Selamat Hari Raya Readers 😊
Bila cuti raya dah sampai penghujung, kena la pulang melunaskan tanggungjawab yang tertangguh.
Jadi sebelum berjalan jauh, terpaksa la pergi menerbangkan duit untuk minyak hitam dan alignment kereta yang dah kelaut tu. Dengan gagahnya aku pergi la kedai kereta yang biasa ayah aku pergi untuk service kereta dia tu
Niat asal nak pi buat dua je, sekali punya la terkejut tengok kereta, habis semua dibukak...haa tu la beza regular dan special cust..😂
Bila dah bukak tu, kantoi la yang breakpad aku pun dah haus licin..Dah ternampak-nampak dah duit aku terbang tinggi memecah awan tu.
Setelah dihitung, totap pelaburan hari ni ialah RM322...seperti resit dibawah 😅
Boleh nampak ea kat situ beza breakpad aku yang dah halus licin dengan yang masih baru keluar dari kotak..
Ok, macam mana nak tahu yang breakpad korang dah haus? Senang je, beza breakpad yang haus dengan yang masih elok ialah bila korang tekan break, akan ada hasil bunyi geseran besi..agak2 kalau tekan break ada bunyi tu sila la pergi cek ya..
Break ni xboleh main-main..bagi aku untuk kereta ada 3 benda yang kena jaga. Break, stereng dengan minyak. Yang lain korang nak pikir 2 kali pun tak kisah.
No comments:
Post a Comment