Tuesday 13 December 2016

Trick Memilih Jarum Peniti

Bismilillah

Pernah tak hadapi peristiwa begini..
Gigih beli jarum peniti..
Tapi at the end, tetttt jarum peniti tumpul bengkok dan tak boleh digunakan.

Jadi, meh aku bagi trick macam mana nak pilih the good house of needle.
Caranya senang je, bila pilih peniti, check bahagian belakangnya , tilik satu persatu jarum untuk melihat ketajamannya.
Kalau xnampak pakai mata, boleh cari kanta untuk pinjam hihi

Macam dalam gambar ni


Gigih la korang tilik satu-satu..
Yang penting muka kena control ayu 
Walau masa ko tilik tu, mata kecik besar kecik besar 
Plus hidung kembang kempis kembang kempis je bagi mata focus.

Rugi wey kalau beli jarum peniti tapi tk boleh guna.
Tak kisah lah walaupun satu rumah tu harga berapa je sangat.

Tapi, kalau ko jenis yang kaki hilang peniti macam aku..
Ha...rugi lah kot.. hehe


Say goodbye to the blunt needle =(
 Sekian tips dari aku, harap membantu..hehe  ^.^


Sunday 10 July 2016

Breakpad kenari

Bismillah

Selamat Hari Raya Readers 😊
Bila cuti raya dah sampai penghujung, kena la pulang melunaskan tanggungjawab yang tertangguh.

Jadi sebelum berjalan jauh, terpaksa la pergi menerbangkan duit untuk minyak hitam dan alignment kereta yang dah kelaut tu. Dengan gagahnya aku pergi la kedai kereta yang biasa ayah aku pergi untuk service kereta dia tu


Niat asal nak pi buat dua je, sekali punya la terkejut tengok kereta, habis semua dibukak...haa tu la beza regular dan special cust..😂
Bila dah bukak tu, kantoi la yang breakpad aku pun dah haus licin..Dah ternampak-nampak dah duit aku terbang tinggi memecah awan tu.

Setelah dihitung, totap pelaburan hari ni ialah RM322...seperti resit dibawah 😅


Boleh nampak ea kat situ beza breakpad aku yang dah halus licin dengan yang masih baru keluar dari kotak..

Ok, macam mana nak tahu yang breakpad korang dah haus? Senang je, beza breakpad yang haus dengan yang masih elok ialah bila korang tekan break, akan ada hasil bunyi geseran besi..agak2 kalau tekan break ada bunyi tu sila la pergi cek ya..

Break ni xboleh main-main..bagi aku untuk kereta ada 3 benda yang kena jaga. Break, stereng dengan minyak. Yang lain korang nak pikir 2 kali pun tak kisah.


Wednesday 29 June 2016

Review Steam Iron Elba

Bismillah

Sempena tengah cuti mc ni, sempat la aku nak buat review satu barangan elektrik ni..

Dah tahu kan apa dia..Dah terang-terang aku tulis tajuk kat atas tu, kalau tak tahu lagi, tak tahu la nak cakap apa.hoho


Setelah 2 minggu aku menggunakan iron ni, apa yang aku boleh cakap, steam iron ni memang best..kenapa? Sebab...

Boleh aku cakap, jimat masa nak menggosok. Sekali iron, dua2 belah dah licin..

Nak iron baju pun mudah dan yang penting harga pun murah. Aku beli iron ni kat HomePro di IOI City Mall dengan harga RM55 sahaja. Serius memang berbaloi.

Actually sebelum ni aku memang ada guna steam iron jugak, jenama Tefal. Tapi disebabkan iron tu telah rosak gara-gara aku tertolak ia dari iron board, maka bermula la pencarian aku untuk steam iron yang baru. 

Dalam kenangan...selepas setahun berkhidmat

Apa aku boleh cakap beza antara iron Tefal ni dengan iron Elba yang aku baru guna ni..

Beza yang pertama dari segi harga..aku beli iron Tefal ni di Aeon dengar harga RM69, so boleh kata iron Elba lagi murah la.

Yang kedua dari segi hasil gosokkan. Aku boleh cakap, iron Elba lagi mudah digunakan berbanding iron Tefal. Walaupun kedua-duanya jenis yang sama, tapi iron Elba memiliki satu kelebihan dimana iron Elba mampu meratakan kedua-dua belah bahagian berbanding iron Tefal.

Berat, kalau nak diiukutkan, iron Elba ni lagi berat berbanding iron Tefal. Bekas tirusan air yang dibekalkan untuk iron Elba juga lebih kecil berbanding iron Tefal.

So, itu sahaja perbandingan dan review untuk iron Elba dan iron Tefal..bagi aku kedua-dua ada advantages dia. Tapi kali ni aku terpaksa vote Steam Iron Elba walaupun aku peminat setia barangan Tefal. 

Sekian




Monday 13 June 2016

Review Susu Farm Fresh

Bismillah..

Selamat menyambut ramadhan readers 😊
Hari ni aku terpanggil untuk berkongsikan satu produk tenusu buatan Malaysia yang super sedap.

Buat peminat susu tegar seperti aku, lepas ni boleh la try test susu brand Farm Fresh. Insyallah tak rugi. 

Penghuni setia fridge dalam rumahku..

Haha..jangan pelik na, kalau hang mai rumah aku nampak susu beratuq baik dalam peti.

Apa yang aku boleh cakap pasal susu ni, rasanya yang sangat segar, dan perisa yang sangat best. Especially, aku tersangat lah suka cafe latte dia. Memang pekat dan kurang gula. 
Buat peminum coffee tegar. Boleh la kalau nak cuba ☺️

Satu lagi yang aku suka, susu coklat dia. Rasa coklat yang lazat dan pekat. Memang buat rasa tak rugi nak membeli. Oh lupa nak cakap..susu coklat yang kat gambar tu sebenarnya dah expired tau. Tapi aku aci ok je minum lagi. Dan rasanya tetap maintain. 🙆🏻

Baru-baru ni Farm Fresh ada keluarkan perisa baru perisa kurma. Tetap sedap dan tersangat la fresh. Yang penting, rasanya tetap maintain kurang gula.



Thursday 26 May 2016

Aku dan JB Bahagian 1

Bismillah

Setelah hampir 2 minggu aku menetap di sini. Jujurnya tak pernah terlintas difikiran yang aku akan hidup di bandar yang penuh metropolitan ini.

Dari dulu lagi, aku sangat anti dengan suasana di sini. Bagi aku, JB dan aku tidak akan dapat bersatu.

Tapi..nampaknya kebencianku telah memakan diri. Dan akhirnya, kini aku tercampak di sini. 

Dengan impian dapat membina hidup bersama untuk masa depan. Tapi nampaknya, perancangan Ilahi lebih mendahului. Impian kini tinggal impian. Harapan pula kembali malap tenggelam.

Sebaik mana rancangan hambanya, andai Allah kata tidak, tetap tidak akan berlaku juga.

Back to Allah is the real hope, Insyallah 

Monday 23 May 2016

Flask Power Root Pearl Kacip Fatimah Coffee

Bismillah

Aku nak review satu flask yang boleh didapatkan percuma dengan pembelian 2 pek besar pearl kacip fatimah power root.


Serius aku cakap, flask dia memang best. Walau kau isi air panas yah tahap macam mana pun, still tak akan ada rasa haba bila kau pegang flask ni.

Saiz dia, lebih kurang 200ml air yang yang boleh masuk.

Boleh digoncang, ringan dan boleh bawa kemana sahaja.

Bagi readers yg nak beli tu boleh la ke cawangan jualan power root yg berhampiran. Sangat disarankan.

Aku beli benda ni kat econsave yong peng. Cepat2 selagi stok masih ada 🙊😋


Monday 16 May 2016

Review Green Tea, Ahmad Tea

Bismillah

Alang-alang aku tengah minum green tea ni, meh aku nak review sikit pasal green tea jenama Ahmad Tea ni, compare dengan jenama yang lain.


Kenapa aku suka minum brand ni? Sebab....

1. Harga dia yang murah compare dengan brand lain. Dengan harga RM16 aku boleh dapat sekotak besar dengan isian 100bags tea.
2. Rasanya yang sedap. Compare dengan green tea jenama lain. Ahmad Tea ni tidak terlalu pahit walaupun tak letak gula.
3. Kurang kalori...dikatakan 1 bag tea tu ada 2kcl je. So sesuai la utk org yg tengah berdiet, kan. 
4. Khasiat green tea tu sendiri..tapi kalau nak tahu apa khasiat dia, boleh la google ya. Nanti panjang pulak aku nak membebel kat sini 😉

So, bila masanya aku akan minum green tea ni? 🤔
Biasanya aku minum green tea lepas ambil makanan yang berlemak dan berminyak. Agak-agak rasa menu makanan yang aku makan tu amat la "menyihatkan". Cepat-cepat aku minum green tea ni untuk cover rasa bersalah balik..bahaha


Lagi best setiap pembelian kotak besar ni percuma sudu..so, mmg banyak la koleksi sudu Ahmad Tea ni pada aku. Abaikan bentuk kotak yang sememeh penyek tu ea..hehe