Tuesday 31 March 2015

Keseorang lagi

Bilakah kau rasa keseorangan,  bila mana kau mengharapkan seseorang berada di sisi saat kau betul-betul mahukan pertolongan dan menyalurkan sedikit kekuatan.

Dan itu anganku dari dulu lagi. Tapi sayangnya...hanya anonymous yang mengisi ruang.

Bila aku inginkan pertolongan, hanya insan yang tidak dikenali menawarkan bantuan. Saat aku inginkan kekuatan, hanya alam menjadi penggebur semangat. Dan saat aku inginkan seseorang disisi, hanya bayang-bayang sendiri menemani.

Tuesday 24 March 2015

Ujian Allah, Kesenangan atau Kesukaran

Bismillah

"Dan kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)." (Al-A'raf:168)

Daripada Anas r.a, dia berkata,  "Tatkala Nabi SAW menjumpai seorang perempuan yang sedang menangis di atas kubur, maka baginda bersabda, "Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah!" perempuan itu berkata, "Pergilah dari sini kerana sesungguhnya engkau tidak ditimpa musibah sebagaimana yang aku rasakan!"

Perempuan itu tidak tahu bahawa yang sedang berkata ialah Nabi. Kemudian ada seseorang yang memberitahunya kalau itu Nabi SAW. Lalu perempuan itu akan datang ke rumah baginda. Dia tidak dihalang sehingga dia boleh masuk dengan mudahnyake rumah baginda, kemudian dia berkata,  "Saya tidak tahu kalau yang berkata tadi ialah engkau. "Bagindapun bersabda, "Sesungguhnya sabar itu hanyalah pada hari pertama daripada musibah itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah SWT menguji manusia dengan kesenangan dan kesusahan. Orang yang beriman sentiasa bersyukur dengan semua bentuk ujian yang ditimpakan kepadanya sehingga mereka digolongkan kepada orang-orang yang sabar. Apabila diberikan kenikmatan, mereka pun bersyukur dengan melakukan semua perintah-Nya.  Sementara orang kafir ketika ditimpa musibah dan bencana,  mereka mengeluh malah tidak bersyukur.

Monday 16 March 2015

Keseorangan

Pernah tak kau rasa diri kau tu keseorangan.
Kau rasa xde orang yang nak dengar luahan rasa kau.
Kau rasa xde siapa yang ada bila kau perlukan pertolongan.
Kau rasa xde insan yang kau boleh harapkan untuk kau bergantung.
Kau rasa kesepian saat kau perlukan seseorang di sisi.

Dan sebab semua rasa itu aku selalu ingatkan diri yang "You are not alone".
Walau kadang2 kau rasa sepi tanpa orang sekeliling.
Walau kadang2 kau rasa terkilan bila xde orang nak dengar masalah kau.
Walau kadang2 kau rasa losser bila xde siapa yang boleh diharapkan.
Tapi kau tetap ada Allah yang boleh hilangkan semua rasa tu.

Put Allah first and you will feels Allah in anywhere.

Saturday 14 March 2015

If you in my shoes...

Bukan tak sabar. Tapi bila pi mana2 orang asyik tanya....

"izzati bila lagi?"
"Tak baik kawan lama-lama."
"Plan nak kawin bila?"
"Bila keluarga si dia nak mai rumah?"

Tak ke boleh menimbulkan stress.
Baru 2 bulan lebih kenal kot. Kerja pun baru nak build up. Diri ni pun kadang2 tak stabil. Dan bila beri alasan tu. Kena paku lagi.

"Dua2 engineer kot. Gaji pun masyuk."
"Nak pikir apa lg..."

Ok baik...if u in my shoes. Mungkin orang sekeliling takkan cakap macam tu.

Kadang2 terpikir, if times can backward. And all that hanya boleh jadi "if" sahaja.

P/s: I don't know why I always think here is the best way to share my feeling. Kadang2 kita tak boleh kalah dengan apa yg org kata juga ejat...

Tuesday 10 March 2015

Bercinta selepas nikah?

Bismillah

Bercinta selepas nikah? Siapa yang tak nak. Lebih indah bila hubungan itu halal malah diredhai Allah.

Kalau sebelum nikah, tenung lama2 satu dosa, keluar berdua satu dosa malah berpegang tangan juga satu dosa.

Tapi, andai selepas nikah, tenung lama2 satu pahala, keluar berdua keakraban bersama, dan berpegangan tangan juga satu pahala.

Honestly, jeles tengok orang yang bercinta selepas nikah. Apatah bila itu salah satu impianku sejak dulu.Bukankah itu lebih manis dan indah?

p/s: adakah masih sempat aku capai impian itu?

Sunday 8 March 2015

Kecantikan vs nafsu

Bismillah

Masa tengah memasak untuk breakfast tadi, ibu kongsi satu cerita dengan aku. Dan kisahnya berbunyi begini.....

Ada seorang lelaki ni datang kepada seorang ustaz dan bertanya; "Ustaz, kenapa waktu saya mula2 berjumpa dengan isteri saya, saya nampak dia wanita paling cantik antara semua. Tapi bila saya sudah bertunang, saya jumpa ramai wanita cantik selain dia. Kemudian bila saya bernikah, saya jumpa lebih ramai lagi wanita yang lebih cantik berbanding dia."

Kemudian ustaz itu menjawab; "Itulah namanya nafsu. Walau kamu diberikan semua wanita cantik di dunia, kamu tetap rasa tidak berpuas hati dengannya."

Sekian...thanks ibu for the meaningful story.

Sunday 1 March 2015

Mean it

Ya Allah jangan kau uji aku dengan sesuatu yang aku tidak mampu menghadapinya.

Jangan hilangkan rasa penggantunganku selain kepada Mu.