Friday 18 December 2015

Doa lah ejat, andai dia jodoh kau biarkan Ya Rabb permudahkan jodoh mu.

Hati manusia Allah yang pegang
Takdir manusia Allah sahaja yang tahu
Yakin pada nan satu

Aku dekat kau dekat

Thursday 3 December 2015

Benda Kecil, Jika Tiada Izin Allah Pun...

Bismillah

Nak kongsi satu cerita aku.
Cerita yang sangat la tak sopan, tapi iktibarnya sangat la bagus.

Ini kisah tentang aku
Kisah aku yang sakit perut membuang
Sakit perut dalam perjalanan ke tempat kerja
Sakit pulak yg sangat lah kritikal

Hanya tunggu masa dan ketika
Hingga sampai satu tahap aku hampir tewas
Muncul idea untuk singgah di mana-mana
Tapi waktu menuntut aku sampai ke tempat kerja dengan cepat

Kejap tanganku memegang stereng
Kejap lagi minda tu berpeluh berfikir
Tegap diri menahan tekanan perut dan perasaan
Teguh hatiku pula berdoa moga diberikan kekuatan

Bila sakit perut semakin kritikal
Kesabaran mula menipis
Kesilapan kecil pula dibesarkan
Dan hati kecil tetap terus berdoa untuk kekuatan
Berulang-ulang tanpa putus bertawakal

Bila sampai tempat yang dituju
Bila capai hala yang diinginkan
Minda dan hati mula terdetik
Sedangkan hal sekecil itu pun kita masih meminta harap Tuhan
Apa kebesaran yang kita ada.
Hanya seorang hamba yang lemah
Tidak punya suatu kehebatan pun
Selain diberikan dengan kasih dan sayang dari Nya


Friday 27 November 2015

Koyak@Sakit Bucu Mulut

Bismillah

Baru-baru ni bucu mulut aku tiba-tiba je sakit.
Penah rasa tak korang?
Azab wey, nak makan nak cakap.
Sampai satu tahap tu aku menangis sampai orang sebelah aku risau.
Padahal aku stress sebab xboleh nak makan kesan sakit mulut hingga buat aku gastric.
Sorry ye encik sebelah..tak memasal je awk risau sy sentap.

Macam mana boleh terjadi?
Mula-mula tu tumbuh biji-biji air dan pedih.
Lepas tu terus pedih macam nak tanggal mulut.
Jenuh aku pikir apa sebab tiba-tiba je naik macam tu.
Last-last aku buat keputusan berani mati utk letak garam CMD tu.
Pedih dia, mak ai...hanya Allah je yang tahu.

Itu pun sebab pikir boleh sembuhkan je.
Sebab tu gagah nak letak.

Tapi, cubaan aku gagal.
CMD tu hanya mengeringkan je,
Hujung bibir still sakit lagi.

Lepas 2 hari sakit, baru aku gagahkan diri pergi jumpa doktor.
Asalnya aku tak nak pergi,
Sebab pikir takat sakit sikit macam tu je pun nak pergi jumpa doktor ke?.

Tapi bila pikir hari ni aku nak balik kampung,
Jadi aku gagahkan jugak la pi hadap muka doktor tu.

Dan akhirnya...
Tadaa...doktor tu bagi aku ubat ni.


Aku xtahu apa nama ubat ni.
Tapi aku tahu, ubat ni tersangat la best.
Sebab...mulut aku dah tak susah nak bukak lagi.
Dah xrasa sakit sangat daripada sebelum ni.
Dah boleh aci bukak mulut besar-besar..eh, tu tipu 
Ni baru sekali letak tau
Harap, cepat la sembuh mulut ni
List mengidam kau banyak lagi tak cover ni...UPS

Bila pikir balik,
Rugi je aku tahan sakit selama dua hari.
Sampai membazir air mata plus menipiskan dinding perut aku tu.

Kesimpulannya...
Kalau dah tahu sakit tu, pergi je la jumpa doktor.
Tak perlu nak buat-buat gagah tunggu sakit sembuh sendiri..
#nasihatutkdirisendiri 

Wednesday 18 November 2015

Review : Nasi lemak Cik Chom Batu pahat

Bismillah

Semalam lepas balik dari UTM enchi sebelah tanya makan apa yg sedap kat sini.
Then, dah tentu2 la aku xtahu...lama kot aku tinggalkan JB

Tapi...tiba2 dapat idea nakal nak ajak dia try test nasi lemak yg heboh2 kat FB tu.
Tadaa...  Warung Nasi Lemak Cik Chom la
Nampak dalam gambar, memang terbaik la kan..
Ada sotong besar..ikan besar...ada nasi warna hijau..
Mana la food lover macam aku ni tak tertarik nak cuba



Selama ni tengok hujung mata je kat FB
Sebab pikir bertapa jauhnya Melaka dan Batu pahat itu la kan..
Alang-alang dapat peluang ni, singgah ler

Gigih memandu dari JB ke Ayer Hitam seterusnya ke Sri Gading.
Perjalan tu ada dalam 50km jugak la.
Nak direction boleh usha FB dia, k =)

Sampai2 sana..kitorang beratur untuk order makan.
Aku order nasi lemak sotong, enchi sebelah order nasi lemak ayam tambah telur.



Dalam satu dish tu ada nasi hijau+putih, epal hijau, sambal, kacang+bilis dan protein pilihan.
untuk senarai harga, boleh tengok kat bawah ea..

Ini senarai harga untuk jeni2 nasi lemak sana

Apa komen aku,
Aku bagi 2 bintang untuk rasa nasi lemak dia.
4 bintang untuk sotong dan ayan goreng pulak.
Ayam goreng dia sedap wey, rasa manis plus segar.
Sotong dia aku rasa kurang sikit, tapi enchi sebelah kata sedap.
Mungkin kena ikut test masing2 kot.
Sambal dia pulak, ok la..ada rasa kampung2 sikit. sedap jugak manis pedas.

Untuk air..ada air biasa or jus buah jugak.
Time makan tu kami order air jus tembikai. Di sebabkan air tu dalam gelas besar
kami kongsi je air tu. Harga dia pulak dalam Rm4

Bagi aku rasa nasi lemak dia ok la, boleh makan untuk pertama kali.
Tapi untuk kali kedua dan berikutnya, boleh pikir lagi.

Well, ini apa yang aku rasa tau..lain orang lain selera dia.
Nak puaskan hati, boleh la engkorang pulak try test.
Mana tahu, aku je yg terlalu cerewet..hehe










Friday 13 November 2015

Nak Berpoligami? Baca Ni Dulu

Bismillah


**************************copy paste from FB***************************************

Luahan seorang seorang suami yang gatal nak beristeri muda... anak dara lak tu!
BARU TAU LANGIT TINGGI RENDAH!

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. "Kalau u rasa u nak pasang lagi satu, i izinkan", kata isteriku. 

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah aku at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri i tu main reverse psikologi dengan i. Tapi lepas i berfikir panjang, rasa-rasanya tak naklah. 

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur i yang dah 40+. Let's say kalau i kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memanglah seronok beb. 

Tentang makan minum, pakai i, kemas rumah dan kegemaran i, rasanya i tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, i suka makan apa, camne cara nak masaknya, baju i kena gosok cam gini, kalau i bangun tidur i suka kalau my wife dah siapkan segala-galanya lah. Tak perlu i bagitau, dia dah tahu apa i suka. Cerita apa i suka kat TV, teh atau kopi manis macammana, hobi apa, sukan kegemaran .... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa-rasa dapat ke isteri muda i suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, i kan dah tua. Mesti dia kata i ni mengada-ngada. Sure i yang kena manjakan dia lebih, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda PASTI LAGI TERUK. 

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau i tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. 

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartment 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak 

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ... 

Lebih haru lagi, tentu anak-anak i akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari i, malah akan membenci pula. 

Masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau i ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa i dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Kat rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak-anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak), sedangkan di rumah isteri tua, anak-anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, i yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Daah tak dapat...

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula-mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua keseronokan tu. Bila dah ada anak, tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Lecehlah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eiiii tak sangguuup... Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak i ...... lagi haru .... 

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tau nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk.

Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau i ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru i tu .... Hisshh banyak lah lagi. 

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi i selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah i tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. 

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap i. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata, bukannya yang di dalam kepala, bukannya di dalam 'seluar dalam' je. 

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut, salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apapun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. 

Kalau nak ikut nabi, rasa-rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. 

Tak payah lah yang lain2. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam 'seluar dalam' je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial2. Fikir2kanlah ya...

Wallahua'lam. 

- suami KL-

Thursday 12 November 2015

Petua : Mulut Berbau

Bismillah

Mulut dan nafas berbau?! Eee sangat lah xselesa kalau jumpa orang macam tu.
Masalah mulut berbau ni kerap berlaku dalam masyarakat kita.
Kadang-kadang tu, bukan setakat mulut. Nafas pun berbau.
Situasi ini sangat lah tidak selesa pada insan-insan yang duduk sekitarnya

Sebelum aku bagi petua nak hilangkan bau mulut.
Jom kita gali sebab apa ada bau mulut@nafas berbau ni.

Sebab-Sebab :

1. Tak gosok gigi! 
(yg ini memang masalah kalau gigi sendiri pun xnak jaga)

2. Gigi berlubang 
(dah tau berlubang tu pergi la tampal plus buat apa la tahan sakit lama-lama)

3. Tak gosok lidah semasa menggosok gigi. 
(ini hal, banyak orang xbuat. padahal kat lidah tu la paling banyak bakteria-bakteria degil kena sental. Cara nak tahu lidah kita dah bersih, xada selaput putih pada lidah selepas menggosok gigi)

4. Makan makanan yang berbau kuat
(xsalah kalau nak makan, tapi lepas makan tu pergi la gosok gigi. kalau malas nak gosok, kumur je dengan cecair kumur tu. simple dan senang)

5. Puasa
(masalah mulut berbau sebab puasa ni memang la ada yg kata bau mulut orang yg puasa ni mcm bau mulut kasturi, tapi kalau bau dia tu boleh mengganggu orang lain. Sila-sila kan lah menggosok or berkumur ya)

Ha...ini lah antara sebab kenapa mulut berbau.

Sebenarnya, masalah mulut berbau ni bukan tak ada solusinya.
Sekarang ni di zaman serba moden, banyak je kaedah atau produk yang  boleh membantu.

Kaedah Penyelesaian :

1. Gosok gigi
(gosok gigi tu penting, sekurang-kurangnya selepas dan sebelum tido. Selain elakkan mulut berbau, ia juga membantu gigi kekal bersih dan sihat)

2. Berkumur
(maksud berkumur ni bukan berkumur dengan air biasa. tapi berkumur dengan mouthwash. Bukan setakat mulut bersih, mulut pun rasa segar sentiasa)

Ini antara produk yg aku guna. benda ni best sbb memang hampir 12 jam kesegaran terasa. sampai nak makan pun rasa sayang je mulut tu.


3. Jumpa doktor
(agak-agak kalau mulut tu teruk sangat berbau, pergila jumpa doktor untuk rawatan. Hospital swasta atau kerajaan, pilihan ditangan sendiri)

Wednesday 4 November 2015

Review : Pencuci muka NuTeen Anti-Acne & Pimple Cleanser

Bismillah




Setelah 3 tahun penggunaan, aku baru tergerak nak buat review pasal product ni.

NuTeen Anti-Acne & Pimple Cleanser

Apa yang best tentang product ni? 

Ni antara product yang aku kekal bertahan dengannya.
Kalau aku nak bg rate aku bagi 9/10. Kenapa buka 10/10? Ha,,nnt aku bagi tahu sebabnya.

Dia punya pencuci dalam bentul gel, colourless. Bau dia wangi dan kurang berbuih.
Orang kata kalau kurang berbuih tu baguskan. Entah la, yang tu aku kurang pasti.

Yang aku pasti, sepanjang 3 tahun penggunaan, product ni memang betul2 control kadar penumbuhan jerawat aku. Especially time nak dekat2 period bilamana hormon sangat la tidak stabil.

And, kalau ada jerawat yang degil nak tumbuh, pencuci ni boleh bantu jerawat tu surut dengan cepat.
Tapi....kena pakai dengan kadar yang lebih sedikit daripada biasa.

Contohnya, kalau biasa cuci muka guna sebesar kacang soya, tapi bila tiba2 ada jerawat degil. Boleh la guna sebesar kacang paramg pulak. Faham x? hehe

Insyallah, selepas 2 kali pakai, jerawat akan kembali kurang.

Ha..sekarang apa yang xbest pula untuk prosuct ni?

Command la kan, setiap benda mesti ada baik dgn tak baiknya. Sepanjang pengalaman  aku, yang xbest adalah  benda ni xhilangkan bekas jerawat.
Jadi, for those yang suka pecahkan jerawat macam aku, memang padan muka lah.

Dah promote2 ni mesti nak tahu harga pulakkan..

Benda ni tak la mahal mana, harga sesuai untuk para2 remaja yg baru nak meningkat naik macam aku ni, eh.

Paling  murah kalau beli kat Mydin. harga dalam RM8-RM9. kalau kat Guardian@Watson dlm RM10-RM11. Kalau time2 promotion dapat lah harga murah lagi.


Tapi sekarang, aku nak try test pencuci muka dari Himalaya pulak.
Katanya pun best.

Next product test

Bagi aku try test dulu ek, lepas tu baru aku bagi review,k =)


Tuesday 3 November 2015

Rasepi : Sizzling Yee Mee Ringkas dan Sedap

Bismillah

Sapa suka sizzling, angkat tangan!! hehe
Nampaknya kita satu geng la =)

Bila dah minat tu, mesti ada rasa nak cuba buat sendiri.
Jadi dengan gagahnya aku cuba tanya enchi google.
Dan akhirnya..tadaa jumpa lah resepi sizzling yang ringkas dan mudah.
Sangat sesuai untuk aku yang sangat tak suka benda2 leceh.
Thank kepada Open minda untuk resepi ^_^

Bahan-bahannya (untuk 2 orang) -RESEPI ASAL

5 ulas bawang putih (ketuk atau cincang)
1 inci halia (hiris nipis)
5-6 tangkai cili kering (potong besar2) -nak pedas boleh lebihkan
ayam (mana2 bahagian)
6 biji cendawan shitake (dibelah dua)
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar serbuk lada hitam -nak pedas boleh lebihkan
1/2 sudu besar minyak bijan
4-5 cawan air
3-4 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)
garam secukup rasa
sayur sawi (potong besar2)
telur
yee mee

Cara-cara

1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga kekuningan.
2. Masukkan air, ayam dan cendawan shitake. Biarkan seketika sehingga masak
3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, minyak bijan dan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan kuah masak dan memekat.
5. Untuk hidangan, boleh ambil sebahagian kuah sizzling panaskan di dalam periuk berasingan.
6. Masukkan sawi, yee mee dan telur. Tunggu hingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan.


tadaa...inilah hasilnya. panas dari dapur. sedap dimakan panas2 

Disebabkan kat rumah aku xde hot plate. jadi aku gunakan periuk biasa dan hidang kat dalam pinggan je.

Kalau ada hot plate, memang lengkap lah.

Boleh cuba, jangan segan2 ya..hehe



Saturday 31 October 2015

Pemberian @ Sedekah yang Bernilai

Bismillah

Sempena dihujung hari birthday aku ini, tiba-tiba teringat tentang kisah aku dan kawan usrah ibuku.

Sudah menjadi tradisi, setiap kali ABIM daerah Segamat ingin mengadakan usrah. Setiap ahli akan membawa makanan kudapan untuk dikongsi bersama sebelum usrah dimulakan.

Dan nak dijadikan cerita, satu hari aku telah ditegur oleh teman usrah ibuku "Cikgu Siti" yang sudah ku anggap seperti keluargaku sendiri. Tegurannya pada makanan yang aku bawa. 

Aku akui, keropok lekor yang aku bawakan itu agak hangit baunya, gara2 terleka aku membiarkan gorengan di dapur atas urusan lain.

Kata beliau, "ati, seeloknya kalau nak berikan sesuatu pada orang, berikan lah apa yang kita sayang atau gemarkan."

Alhamdulillah, insyallah hingga hari ni. Akan ku ingat pesanan beliau yang berhikmah itu.

Dan hari ini, nasihat itu terbukti dengan kata Qalam Ilahi;

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, sesungguhnya Allah mengetahui." (Surah Ali Imran, ayat 92)

Dalam ayat lain, Allah turut menetapkan;

"Wahai orang-orang yang beriman! Berlanjakanlahpada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kau dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu jikalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah maja kaya, lagi sentiasa dipuji." (Surah Al-Baqarah, ayat 267)

Semoga kita terus beritiqamah dalam melakukan segala ibadah. Insyallah

Friday 23 October 2015

Last Update, Drama laptop dan Air

Bismillah

Setelah hampir sebulan..
Setelah pelbagai drama yang ditempuh.
Setelah bermacam dugaan yg perlu dihadap

Akhirnya..
Drama laptop dan air telah sampai ke penghujungnya
Alhamdulillah
Laptop kerja aku telah kembali ke tangan.

Hasil tangan akhir aku. Water mark pada screen


Walaupun ada sedikit kecacatan
Selagi boleh digunakan
Akan aku gunakan sebaiknya.
Biar kecacatan itu menjadi peringatan pada aku yang sering alpa ini.

Semoga semua ini menjadi ikhtibar dan pengajaran
Insyallah

Wednesday 21 October 2015

Review : Garnier moisturizer, best ke?

Bismillah


Tergerak nak kongsi review benda ni. Ni antara produk yang paling lama pernah aku guna. Garnier moisturizer light complete..memang terbaik.


Kenapa aku sukakan benda ni? Ha..

SATU : sebab benda ni murahnya, harga kalau kat mydin RM24, kalau tengah sale boleh dapat dlm RM22. Kalau kat tempat lain dalam RM25/26 gitu lah. Biasanya benda ni tahan dalam 4-5 bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan.

DUA : sebab krim dia jenis yang cepat serap..serius! sapu kejap je dah kering...xberminyak dan  tak perlu tunggu lama2 sebelum aku nak tepuk2 bedak kat muka. Dan yang paling best, lepas pakai tu, kulit muka terasa lembut je.

TIGA : tentulah kerana keberkesanannya. Alhamdulillah selama ni aku pakai, dah lama aku xmengalami kes sun burn or muka berbelang macam kuih lapis.

Jadi, sapa yang tengah mencari cream moisturizer yang sesuai, boleh la cuba produk ni. Belum cuba belum tahu kan :)




Monday 19 October 2015

Hati

Bismillah

Ikhlas itu lawannya riak
Selagi mana di hatimu ada rasa bangga diri,
merendahkan orang lain,
mana mungkin ikhlas itu kau temukan.

Hidup ini ibaratnya kau ada sebuah almari
Almari itu kosong
Kau cuba penuhkan dengan "amalan"
Amalan yang busuk, buruk
Mana mungkin kau simpan di dalamnya itu.

Ambil seminit dua seusai solat subuh
Kosongkan hati
Yakinlah diri
Mati itu pasti
Insyallah
Kan kau miliki kerendahan hati


Friday 16 October 2015

Dear Future Husband


Dear future husband
Where ever you are
Who ever you is
I will keep waiting on you

Dear future husband
Your past is your history 
Your history mean nothing to me
Because i not perfect too
Lets make our future better
So that, we can go jannah together
Insyallah

Dear future husband
I don't know when the day will be come
I don't how we will be meet
I just pray it will be in the right time
So that we will build our baitul jannah together.
Insyallah



Saturday 3 October 2015

Phobia

Bismillah

Pernah mengalami perasaan phobia?
Definisinya, phobia itu adalah rasa takut  berlebihan yang dirasakan oleh seseorang terhadap sesuatu hal atau kejadian.

Phobia dan aku, tidak asing lagi. Aku mudah phobia dengan kemarahan dan kesedihan.

Contohnya, aku pernah phobia nak guna mesin basuh kat kampung, sebab pernah kena marah kerana sukatan baju tak betul. At the end, sampai sekarang aku akan elakkan diri daripada cuci baju kat mesin.

Aku jugak pernah phobia untuk ikut meeting dengan seseorang ni, sebab pernah dengar dia mengamuk semasa sesi meeting kami yang lepas.

Dalam satu artikel ada mengatakan, 
"Sebenarnya rasa takut itu adalah hal yang wajar, cuma cara menangganinya saja yang harus diketahui. Pada umumnya penyebab phobia adalah pengalaman masa lalu yang pernah di alami oleh seseorang yang membuat dirinya sangat takut, cemas atau mungkin malu sehingga membuat efek trauma."

Yes, dan aku setuju, macam mana rasa phobia itu pun, apa yang paling penting adalah cara aku menangani trauma itu lah yang patut aku titik beratkan.


Wednesday 30 September 2015

Cakna Allah dan Musibah

 
Bismillah

Sekiranya kita ditimpa musibah, bersyukurlah kepada Allah s.w.t. kerana ia tanda Allah cakna kepada kita. Cakna itu mungkin menjadi penghapus dosa yang tidak mampu kita tanggung di akhirat ataupun menjadi sebab darjat iman kita diangkat.

Terdapat beberapa dalil al-quran serta hadis yang berkaitan dengan musibah.

1. "Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati, ia adalah daripada Allah dan apa jua bencana yang menimpamu, ia adalah daripada kesalahan dirimu sendiri. Dan Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai Rasul yang membawa rahmat. Dan cukuplah Allah menjadi saksi yang membuktikan kebenaran hakikat ini." -Surah An-Nisak : 79-

2. "Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan,maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan dosa. Dan dalam pada itu, Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu." -Surah Asy-Syura : 30-

3. "Tidaklah ditimpa seorang yang beriman akan satu tusukan duri ataupun yang lebih rendah (ataupun lebih tinggi) daripada itu, melainkan Allah mengangkat satu darjatnya dan menghapuskan daripadanya satu kejahatan (dosa)."  -Sahih Muslim, Sunan At-Tarmizi, dan Musnad Ahmad-

4. "Siapakah orang yang paling teruk diuji? Baginda menjawab, "Para nabi, kemudian orang yang selepasnya, kemudian orang yang seperti mereka. Seseorang itu diuji berdasarkan agamanya. Sekiranya pegangan agamanya teguh, maka ujiannya bertambah kuat." -Musnad Ahmad, Mustadrak Al-Hakim-

Semoga ayat ini dapat menenangkan jiwa orang yang sering mendapatkan musibah, insyallah...

Saat

Bismillah

Saat kau berdiri di sana
Bertentangan di kejauhan
Sambil melayarkan sebaris senyuman
Aku terkaku dari kunyahan
Memastikan ia realiti atau pun bayangan..

#senyumsampaikelangit

Tuesday 29 September 2015

Update drama laptop dan air

Urusan yang belum selesai.
Pagi tadi dapat panggilam dari IT
Laptop xdapat nak claim warranty.
Hati kekal teguh untuk dengar berita yg pasti ku dengari.
Tapi, bila aku dengar harga yang mungkin perlu dibayar.
Satu persoalan timbul,
Adakah ini harga kesilapan ku?

Belajar redha walau ia pahit.
Duit boleh dicari, pengajaran belumtentu boleh datang dengan erti.
Belajar lah daripada kekhilafan.

Tuesday 22 September 2015

Drama laptop dan air

Bismillah

Lappy kerja ku terkena tumpahan air...=(
Dugaan sangat.
Cuai betul...
Serius sedih. Masa time tengah kemuncak sibuk la boleh ada tragedi macam ni.
Benda yang aku tak pernah buat pulak tu..

May Allah ease
Insyallah 

Tuesday 15 September 2015

Tudung Bawal Murah (NoorImtiyaz Collection)

Bismillah..

Masih mencari-cari tudung untuk raya haji nanti?
Boleh tengok koleksi kami..
Mana tahu ada yang berkenan di hati..

Kain mudah di gosok dan dibentuk.
Tidak jarang 

Terdapat dalam dua saiz :

 Bidang 60 : 1.5m x 1.5m
 Bidang 50 : 1.3m x 1.3m

Harga :

RM28 


Contact : 019-7165061 (whatsapp)
017-8251064 (message)




Wednesday 9 September 2015

Resepi : Anis Choc Moist Cake

Bismillah

Post Resepi Anis Choc Moist Cake dengan harapan aku boleh buat bila ada masa dan peluang nanti.
Insyallah..


Resepi Anis Choc Moist Cake:

Bahan A,
Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.
masak bahan a atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air).
2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan a.
Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action.
Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.

Topping:
Coklat masakan
sedikit butter
Whipping cream
Campur semua buat double boil..

@

Topping resepi baru (baru diguna pd tahun 2011)
Panaskan 1 cawan minyak masak
masukkan susu pekat,serbuk koko-semuanya 1 cawan.
Kalau pekat sangat, boleh kurangkan serbuk kokonya..atau masukkan sedikit full cream.
Kacau sehingga rata..Sedia untuk di topping..

p/s: nanti bila aku dah buat, akan aku share gambar ya :)

Thursday 3 September 2015

Nikmat Manakah yang Ingin Kau Dustakan

Bismillah

*************copy paste from fb************

Kisah Nyata : Terlewat Nikah 

Aku telah menamatkan zaman kuliahku dan kini aku bergelar seorang wanita yang berkerjaya.

Lamaran pinangan terhadap diriku untuk menikah juga datang tidak putus-putus, tetapi aku merasakan tiada seorang pun yang dapat menarik minatku

Kemudian kesibukan kerja dan cita-citaku  membuatkan aku leka dan hanyut dalam duniaku sendiri sehinggalah aku berusia 34 tahun. 

Ketika itulah baru aku sedar bahawa betapa susahnya lewat bernikah.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda meminangku. Usianya tua 2 tahun dariku. Dia berasal dari keluarga yang kurang mampu. Tapi aku ikhlas menerima dirinya seaadanya.

Kami mulai menghitung waktu pernikahan. Dia meminta kepadaku salinan KTP untuk menguruskan surat-surat pernikahan. Aku segera menyerahkan semua yang diperlukan.

Setelah dua hari berlalu, ibunya menghubungiku melalui telepon. Beliau memintaku supaya bertemu secepat mungkin.

Aku segera menemuinya. Tiba-tiba ia mengeluarkan salinan KTPku. Dia bertanya kepadaku apakah tarikh lahirku yang terdapat di KTP itu benar?

Aku menjawab: Benar.

Lalu ia berkata: Jadi umurmu sudah mendekati usia 40 tahun?!

Aku menjawab: Usiaku sekarang sebenarnya 34 tahun.

Ibunya berkata lagi: ya, sama saja.
Usiamu sudah lewat 30 tahun. Ertinya  kesempatan untuk memiliki anak sudah semakin tipis.
Sementara aku nak sangat menimang cucu.

Dia tidak mahu diam sampai ia mengakhiri proses pinangan antara diriku dengan anaknya.

Masa-masa sukar itu berlalu sampai 6 bulan.
Akhirnya aku memutuskan untuk pergi melaksanakan ibadah umrah bersama ayahku, supaya aku boleh menyembuhkan  kesedihan dan kekecewaanku di Baitullah.

Akupun pergi ke Mekah.
Aku duduk menangis, berlutut di depan Ka'bah.
Aku memohon kepada Allah supaya diberi jalan terbaik.

Setelah selesai solat, aku melihat seorang perempuan membaca al Qur'an dengan suara yang sangat merdu.
Aku mendengarnya lagi mengulang-ulangayat:

(وكان فضل الله عليك عظيما)

"Dan karunia Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar".

(An Nisa': 113)

Air mataku menitis  dengan derasnya mendengar alunan ayat itu.

Tiba-tiba perempuan itu merangkulku ke pangkuannya.
Dan ia mulai mengulang-ulang firman Allah:

(ولسوف يعطيك ربك فترضي)

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas".

(Adh Dhuha: 5)

Demi Allah, seolah-olah aku baru kali pertama mendengar ayat itu seumur hidupku. Pengaruhnya sangat luar biasa, jiwaku menjadi tenang.

Setelah seluruh ibadah umrah selesai, aku kembali ke Cairo.
Di pesawat aku duduk di sebelah kiri ayahku, sementara disebelah kanan beliau duduk seorang pemuda.

Sesampainya pesawat di bandara, akupun turun.
Di ruang tunggu aku bertemu suami kepada salah seorang sahabatku.

Kami bertanya kepadanya, dalam urusan apa ia datang ke bandara?
Dia menjawab bahwa ia sedang menunggu kedatangan sahabatnya yang menaiki pesawat yang sama dengan kami naiki.

Hanya beberapa saat, tiba-tiba sahabatnya itu datang.
Ternyata ia adalah pemuda yang duduk di kerusi disebelah kanan ayahku tadi.

Seterusnya aku berlalu dengan ayahku.....

setibanya aku sampai di rumah dan menukar  pakaian, sedang berehat, sahabatku yang suaminya tadi kebetulan betemu di bandara menghubungiku.
Terus saja ia menyatakan bahawa sahabat suaminya yang kebetulan menaiki pesawat  denganku sangat tertarik kepada diriku.
Dia ingin bertemu denganku di rumah temanku itu dimalam itu juga.
Atas alasan,urusan yang baik perlu disegerakan.

Jantungku berdegup  sangat kencang akibat kejutan yang tidak pernah aku bayangkan.

Lalu aku meminta pendapat kepada  ayahku terhadap tawaran suami sahabatku itu.
Beliau memberi semangat untuk untuk aku menerima perlawaan tersebut.
Boleh jadi dengan cara itu Allah memberiku jalan keluar.

Akhirnya.....aku pun datang ke rumah temanku itu.

Setelah beberapa hari selepas kunjungan kerumah itu, pemuda tadi pun datang melamarku secara rasmi.
Hanya satu bulan setengah setelah pertemuan itu kami betul-betul sudah menjadi pasangan suami-istri.
Jantungku betul-betul berdegup kencang dengan pengharapan kebahagiaan.

Kehidupan berkeluarga berjalan lancar dengan optimis  dan detik-detik kebahagiaan.
Aku mendapatkan seorang suami yang aku impikan.
Dia seorang yang sangat baik, penuh cinta, lemah lembut, dermawan, mempunyai akhlak yang subhanallah, ditambah lagi keluarganya yang sangat baik dan terhormat.

Namun sudah beberapa bulan berlalu belum juga ada tanda-tanda kehamilan pada diriku.
Perasaanku mulai diselubungi cemas.
Apalagi usiaku waktu itu sudah memasuki 36 tahun.

Aku minta kepada suamiku untuk membawaku supaya melakukan  pemeriksaan diri di hospital.
Aku bimbang kalau-kalau aku tidak boleh hamil.
Kami pergi menjalani  pemeriksaan dengan  seorang doktor yang sudah terkenal dan berpengalaman.
Dia minta kepadaku untuk buat ujian darah.

Ketika kami menerima keputusan ujian darah, ia berkata bahawa tidak perlu aku meneruskan pemeriksaan berikutnya, karena hasilnya sudah nyata.
Terus sahaja dia mengucapkan "Tahniah, anda hamil!"

Hari-hari kehamilanku pun berlalu dengan selamat, sekalipun aku mengalami kesusahan yang lebih dari orang biasanya.
Mungkin kerana aku hamil di usia yang sudah agak berumur.

Sepanjang kehamilanku, aku tidak punya keinginan untuk mengetahui jatina anak yang aku kandung.
Kerana apa pun yang Allah kurniakan kepadaku semua adalah nikmat dan kurniaan-Nya.

Setiap kali aku mengaduk bahawa rasanya kandunganku ini terlalu besar, dokter itu menjawab:
Itu karena kamu hamil di usia lewat 36 tahun.

Seterusnya tibalah hari-hari yang ditunggu, hari saatnya melahirkan.

Proses bersalin secara caesar berjalan dengan lancar.
Setelah aku sedar, doktor masuk ke bilikku dengan senyuman manis di wajahnya sambil bertanya tentang jenis jatina anak yang aku harapkan.
Aku menjawab bahawa aku hanya mendambakan kurniaan daripada  Allah.
Tidak penting bagiku jenis jatinanya. Lelaki atau perempuan akan aku sambut dengan ribuan kesyukuran.

Aku dikejutkan dengan pernyataannya:

"Bagaimana pendapatmu kalau kamu mendapat Hasan, Husen dan Fatimah sekaligus?

Aku tidak paham apa  yang ia katakan.
Dengan penuh tanda tanya aku bertanya apa yang ia maksudkan?

Lalu ia menjawab sambil menenangkan ku supaya jangan terkejut dan histeria bahawa Allah telah mengurniakan 3 orang anak sekaligus. 2 orang bayi lelaki dan seorang perempuan.

Seolah-olah Allah mahu memberiku 3 orang anak sekaligus untuk mengejar ketinggalanku dan lantaran kelewatan  umurku.

Sebenarnya doktor itu telah mengetahui bahawa aku mengandung anak kembar 3, tapi dia tidak menyampaikan berita itu kepadaku supaya aku tidak cemas menjalani masa-masa kehamilanku.

Lantas aku menangis sambil mengulang-ulang ayat Allah:

(ولسوف يعطيك ربك فترضى)

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas". (Adh Dhuha: 5)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

(وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا )

"Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, karena sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami..." (Ath Thur: 48)

Bacalah ayat ini penuh taddabur dan menghayatinya, teruskan berdoa dengan hati penuh yakin bahawa Allah tidak pernah dan tidak akan pernah membiarkanmu.

Bila status ini ada manfaatnya silakan share.

Jazaakumullahu khairan

____

Oleh : Amirah@Al-Quran Pelita Dunia.

Monday 31 August 2015

Pengurusan Waktu dan Makanan Minda

Bismillah

Menurut Prof. Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor (prof. hadith di UM), pada waktu minda sedang cerdas seperti selepas solat subuh, ia perlu diisi dengan bacaan yang hebat dan besar manfaatnya seperti Al-Quran. Tadabur Al-Quran pada waktu ini memberikan kesan yang mendalam. Pada waktu santai dan kurang cerdas, diisi pula dengan bacaan santai seperti akhbar dan sebagainya.

Sunday 30 August 2015

Your choosen


And you choose leave...

Kucing oh kucing

Huarghhh aku buntu. 
Kucing depan rumah tu xnak makan, tapi mengiau lapar


Bagi makanan xmakan...bagi air xnak minum..sampai last aku ikhtiar bagi susu pun dia xnak minum..

Please kucing..xtahu saya nak bagi apa ni.  Huhu...nampak sangat la aku noob pasal kucing.

So puan kucing..saya nak balik kampung ni..kalau lapar awak makan je la please...sy xde nak bg awak makanan lain..😉

Tutup buku lama buka buku baru

Bismillah

Ayah kata, itu semua qada' dan qadar
Ibu kata, kalau bukan jodoh nak buat macam mana..
Along kata, dia mungkin baik tapi tak cukup baik untuk ati..
Wana kata, ini semua pengalaman jangan kecewa dengan diri sendiri.

Dan...hati aku kata
Semoga aku terus tabah dan kuat untuk menerima hakikat takdir ini.
Tipu lah kalau dah tak sayang.
Tipu lah kalau tak rindu.
Tapi lepas ni, aku kena kuatkan tekad untuk tidak mudah tunduk dengan perasaan.

Untuk awak..
Saya dah lama maafkan awak,
Mohon jangan simpan rasa serba salah,
Apa kelemahan saya, saya mintak maaf  untuk segala kelemahan dan kesalahan saya.
Saya tak sempurna untuk awak, walaupun saya cuba berubah untuk menjadi yang sempurna di mata awak.
Tapi, walau usaha macam mana pun, kalau bukan jodoh kita nak buat macam mana, kan.
Semoga kenangan kita yang baik jadikan ingatan dan yang tak baik jadikan pengajaran.

Terima kasih awak untuk segalanya.
Banyak yang saya belajar daripada awak.

Kadang-kadang hatiku berdegil...
Masih kah ada jodoh untuk kita lagi?
Hanya Allah yang mengetahui

Dan sebenarnya, kata along itu salah, bukan awak tak cukup baik untuk saya, tetapi saya yang tak cukup baik untuk awak..

Friday 28 August 2015

Menangis lagi

Menangis dan terus menangis
Perit di hati, tak semua orang boleh faham.
Pedih dalam diri, tak semua orang boleh perasan.
Macam mana teruk sedih dan menangis pun, tetap perlu berusaha untuk pulih.

Belajar untuk tabah, walau kadangkala diri tetap terjatuh.
Belajar untuk gigih, walau kadangkala hati tetap mengeluh.

Tak semua perkara boleh difahami dengan luahan,
Tak semua perkara boleh difahami dengan kata-kata,
Kadang-kadang sesuatu itu hanya boleh difahami dengan pemerhatian dan pengalaman.


Wednesday 26 August 2015

Angan-angan kereta...

Bismillah

Kalau ikut hati nak beli kereta baru..
Kereta sedan jadi pilihan
Sama ada Civic atau K5.

Honda Civic
 VS

Kia Optima K5


Namun, bila fikirkan semula,
Perlu bezakan antara kehendak atau keperluan.
Dan perlu elakkan untuk jadi hamba kereta.

Mungkin kena hold dulu...
Buat target baru, 
Insyallah, lagi 5 tahun baru pikir balik angan-angan itu.

Belajar untuk survive dengan apa yg ada.
Jangan terlalu bermewah untuk kesenangan sementara.
Belajar hidup sederhana kerana diri tak selamanya di atas.

Tuesday 25 August 2015

Bila Hati terdetik di Persimpangan Traffic Light

Bismillah

Pernah tak...

Bila kamu ternampak orang kaya,
Terdetik dalam hatimu, kayanya Allah, sampai Dia mampu bagi kekayaan pada hamba-Nya.

Bila ternampak orang yang indah paras rupanya
Terdetik dalam hatimu, bertapa cantiknya Allah, pada hambanya pun Dia mampu bagi kecantikkan-Nya.


Saturday 22 August 2015

Kata lelaki...Jawab Wanita....

Bismillah

******************Copy Paste from FB***********************

Kata Lelaki....

Jawab Wanita....

Aku selalu baca, perempuan dah bosan dengan perangai laki bukan sebab tak pandai nak jaga laki sendiri tapi sebab EGO bertingkat-tingkat.

1st ko kena faham jugak perempuan lewat reply mesej atau reply pendek sbb dia tgh bz handle anak2 contohnya menangis nak susu, mandikan anak, cuci berak anak, memasak dll. Kau agak dia buat ni semua utk siapa? Utk ko jugak jd jgn nk expect dia akan terus reply sejurus selepas 1 saat mesej ko masuk. So skrg ko fahamkan knp dia reply singkat? Ke buat2 tak faham? tongue emoticon

2nd menjadi someone yg "talkative" n tanya byk soalan kang nanti ko jugak yg rimas bila orang perempuan ni show "real colors" dalam diri dia.. nnti setiap saat dia x berhenti talkative, ko naik menyampah then cakap dia kuat membebel la, bising la. So daripada asyik bercakap perkara yg x perlu baik diam aje. Itu yg terbaik.

3rd perempuan tak akan marah tak tentu pasal melainkan dia tengah pms, tgh sakit n bersedih atau laki tu sendiri cari pasal. And of course bila dia dapat tangkap atau ko terkantoi depan mata dia baru dia akan start marah kat ko silap2 boleh putus terus.

4th bagi space utk tidur boleh aje masa ada 24 jam sehari, tp xkanla ko nak membongkang 24 jam sehari kot kalah ular. Ada pulak yg main game start dari kol 10mlm sampai 4 pagi x henti, last2 solat subuh entah ke mana, berdengkurlah ko sampai ke tengahari. Lepak dgn kawan silakan tp jgn bila hbs jumpa diaorg anak bini ko tak layan. Dengan kawan2 baik peramah semacam tapi dengan isteri sendiri ko buat mcm hamba abdi ko kat rumah. Anak layan beberapa minit then ko jwb penatlah, nak tidolah. Pastu ko sambung main game balik sampai terlelap esoknya. Ingat benda tu x membantu ko utk masuk syurga. Isteri & anak2 harta dunia akhirat.

Kalo diri sendiri sengaja nak curang atau menggatal jgn bg alasan sbb isteri tak pandai ambil hati, x pandai melawa atau bdn dh x secantik zaman couple2 dulu. Banyak sgt jasa isteri utk ko. Dia Mengandung anak2 ko 9 bulan 10 hari sampai kulit badan pecah2 (stretch mark), sakit bersalinnya toksah cakapla "genggam batu pun boleh pecah bhai !" Lepas bersalin, bg yg kurang bernasib baik parut stretch mark kat seluruh bdn + berat bdn dia tak turun2 ada ko carikan ubat utk dia cantikkan kulit dia balik & nutrisi utk turunkan berat badan dia utk cantik semula? Takde! Ko tau komen n perli aje.

Sejam sekali nak call, whatsapp, wechat, sms, pm2 fb semata-mata nak bgtau rindu, sayang, i love u? Kalau aku jadi laki tu la aku dah fikir dah mcm psycho aje perempuan ni baik aku blah. 


**************************The End*********************************

Anywhere, apa yang penting perlu ada "give and take" dalam perhubungan. Bukan hanya seorang sahaja yang sering memberi dan seorang lagi duduk di dunia sendiri dan bukan sahaja harap diri difahami tanpa kira untuk memahami pasangan sendiri. Hidup berpasangan harus saling memahami, berkongsi dan elakkan berahsia antara satu sama lain.

Dan...
Kadang-kadang konflik itu bukan untuk merenggangkan hubungan, tapi juga adalah salah satu langkah untuk memahami pasangan dengan lebih mendalam, Insyallah.

Wednesday 19 August 2015

Tudung Bawal for sale, Promosi Pembukaan

Bismillah




Sempena pembukaan NoorImtiyaz Hijab Collection, promosi besar-besaran akan dibuat.

Bukan RM40....bukan RM35...bukan juga RM30

Tetapi...RM28 untuk setiap helai.
harga tidak termasuk pos

Terdapat dalam 2 ukuran :

- Bidang 60 : 1.5m x 1.5m
- Bidang 50 : 1.3m x 1.3m

Material : shimmering/crepe chiffon

Mudah dibentuk dan digosok

Whatsapp : 019-7165061


Jangan lepaskan peluang =)








Tuesday 18 August 2015

Panduan memilih pasangan (Al-Syura, 42:11)

Bismillah

Sekurang-kurangnya, ada empat motif atau penyebab seseorang berkahwin dengan perempuan:


  • Pertama : kerana hartanya. Harta seseorang kadang kala banyak dan kadang kala sedikit. Apabila seseorang berkahwin kerana harta, suatu ketika hartanya akan habis sehingga pernikahan pun berakhir.
  • Kedua : kerana kedudukannya. seseorang itu tidak selama-lamanya mempunyai kedudukan. Kalau seseorang itu berkahwin kerana kedudukan, kedudukan boleh sahaja hilang sehingga pernikahan pun berakhir.
  • Ketiga : kerana kecantikan. Kecantikan seseorang semakin lama semakin berkurang. 
  • Keempat : kerana agama. Insyallah kalau berkahwin kerana atas daasar agama, perkahwinan itu akan kekal selamanya.


           Imam Nawawi mengatakan bahawa hadis ini  menunjukkan kecenderungan manusia untuk berkahwin dengan perempuan. Mereka berkahwin dengan perempuan kerana empat perkara ini. Petunjuk Rasulullah SAW supaya mengutamakan yang baik agamanya bukan bererti perintah untuk memilih  yang baik agamanya itulah yang harus dinikahi.

Hadis ini juga menganjurkan untuk bergaul dengan orang yang baik agamanya supaya dijauhkan daripada keburukannya.

           Di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi, dikatakan bahawa apabila seseorang akan berkahwin dia akan memilih perempuan yang akan dinikahinya. Ada yang berkahwin dengannya kerana hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamnya. Namun sebaiknya ialah memilih perempuan yang dinikahi itu kerana agamanya.



           Imam Al Baihaqi meriwayatkan, "Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, boleh jadi kecantikan seorang perempuan lama kelamaan akan hilang, Jangan berkahwin dengan perempuan kerana harta bendanya, dibimbangkan harta benda perempuan itu akan menyebabkannya berbuat maksiat. Dan berkahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Hamba perempuan yang berkulit hitam tetapi beragama bagus itu lebih baik."

           Imam Al Hakim berkata, "Nikahlah dengan perempuan kerana salah satu di antara tiga perkara: kecantikannya, agamanya, dan akhlaknya. Pilihlah yang beragamabagus dan berakhlak baik."\
(Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Juz 5, 2000:201)


Sunday 16 August 2015

Rasa itu

Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang
Tapi aku tahu rasa itu cukup buat aku menangis dalam diam

Biar lah...

Biar lah air mata ini mengalir, 
Jika hanya ini caranya untuk kau mengubat rasa itu.

Ya Rabb...sungguh aku tidak kuat

Friday 14 August 2015

Terima kasih Ya Allah..

Kau bagi rasa sakit
Kau bagi aku rasa kecewa

Dalam satu masa.

Sekurang-kurangnya aku tahu..

Aku masih punya Kau yang......

Kekal sentiasa

Syarat diterima amal soleh (Fussilat 41:8)

Bismillah

Beramal soleh merupakan kewajipan setiap hamba Allah SWT yang menyatakan dirinya beriman kepada-Nya. Hamba Allah SWT dikatakan beramal soleh apabila ia melaksanakan syarat-syarat yang harus dipenuhi, iaitu: 

  1.  Amal soleh dilakukan berdasarkan perintah Allah SWt dan Rasulullah SAW baik terdapat di      dalam al-Quran mahupun di dalam hadis Nabi SAW.
  2.  Amal soleh seseorang diterima olejh Allah SWT apabila dikerjakan dengan bersungguh-sunguh dan ikhlas kerana-Nya.
  3.  Amal Soleh seseoramg dikerjakan sejajar dengan tuntutan dan contoh daripada Rasulullah SAW, dan tidak menambah atau mengurangkan.
Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang menerangkan larangan Rasulullah SAW kepada kaum muslimin yang berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah SWT. Ada hak Allah yang harus dipenuhi, namun ada juga hak tubuh yang harus dipenuhi, Semuanya itu merupakan perintah Allah dan Rasulullah.

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a "Sesungguhnya nabi SAW pernah datang ke rumah Aisyah. Ketika itu Aisyah sedang bersama seorang wanita. Nabi SAW bertanya kepada Aisyah, "Siapa ini?' Aisyah menjawab, "Dia iaitu fulanah. Dia ialah seorang wanita yang dikenali rajin sembahyang. Bahkan ada yang mengatakan bahawa dia tidak pernah tidur malam."

Imam Malik mengatakan bahawa wanita ini berasal daripada Bani Asad. Urwah mengatakan bahawa dia bernama Khaulana binti Tuwait. Di dalam cerita lain dikatakan, satu ketika Rasulullah SAW bertanya kepada Aisyah r.a. "Wahai Aisyah, siapa wanita ini?" Kemudian Aisyah menjawab, "Dia ialah seorang wanita yang paling banyak ibadahnya dibandingkan seluruh wanita di Bandar Madinah.

Selepas mendengar penjelasan Aisyah mengenai wanita tersebut, Rasulullah SAW berkata, "Cukup, jangan terus memujinya atau jangan melakukan perkara yang sama dengan wanita itu." Perkara ini yang kemudian menjadi landasan para ulama mengatakan bahawa sembahyang sepanjang malam hukumnya makruh.

Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Kerjakan amalan sejajar dengan keupayaan kalian." Ertinya Rasulullah SAW melarang seseorang untuk berlebih-lebihan dalam beribadah.

(Ibnu Hajar Al- Asqalani, Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Juz 1, 2000:68)


Diri...

Merenung
Menilik sikap diri
Menilai akhlak peribadi
Bertanyakan, apakah sebenarnya yag ingin ditunjuli.

Berfikir 
Mengapa perlu mengasingkan diri
Mengapa tidak buka peluang pasa insan sekeliling
Mengapa harus hidup di dunia sendiri
Tidakkan buat rasa sendiri

Apakah
Kerana takut hati tercalar
Kerana untuk mengelakkan keserabutan
Kerana kurang keyakinan diri

Hidup sendiri
Dalam dunia sendiri
Tanpa perlu menyakiti hati
Tanpa rasa pedih disakiti
Tanpa rasa dendam dan benci
Tanpa rasa serba salah tebal di hati
Tanpa ada ikatan yang akan terungkai pergi
Tanpa ada perpisahan yang perlu diratapi
Tanpa ada insan yang perlu diharap tinggi
Tanpa ada kebergantungan yang tidak sepatutnya terjadi.

Mungkinkah itu sebab aku jadi bergini?

Thursday 13 August 2015

Kata ayah

Dulu ayah ada cakap...
Kalau dah jumpa someone tu, kawin cepat2
Risau kalau lama2 nanti bosan.
Mula2 aku tak percaya..
Tapi....

Semoga Allah menjaga hati aku dan dia

Monday 10 August 2015

10 Tips berguna dalam mendidik anak (0 hingga 3 tahun)

Bismillah

Selak punya selak blog orang, terjumpa satu tips yg sangat berguna dalam mendidik anak-anak.
Untuk, ibu bapa atau bakal ibu bapa, jom baca dan praktikkan.

Insyallah xrugi. =)

********copy paste from idakhairani ******

10 tip berguna mendidik anak umur 0 hingga 3 tahun

Hari ni ibu nak share pasal tip keibubapaan atau lebih pada terapi pertuturan yang dikongsi oleh sorang blogger ni, Adlil Rajiah. Memang super awesome dan berguna. Tip yang dikongsikan boleh di apply untuk semua anak2 kita terutama yang masih kecil, newborn pun boleh, tak semestinya yang ada speech delay and such. Banyak tip yang ibu dah tahu sebab ibu pun sering jumpa pakar ni masa Nazhan speech delay. So, jom kita ambil pengajaran. Terima kasih pada Adlil sebab berkongsi info berguna dengan ibu bapa moden sekarang.
Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.

1. BIASAKAN DAN KERAPKAN BAWAK ANAK MAIN PASIR, BUIH, RUMPUT, DAN PLASTESIN.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.
dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.



 2. DON'T EXPOSE TO TOO MUCH THINGS IN A BOX.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.

Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.

Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T


3) STIMULATE THEIR IMITATION SKILLS.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.
Gitu.
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T
Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.



4) BANYAKKAN CONCEPT TOYS BERBANDING MAINAN SUPERHEROES, MONSTERS, ETC.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-




5) BILA NAK AJAR ANAK BERCAKAP, AJAR WORD DULU, AVOID SENTENCE.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.


6) KALAU BUDAK TAKUT STRANGERS. ASK THEM TO HIGH-5. AVOID SALAM, HUG OR KISS.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.

Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.

7) BILA ANAK BUAT SALAH. EXPLAIN INSTEAD OF MARAH.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.



8) OVERLY-ATTACHED TO ONE PERSON IS NOT A GOOD SIGN.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

9) BILA BERMAIN, FOLLOW HIS INTEREST.

Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.



10) BAGI PILIHAN JAWAPAN UNTUK ENHANCE COMMUNICATION SKILL ANAK.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..