Friday 31 July 2015

Kau boleh datang bila kau rasa kau perlukan aku,
Kau boleh pergi bila kau telah temui apa yang kau cari.

Tuesday 28 July 2015

Worry ends




When you feel you’ve lost it all
When you don’t know who’s your friend or foe
You wonder why you’re so alone
Worry ends when faith begins
Don’t be sad by what you see
It’s true life has its miseries
But one thing’s always worked for me
Worry ends when faith begins

Don’t be saddened by what you see
I know life can be crazy
A showcase of hypocrisy
In the form of piety
It’s just one big mystery

For you and me



p/s: Sami Yusuf is the one of my favorite singer. Because what, because his song is very meaningful. Like describe me at all.

Saturday 25 July 2015

.......

Letihnya badan....
Macam nak nangis pun ada.
Plus emosi yg kejap naik turun lagi. πŸ˜”

Andai letih itu boleh diluahkan dengan perkataan,
Mungkin perkataan itu menjadi seperti  "bxcgsslks(6-)2"@@&".

Andai letih itu boleh diluahkan dalam bentuk lukisan,
Mungkin lukisan itu serabut hingga tidak tahu mana akar umbinya.

Andai letih itu boleh disuarakan,
Mungkin suara itu tidak mampu diukur tone nadanya.

Letih itu hanya mampu dirasai, dan diresapi oleh setiap inchi tubuh dan lapisan otot sahaja.

p/s: sorry enchΓ¨ blogger, awk selalu jadi tempat luahan hati saya πŸ˜”


Pernahkah?

Bismillah..

Pernah tak kau terperasan, bila kau single, tiada lelaki yang menghampiri.
Tetapi bila diri dah ada someone, tiba2 banyak pulak kumbang cuba mendekati.

Atau pun, kau rasa kau dah jumpa someone yg baik untuk kau.
Tapi tiba2, kau bertemu kumbang lain yang kau rasa dia lebih baik daripada si Dia.

Itu namanya dugaan, nak menguji sama ada kau setia atau mudah hanyut dengan kecantikan dunia.

Wednesday 22 July 2015

Buku Cerita Kanak-kanak

Bismillah


Dewasa ini, semakin banyak buku-buku kisah islam diterbitkan di pasaran.
Pernah dulu aku membayangkan, andai ada rezeki untuk mempunyai anak, ingin aku bacakan mereka kisah-kisah sejarah islam sebelum mereka lena tidur.

Kerana.....
Biar melimpah lah kasih dan sayang mereka kepada Rasullullah lebih dan sayang kepada dunia dan isinya.
Biar bibir mereka bangga mengingati kisah keteguhan sahabat nabi dalam membantu menyebarkan dakwah islam daripada kisah Snow White yg termakan apple beracun akibat kedengkian ibu tirinya.
Biar mereka bangga dengan kisah Khalid Al-Walid yang bijaksana memimpin peperangan daripada kisah Rapunzel yg mempunyai rambut sepanjang menara.
Biar mereka bangga, punya pemimpin seperti Sultan Al-Fateh, yang mampu menawan Kota Constatinopel yang dulunya menjadi kebanggaan para kafirin.
Biar mereka mampu mencontohi Khadijah dan Aishah yang teguh membantu Rasullullah dalam menyebarkan syiar Islam daripada kisah Cinderella yang mengejar cinta sang putera raja.
Biar mereka mengikut ketabahan Bilal bin Rabah yang mampu menghadapi seksaan kerana kukuhnya rasa kasih dia kepada yang Esa.




Friday 17 July 2015

Soalan di hari raya

Bismillah

Soalan paling famous bila jumpa sedara mara...

1. "Yang ni bila lagi majlisnya?"
2. "Dengar kata dah ada orang ya, bila tarikhnya?"
3. "Ini pun darah manis ni, dah ada tarikh x?"
4. "Ati, bila lagi?"

Dan semua soalan itu aku akan jawab dengan jawapan yang paling skema...

".....insyallah pakcik@makcik, doakan saya ya 😊....

Thursday 16 July 2015

Lelah...

Puas sudah aku menangis,
Lelah sudah aku merintih,
Kadang kala ingin aku putus asa,
Seketika aku lelah seribu bahasa.

Ya Allah, apakah yang ingin kau tunjukkan pada hamba mu yang lemah ini.

Sering pertanyaan itu terbit di minda.

Adakah aku yang terlalu mengejar kesempurnaan?
Adakah aku yang terlalu mengejar keperibadian?
Atau adakah aku tidak pernah mensyukuri nikmat yang Kau berikan?

Walaubagaimanapun, Allah itu Maha pengasih dan Maha penyembuh.

Saat aku menangis, Dia salurkan semangat dari Kalam suci-Nya,
Tika aku hampir mengalah, Dia salurkan rasa cinta dan rindu pada si dia,

Ya Rabb,
Biar lah rasa cinta dan sayang ku padanya seiring dengan rasa cinta dan sayang ku pada yang Mu.

Thursday 9 July 2015

Tanda-Tanda Kekuasaan Allah yang Sering Kita Lupakan

Bismillah

Allah berfirman di dalam Al-Quran......

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi." ~Ar-Ruum:20~

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." ~Ar-Ruum:21~

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan." ~Ar-Ruum:22~

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran)." ~Ar-Ruum:23~

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya." ~Ar-Ruum:24~

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing)." ~Ar-Ruum:25~

"Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya."  ~Ar-Ruum:26~

Wednesday 8 July 2015

Jodoh Pasti Bertemu

Bismillah

Bukan putus asa, bukan maksud menyerah.
Cuma tidak ingin terlalu mengharap dan terlebih mengimpikan.
Andai ada jodoh antara kita, moga segalanya dipermudahkan.
Andai tiada, moga pertemuan ini memberi manfaat buat kita.


Insyallah...



Make Me Strong

Bismillah


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works

Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong


Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Monday 6 July 2015

Lelah Jatuh Ku

Bila sedih aku menangis
Bila marah aku juga menangis
Bila lemah aku menangis 
Bila kuat aku turut menangis
Aku dan air mata memang xmampu dipisahkan.

Dan hari ni, aku sangat lemah. 
Bagai tiada daya
Bagai lenyapnya kudrat.
Hanya menanti saat jatuh tergandah.

Maaf andai ada terguris saat aku sedang lelah.
Kerana aku tak mampu berfikir untuk menjadi kuat bertahan.

Friday 3 July 2015

SEKUFU?? Apakah Sebenarnya Maksud Sekufu Dalam Islam?

Bismillah

****copy paste on FB******
Aku seorang perempuan ada Master, Tunang aku seorang lelaki, diploma jer.. masa aku nk decide untuk terima dia..aku punyalah istikharah sgt2.. sebab aku takut x sekufu bagai.. coz taraf pendidikan yg berbeza.. family aku plk agak senang berbanding family dia. aku selalu berdoa..ya Allah.. kurniakanlah aku seorang suami yang kaya dunia dan kaya akhirat,yg baik, yg lemah lembut terhadap org tua, kanak2 & wanita..yg x panas baran dan x merokok..yang solat berjemaah 5 waktu di msjid..dan byk lgi la ciri2 yg aku spesifik kan..
jadi aku selalu fikir..kenapa aku x dpt laki yg kaya? yg berpelajaran tinggi? mcm dlm doa aku.. dia x kaya dunia, tp kaya budi pekerti..wlwpun dia bukan seorang ustaz mahupun imam di masjid2. dia x merokok juga, solat di masjid sekiranya tiada apa2 halangan. dia x alim pun, x suka bersosial sgt, tp gila bola.
dalam tempoh istikharah aku tu..mcm2 telah berlaku..mungkin Allah nk tunjuk kat aku..aku jumpa sepasang suami isteri , dua2 doktor, gaji besar, rumah besar.. tapi belum dikurniakan cahaya mata..
lagi..aku jumpa sepasang suami isteri, dua2 orang ada master dan kuat agama, aku naik kereta dgn dwg nk pergi ke satu destinasi..dlm perjalanan,suami dia suruh isteri dia tengok GPS, tapi isteri dia tersilap tengok.. jadi kami tersalah jln, pstu terus suami dia marah2 isteri dia n ckp ""tengok GPS pun x reti"" .. luluh hati aku.. aku fhm perasaan isteri dia masa tu..
lagi.. pernah dulu ada beberapa org yg nk melamar aku..boleh dikatakan kebanyakannya ustaz2, baik & x merokok, dwg agak mencari kesempurnaan,nk yg cantik, yg lemah lembut ayu sopan, pandai masak pandai menjahit pndai segala-galanya...aku tahu dwg layak untuk mencari kesempurnaan kerana diri dwg mmg baik. mgkin aku yg x cukup baik, sbb tu la aku x berjodoh dgn dwg..
dan byk lagi peristiwa2 lain yg terjadi pada aku dlm tempoh istikharah tu.. lalu aku buat kesimpulan..pasangan yg berpangkat dan berada, diuji dgn ketiadaan anak, pasangan yg sama2 educated pun, klw suami x boleh nk hormat isteri (paling kurg depan org lain) pun buat apa.. nak mencari kesempurnaan? like ustaz2 ke imam2 ke.. diri aku sndiri pun byk kekurangan, layak ke aku nk cari yg perfect.. cintailah kekurangan pasangan kita,,inshaAllah di situlah bahagia..
SEKUFU?? apakah sebenarnya maksud sekufu dalam Islam? adakah sama pada kekayaan? sama pada taraf pendidikan? sama pada pangkat dan darjat keturunan??
aku bermuhasabah sendiri.. kalaulah sekufu itu pada harta kekayaan, mana mungkin Allah mentakdirkan Rasulullah berkahwin dgn Khadijah, bukankah Khadijah seorang yg hartawan pada ketika itu? sedang Rasulullah hanya pekerjanya yg x punya harta? kalaulah sekufu itu pada pangkat keturunan, mana mungkin Rasulullah mengahwinkan Zaid bin Harithah yang berpangkat hamba sahaya dgn Zainab Binti Jahsy yang merdeka . sungguh SEKUFU dalam Islam itu diukur pada keimanan, keperibadian dan keislaman seseorang..bukan pada selainnya yang berunsurkan material dan fizikal..
lalu..aku katakan kepada Tuhan ku..:
""Ya Allah..sekiranya dia baik bg ku, permudahkanlah urusan perkahwinan kami, sekiranya tidak, maka jauhkan lah dia dariku, ya Allah , ketahuilah, aku menerimanya hanya kerana-Mu..aku ingin berkahwin dengannya demi menjaga kehormatan ku, dan menjauhi larangan-Mu, berkatilah perhubungan ini ya Allah..""


****copy paste on FB******