Monday 30 December 2013

Satu mimpi

Bismillah

Ada satu kisah mimpi yang ak teringin sangat nak kongsi, tapi hari ni baru aku ada ruang dan peluang untuk mengarang. Satu mimpi yang pelik, nak kata seram pun tak, so entahla

Alkisah mimpi ku bermula dengan satu hari, ak nak hantar adikku balik asrama. Bila keluar dari simpang rumah ak 2, tiba-tiba je suasana yang ceria dan gembira bertukar suram dan kelam disebabkan keadaan sekitar jalan yang sangat tragis. Mayat bergelimpangan, ada yang kepala berpusing dari kedudukan asal, dua mayat berhempap bersama, dan ada juga yang kedudukan anggota badan mayatnya lari dari keadaan asal.

Kami dalam kereta semuanya tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang terjadi. Seolah-olah kawasan sekelilingku baru terkena tsunami yang dasyat. Sepanjang perjalanan kami terdiam kekakuan. Sungguh ramai seolah-olah hanya kami yang tinggal di situ.

Akhirnya, tanpa tahu kisah sebenar, ak terjaga dari tidor. Dan sehingga sekarang ak masih tertanya-tanya apakah mimpi ku yang kemarin itu hanya mainan tidur atau ad makna sebaliknya. Pokoknya, hingga kini ak masih dapat membayangkan dengan jelas suasana keadaan yang berlaku dimimpiku.

Yang ku pinta, hanya perkara yang baik sahaja yang akan diberikan kepada diri dan keluargaku. Insya Allah

Sunday 29 December 2013

Aku dan berita tergempar

Bismillah

Pukul 2.38 ptg tadi my dad call, "aty nak exam kan, ayah ad berita nak cakap, aty jangan terkejut. ibu masuk wad, paru-paru berair. Tapi doktor cakap ok".

Hati bagai terhempas jatuh ke batu. Berita yang tidak ku harapkan. Terus ku mencari maklumat tentang penyakit paru-paru berair di internet. Apakah sebab, kesan dan cara mengubati. Hatiku dilanda persoalan,  mahu pulang melawat atau tunggu dahulu perkhabaran dari sana.

Air mata mula membanjiri, namun otak menyedarkan. "Sia-sialah jika hanya menangis semata, pergilah berdoa pada yang Esa untuknya".

Lalu ku gilap air mata, mengangkat wuduk, menyucikan diriku. Ku ambil markhalah Al-Quran lalu menyelak ke surah Yasin. Dengan rasa hiba dihati, ku berdoa "Ya Rabb, jika ini ujian buat kami, aku redha. Berikan kemudahan dan ketabahan pada ibu dan ku mohon sembuhkanlah menyakitnya".

Amin ya Rabbul Izzati





Thursday 26 December 2013

Aku dan pressure(Tekanan)

Bismillah

Semalam my cousin tanya "aty macam mana nak hilangkan stress?" Terdiam ak jap. Macam kene2 je soalan tu dengan ak, lagi2 ak baru lepas menangani stress yg maha dasyat.


Semua orang ada masalah, semua orang boleh tertekan, tetapi macam mana cara mengendalikan masalah dan tekanan tu yang paling penting. Kadang2 ak sendiri pun tewas dengan masalah dan dugaan yang mendatang.

Then jawapan ak, "keep smile".

Yup, dengan senyuman diri akan sentiasa tenang, insya Allah. Masalah yang berat pun kita akan terasa ringan dengan senyuman. Tapi dalam senyum2 jugak, haruslah berdoa agar Allah membantu kita mengendalikan masalah kita tu. =) Allah is number one.



Thursday 19 December 2013

Rawatan altenatif demam

Bismillah

Ini adalah rawatan yang ak sendiri buat bila ak diserang demam. Mungkin para readers boleh mencubanya.

1. Mandi ais
Antara rawatan awal yang sangat berkesan lagi2 bila diserang sakit kepala akibat cuaca yang terlalu panas. cara-cara : bancuh ais 50sen dengan sebaldi ais. kalau nak wangi sikit letak la baby oil, siram seluruh badan. Tetapi tidak digalakkan untuk penghidap asma.

2. Kerap mandi 
Mandi adalah salah satu cara untuk membuang panas dalam mandi. lagi kerap mandi lagi cepat suhu badan turun. Insya Allah.

3. Minum banyak air 
Minum banyak air juga adalah salah satu cara untuk membuang haba dari sistem perkumuhan. Insya Allah cara ini sangatlah berkesan.

4. Tuam kepala 
Ya, cari ini pun ak selalu buat bila demam. Tak kisah la nak tuam dengan tuala lembap atau "cool fever". Tp biasanya ak tuam dengan tuala lembap, sebab kalau pakai "cool fever" cepat je gel dia mengering. Kalau pakai tuala kita boleh basahkan balik je. So x lah membazir, nak kene tukar selalu.


Jadinya, ni lah empat cara yang sering ak buat kalau demam. Ak memang x suka telan ubat dan jumpa doktor adalah perkara paling terakhir yang ak akan lakukan bila ak ditimpa sakit. Tapi kalau agak2 x kurang 2, rajin2kanlah diri untuk pergi klinik. kang melarat payah. =)


Aku dan demam

Bismillah

Disebabkan semalam ak menghadapi demam yang agak teruk, buat ak teringat semula kisah 5 tahun lalu sewaktu ak ditingkatan 5. Masa tu, tinggal beberapa hari je lagi nak SPM, dan secara tiba2 budak batch ak diserang wabak demam. Sorang demi sorang diserang demam, termasuk ak sendiri. Cikgu-cikgu jadi gusar dan GPK 1 (Pn. Yatimah) sendiri turun ke asrama melawat kami untuk melihat keadaan.

Waktu itu lah ak rasa yang ak terkena demam yang paling teruk sepanjang hidup aku. Sampaikan ak terpaksa dimandikan dengan ais untuk mengurangkan suhu badanku yang naik mendadak. Nak buka mata pun x termampu sampaikan adik ak cuba memaksa ak bangun dan makan ubat. Tapi sampai ke sudah ak x bangun.

Bila hari peperiksaan SPM menjelang, ak terpaksa dipapah oleh kawan-kawan ku ke dewan peperiksaan. Masa tu, minda ku memang x boleh berfikir, ak hanya mampu pasrah dengan ap yang berlaku. Demamku berlanjut sampai ke beberapa kertas yang seterusnya. Paling ak ingat, ad satu paper 2, ak hanya mampu meletakkan kepala di atas meja, tiada daya untuk menulis dan memikirkan jawapan untuk soalan yang diberikan. Hampir menangis memikirkan keadaan ku, namun ku cuba untuk kuatkan semangat untuk memastikan kertas jawapanku tidak kosong.

Bila keputusan SPM diumumkan, keputusan yang ku peroleh tidak sebagus yang diharapkan. Hanya memperoleh 3A 5B dan 3C. Ibu bapa ku tunduk kekecewaan dan mereka tidak dapat menerima alasan demamku dengan result yang ak peroleh. Apatah lagi ketika itu ad seorang lagi sepupu sebayaku mendapat keputusan SPM yang cemerlang berbanding ak. Hampir seminggu ak diuji, namun kucuba menerima dengan hati yang tenang. Ak hanya mampu mendiamkan diri dan menerima semua itu sebagai rencah ujian hidup ku.

Namun, Alhamdulillah kini hidupku telah berubah. Kehidupanku di universiti telah membuka mata mereka tentang ak. Setiap semester ak cuba memastikan keputusan peperiksaan di atas 3.0 dan Alhamdulillah ak berjaya mengekalkannya.


Wednesday 4 December 2013

Kayu manis pengubat jerawat

Bismillah

Hari ni ak nak berkongsi salah satu cara tradisional, murah dan Insya Allah berkesan untuk menghilangkan jerawat. Terutama untuk jerawat yang tak segan silu nak mula timbul di wajah. Caranya dengan letak serbuk kayu manis (macam gambar dibawah) pada jerawat yang nak baru nak tumbuh tu. Boleh pilih sama ada nak guna serbuk kayu manis yang diparut sendiri atau beli terus siap2 serbuk yang ada jual kat kedai. Mana-mana pun boleh yang penting kayu manis ye, bukan kayu gaharu atau apa2 kayu yang lain bunyinya. 

bagi sesiapa yg tak mengenali kayu manis =) , sumber dari intrenet

Cara nak pakai senang je, bancuh serbuk kayu manis dengan air lepas tu tepek kat tempat yang ada jerawat. Lagi satu pastikan tempat yang tepek tu dah dibasahkan dulu. Masa mula2 pakai nanti kita rasa pedih dan panas. So, kalau ada sapa2 yg tak tahan, beware ok. =)

Ingat lagi masa aku mula2 aplikasikan petua ni, ak pergi sapu satu muka dengan serbuk kayu manis. Memang menggelepar la lepas tu. Sabar je tahan pedih dia. Even, pedih2 pun, hasilnya tetap ada. Jadinya, rasa pedih tu ak tolak lah ke tepi demi kecantikan, ahaks.

Kalau bab bau dia pulak, memang bau kayu manis la. Ala2 herbs gitu. Kalau ada sapa2 tak tahan dengan bau dia, agak susah kot. Sebab bau kayu manis ni memang agak kuat. Tapi, kalau nak cuba boleh je. Tak cuba, kita tak tau kan. =)