Tuesday, 12 January 2016

Oh Kawin Bab 2

Bukak fb cerita pasal kawin
Berbual dengan orang, bukak topik kawin.
Mana-mana je pergi mesti timbul pasal kawin.

Perempuan mana lah yang tak nak dikahwini.
Manusia mana lah yang nak hidup berseorangan.

Jujur aku cakap, everytime terbaca pasal rezeki mudah lepas kawin la..pasal kawin muda lah..atau apa-apa sahaja pasal kawin, hati aku cepat tersentuh. Perit rasa hati untuk menerimanya.

Kalau ikut hati memang nak kawin tahun ni. Tapi...entah lah. 
Kalau lah ia semudah abc..
Bersabar lah hati, andai jodoh itu tiba, tiada sapa mampu menolaknya 😔

Kalau tepuk sebelah tangan je tak akan berbunyi. 
Tapi nak tunggu tangan sebelah bergerak sekali, macam mustahil terjadi.
Biar lah, biar lah ia datang sendiri.
Aku tidak mampu nak mengharap pada benda yang tak pasti


Oh Kawin Bab 1

Nak berkongsi satu entry ni, sangat sesuai untuk para-para darawan dan terunawan..hehe

***************************copy paste from FB**************************************
[ OH KAHWIN ]

Pesanan buat yang belum kahwin (termasuk aku jugak).. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."

Kredit kpd : Kak Jie Nazirah & Saya Gja

Wednesday, 6 January 2016

10 Pesanan Menjadi Isteri Solehah

Bismillah

Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah. Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

sekadar gambar hiasan (sumber:google)


Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga”. Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.” Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.” Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”
Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur.


 Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga. Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.
Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya”. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.” Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.

INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.



Sumber: http://albakriah.wordpress.com/

Review Shampoo untuk Masalah Kelimumur

Bismillah

Ada masalah kelimumur? Atau rimas dengan kulit kepala yang sering gatal. Insyallah, aku cuba kongsi review satu produk yang aku guna untuk mengatasi masalah ini.

Produk apa yang aku guna?

Tadaa..nampak tak tu? Eh, bukan yang body shop atau clear. Tu ha..yang tengah tu..Himalaya anti-dandruff shampoo.

Apa yang best pasal produk ni?
Feedback aku..Alhamdulillah since aku pakai shampoo tu dalam 1-2 bulan, aku dah nampak kesannya. Kepala aku dah tak ada kelimumur yang mencemarkan. Tapi..tapi shampoo ini tidak berkesan untuk sesiapa yang memang ada masalah kulit. Yang tu memang terbukti, sebab orang sebelah aku pakai shampoo ni, tapi dia kata takde kesan.

So, untuk para-para reader yang ada masalah kulit yang teruk, better pergi jumpa pakar kulit terus.

Ada satu lagi pasal shampoo ni yang aku kena cakap. Actually, lepas korang shampoo rambut dengan shampoo ni, secara automatiknya rambut akan jadi keras kejung macam dawai. Serius aku cakap ni. Kakak aku pun cakap macam tu jugak. Nanti bila korang dah beli dan pakai, rambut kejung, cakap aku tak pesan awal-awal. 

Haha..cuak tak? Sebenarnya, masa rambut korang basah je dia mengejung. Bila kering, rambut jadi lembut semula. Tapi..kalau korang nak pastikan rambut tu lagi lembut dan teratur, boleh la gunakan hair-cream dan tonik dia. Korang boleh tengok gambar kat bawah tu ea.


Bila masa pulak nak guna benda ni?
Ok, biasanya aku guna benda ni selang seli. Aku biasa shampoo rambut waktu malam, 2 hari sekali. So setiap kali lepas shampoo rambut, aku akan gunakan salah satu secara berganti-ganti. Oh, cara guna pulak...biasanya aku akan sapu kat rambut bila rambut lembap atau hampir kering. Kalau sapu time basah or rambut dah terlajak kering, macam xde kesan sangat. Itu aku lah, kalau orang lain xtahu.

Untuk harga pulak..aku beli benda ni masa ada promo kat Himalaya Shop. Beli combo untuk tiga produk ni dalam RM60. Xsilap aku harga shampoo sebotol macam tu RM25. Mungkin kalau ada promosi, boleh dapat lagi murah. Produk ni boleh didapati jugak di Watson, Guardian atau kedai2 farmasi. 

Ok lah, itu sahaja review dari aku..kalau ada soalan, jangan segan-segan nak tanya, k 😊
Sekian...

Monday, 4 January 2016

Sampai bila kau menipu diri kau ejat..

     -Sampai satu tahap aku kuat untuk jujur pada diri sendiri

Friday, 18 December 2015

Doa lah ejat, andai dia jodoh kau biarkan Ya Rabb permudahkan jodoh mu.

Hati manusia Allah yang pegang
Takdir manusia Allah sahaja yang tahu
Yakin pada nan satu

Aku dekat kau dekat

Thursday, 3 December 2015

Benda Kecil, Jika Tiada Izin Allah Pun...

Bismillah

Nak kongsi satu cerita aku.
Cerita yang sangat la tak sopan, tapi iktibarnya sangat la bagus.

Ini kisah tentang aku
Kisah aku yang sakit perut membuang
Sakit perut dalam perjalanan ke tempat kerja
Sakit pulak yg sangat lah kritikal

Hanya tunggu masa dan ketika
Hingga sampai satu tahap aku hampir tewas
Muncul idea untuk singgah di mana-mana
Tapi waktu menuntut aku sampai ke tempat kerja dengan cepat

Kejap tanganku memegang stereng
Kejap lagi minda tu berpeluh berfikir
Tegap diri menahan tekanan perut dan perasaan
Teguh hatiku pula berdoa moga diberikan kekuatan

Bila sakit perut semakin kritikal
Kesabaran mula menipis
Kesilapan kecil pula dibesarkan
Dan hati kecil tetap terus berdoa untuk kekuatan
Berulang-ulang tanpa putus bertawakal

Bila sampai tempat yang dituju
Bila capai hala yang diinginkan
Minda dan hati mula terdetik
Sedangkan hal sekecil itu pun kita masih meminta harap Tuhan
Apa kebesaran yang kita ada.
Hanya seorang hamba yang lemah
Tidak punya suatu kehebatan pun
Selain diberikan dengan kasih dan sayang dari Nya