Selak punya selak blog orang, terjumpa satu tips yg sangat berguna dalam mendidik anak-anak.
Untuk, ibu bapa atau bakal ibu bapa, jom baca dan praktikkan.
Insyallah xrugi. =)
10 tip berguna mendidik anak umur 0 hingga 3 tahun
Hari ni ibu nak share pasal tip keibubapaan atau lebih pada
terapi pertuturan yang dikongsi oleh sorang blogger ni, Adlil Rajiah. Memang
super awesome dan berguna. Tip yang dikongsikan boleh di apply untuk semua
anak2 kita terutama yang masih kecil, newborn pun boleh, tak semestinya yang
ada speech delay and such. Banyak tip yang ibu dah tahu sebab ibu pun sering
jumpa pakar ni masa Nazhan speech delay. So, jom kita ambil pengajaran. Terima
kasih pada Adlil sebab berkongsi info berguna dengan ibu bapa moden sekarang.
Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input
yang berguna dia bagi.
Terutama anak-anak yang umur
0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu
bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)
Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak
hadam.
1. BIASAKAN DAN KERAPKAN BAWAK ANAK MAIN PASIR,
BUIH, RUMPUT, DAN PLASTESIN.
Kalau boleh biar
dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan
texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills
dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je
lah dengan fakta yang diberikan ini.
dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu
sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je
lah dengan fakta yang diberikan ini.
2. DON'T EXPOSE TO
TOO MUCH THINGS IN A BOX.
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet,
phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi
special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia,
lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu
cerita kat aku.
Dia cakap
saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde
rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa
kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat
la. Kan?
Tapi sebab
parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby
tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon
macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D
So bila anak dia
dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat,
belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan
budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan
la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front
of Alex please!"
Gitu.
Takut aku. :D
Aku ada mintak
komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon
selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan
Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni
(ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch
with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For
example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays
badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks
you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join
him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him
and interact with him while watching."
Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games
tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level
sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves
stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon
tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.
How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk
airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf
C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes
movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah
camtu,
saraf mata
dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk
orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya,
saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T
3) STIMULATE THEIR
IMITATION SKILLS.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa
saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap
hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata,
ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents
digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh
anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun
buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan
suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita
buat.
Buat satu
pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat
sama.
Gitu.
Oh lagi satu, Dr.
Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia
melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut
kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius
dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak
merangkak langsung (terus boleh berjalan).
Part ni aku
terkedu.
Sebab Haikal
memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu
lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus
berdiri dan berjalan.
T___T
Tapi takpe. Dr.
Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang
hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh
dia merangkak. Kahkah.
4) BANYAKKAN CONCEPT
TOYS BERBANDING MAINAN SUPERHEROES, MONSTERS, ETC.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang
realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks,
etc.
Sebab benda-benda
ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh
belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata,
avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie
doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa
bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia
terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok
sangat la kan.
Padahal aku pon
banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur
pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak
peduli. -..-
5) BILA NAK AJAR ANAK
BERCAKAP, AJAR WORD DULU, AVOID SENTENCE.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant
kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"
Camtu.
Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar
sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly.
Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan
pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun,
adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat
sentence.
6) KALAU BUDAK TAKUT
STRANGERS. ASK THEM TO HIGH-5. AVOID SALAM, HUG OR KISS.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali
trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi
ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu
akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je
sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti
diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak
yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5
dulu.
Kalau orang tanya
kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5,
akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.
7) BILA ANAK BUAT
SALAH. EXPLAIN INSTEAD OF MARAH.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak
tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia
buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak
cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.
8) OVERLY-ATTACHED TO
ONE PERSON IS NOT A GOOD SIGN.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak
berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan
dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.
9) BILA BERMAIN,
FOLLOW HIS INTEREST.
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia
main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main
ball.
Gitu.
Ikut kehendak
anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila
budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.
10) BAGI PILIHAN
JAWAPAN UNTUK ENHANCE COMMUNICATION SKILL ANAK.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam
je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan
soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena
bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa
Haikal menangis?"
Tapi Haikal diam
je,
mungkin sebab tak
tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la
beberapa pilihan jawapan, macam
"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak
ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if
soalan yang sama diajukan di masa akan datang.
Ok tu je 10 tips
yang dapat dikongsi.
Lagi sekali,
tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital
Gleneagles.
Bukan keluar dari
mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni
ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.
Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni
Alhamdulillah,
aku nampak kesan
positif pada Haikal.
Kesan dia sangat
drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang
lajuuuuuu.
So korang kena
cepat praktikkan tips-tips di atas. =)
Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha
bhai..