja perbandingan dan review untuk iron Elba dan iron Tefal..bagi aku kedua-dua ada advantages dia. Tapi kali ni aku terpaksa vote Steam Iron Elba walaupun aku peminat setia barangan Tefal.
Sekian
No comments:
Post a Comment