Tuesday 30 December 2014

Bila mana..

Tersilap langkah,
Tergadah bicara,
Terpalit derita,
Berlapis dosa.
 
Bila kata hati mendahului,
Bila kata akal ditolak ketepi,
Bila kata iman dibiar mati,
Tinggal nafsu merajai diri.
 
Kala ia sudah berlaku,
Tika itu kesal datang menyelubung,
Kala itu rasa bersalah mula menggunung,
Dan ketika itu lah masa tidak dapat diundur.
 
Ungkapan Melayu pernah menyebut,
Telajak perahu boleh ditarik,
Terlajak kata badan binasa,
Terlajak perbuatan buruk padahnya.
Oleh itu, biarlah beringat sebelum kena.
 
Yang baik jadikan teladan,
Yang buruk jadikan tauladan dan sempadan.
 
 

Friday 26 December 2014

Keseorangan

Seorang diri,
Menjalani hari-hari,
Menyelami sepi,
Mengharungi hidup penuh erti.
 
Di sisi tanpa teman,
Di hadapan tanpa lindungan,
Di belakang tanpa sokongan.
 
Tiada saat memerlukan,
Kehilangan saat mendambakan,
Kesunyian saat memerlukan insan untuk berkongsi.
 
Pasrah pada takdir
Redha pada ketentuan
Diiringin dengan doa,
Semoga tiba satu saat nanti, aku dipertemukan dengan insan yang ada disisi saat aku perlukannya.
 

Tuesday 16 December 2014

Dalam lipatan perasaan

Cuba cari ketenangan dalam waktu. Walau kadang-kadang rasa marah itu menyucuk kalbu.

Kata pepatah, orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan marahnya.

Pepatah itu cuba ku sahut.
Walau ada ketika aku kalah dengan rasa.

Orang kata, kalau orang yang selamanya tenang tiba2 marah, marahnya lebih teruk dari si pemarah.

Dengan itu, aku cuba sebaik mungkin untuk mengawal nafsu amarah ku agar tidak meletus. Ku tahu limit ku smpai mana.

Thursday 11 December 2014

Sakit Dada Datang Lagi?

Bismillah


Dah lama berlaku, tapi kini rasa sakit itu semakin kerap datang. Sesak pada dada, kiri dan kanan silih berganti. Nafas seolah tersekat, anggota seolah-olah terhenti untuk bekerja. Hanya mampu menghitung masa hingga ia surut sendiri.

Pernah sekali jumpa doktor ketika belajar dulu, dia kata ada contraction atau muscle tension. Jadinya, bila yang pakar dah kata macam tu. Aku abaikan ajalah rasa sakit itu.

 Terjumpa dalam satu artikel yang berkaitan dengan isu sakit dada ni, katanya :

Terdapat empat punca berlakunya sakit dada, antaranya ialah:

1. Aneurisme aorta yang bocor atau pecah
 Masalah ini melibatkan salur darah yang membengkak. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang sudah lanjut usia dan antara punca utamanya adalah tekanan darah tinggi. Selain itu, pesakit yang dijangkiti kuman siflis ketika masih muda juga menghadapi risiko aneurisme yang lebih tinggi selepas melewati umur 50 tahun.

2. Pleuritis
 Masalah ini melibatkan radang pada lapisan pleura iaitu membran yang melitupi paru-paru. Pesakit biasanya berasa sakit ketika menarik nafas akibat paru-paru yang mengembang menyentuh lapisan pleura. Pleuritis mungkin berlaku akibat jangkitan kuman dan cara rawatannya adalah dengan merawat jangkitan tersebut.

3. Costochondritis (Sindrom Tietze)
 Masalah ini melibatkan keradangan dan bengkak pada satu atau lebih tulang rawan costal pada tulang rusuk pesakit. Antara puncanya adalah trauma atau batuk yang berpanjangan. Kesakitan akibat masalah ini turut melibatkan tulang rusuk dan pesakit akan berasa lebih sakit jika kawasan terbabit ditekan. Rasa sakit pada dada akibat masalah ini juga berpanjangan dan boleh mencecah berhari-hari lamanya.

Selain tulang rusuk dan rawan costal, kesakitan pada otot dada juga diletakkan di bawah kumpulan ini. Antara punca kepada masalah ini adalah senaman keras atau terlalu berat yang mencederakan struktur tulang, otot atau rawan pada dada. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini menyangkakan mereka, mengalami serangan jantung tetapi costochondritis mudah dibezakan dengan sakit jantung atau reflux asid memandangkan kedua-dua keadaan berkenaan tidak menyebabkan kesakitan bertambah jika dada ditekan.
Pesakit selalunya hanya perlu mengambil ubat penahan sakit untuk masalah ini dan akan pulih selepas satu masa tertentu, bergantung kepada punca masalah berkenaan.


 
4. Tekanan pada saraf
Masalah ini berpunca daripada tekanan pada saraf tunjang akibat dihimpit tulang belakang ‘cervical’ yang semakin rapat. Kesakitan yang mulanya dirasakan pada leher boleh beralih ke dada dan boleh berlaku kepada golongan muda ataupun yang berusia. Walaupun jarang berlaku, masalah ini mungkin dihadapi mereka yang mengalami kecederaan teruk pada leher.Masalah ini boleh dikesan melalui imbasan Sinar-X atau imbasan MRI (Magnetic resonance imaging) ke atas tulang belakang pesakit. Rawatan untuk masalah ini biasanya melibatkan ubat dan fisioterapi tetapi pembedahan mungkin diperlukan untuk pesakit dengan masalah yang lebih serius.


Namun daripada keempat-empat itu, aku tak tahu kedudukan ku dimana satu. Yang pasti bukan sakit jantung yang melanda. Lega, Alhamdulillah. Moga cepat surut ya.


p/s: satu lagi kisah penghidap sakit dada seperti aku : DI SINI
 

Pantun empat kerat

Terbang tinggi di awan biru,
Tingginya terbang meninggalkan daratan,
Semoga pergi semua pilu,
Dan yang tinggal ialah harapan.
 
Camar terbang tinggi di langit,
Langit cerah indah nan damai,
Semoga diri terus bangkit,
Walau dilanda perbagai badai.
 
 
p/s: kawan ku bertanya, kenapa harus sekarang. Dan jawapku, kalau akan datang pun ia tetap akan berlaku. Maaf untuk post yang sedih2 sejak dua menjak ini. Janji ini untuk kali terakhir sebelum aku bangkit.

Wednesday 10 December 2014

Kata hati


Sakit fizikal boleh dicari.
Sakit dihati tak siapa yang tahu.
Bersabarlah duhai hati.
Hari mu pasti akan tiba nanti.

Mungkin mudah untuk menipu orang lain.
Tetapi sukar untuk membohongi diri sendiri.
Mengapa ingin meratapi
Sedangkan masih ada kebahagiaan yang mungkin menyusul kembali.

Friday 5 December 2014

Penghujungnya kisah kita

Bismillah

Allah menemukkan kita dengan orang yang salah agar kita boleh berfikir, menilai dan merifleksi diri tentang apa yang terjadi.

Tak perlu meratapi pada apa yang tak pasti. Sekecewa manapun rasa hati, ingat lah kita masih ada ibu bapa yang masih menyayangi. Dan itu lah kasih yang suci dan abadi.

Sabarlah wahai hati, mungkin ada lagi baik yang menanti.

#belajarmenerimarealiti

Saturday 29 November 2014

Kisah Mereka, Realiti Mereka

Bismillah
Dalam tempoh kurang dari sehari aku didatangi dua kisah kehidupan daripada dua insan berbeza dan ditempat yang berbeza. Dan, kedua-dua insan itu juga tidak aku kenali gerangannya.
Apa yang pasti, kisah mereka sangat memberi kesan dan pengajaran kepada ku. Salah seorangnya bercerita mengenai kehidupan dia dan anaknya. Manakala seorang lagi menceritakan kehidupannya yang penuh diselubungi masalah dunia.
Maaf kalian,  aku hanya mampu mendengar. Bukan niat aku untuk mengabaikan. Bukan hasrat ku juga untuk menafikan. Doaku, moga Allah memudahkan urusan kalian dan urusan ku juga. Inshaa Allah.

Monday 24 November 2014

Berserah diri dan beramal soleh. Siri kupasan al-Quran.

Bismillah  

Dalam al-Quran Allah berfirman "Barang siapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan tidak bersedih hati" (Surah al-Baqarah, 2:112).

Dalam al-Quran banyak terdapat kata-kata iman yang sentiasa diiringi dengan amal soleh. 

Allah berfirman "Dan barang siapa melakukan amal kebaikkan, baik lelaki mahupun perempuan sedangkan dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun" (Surah al-Nisa', 4:124).

Dan firman Nya, "Barang siapa melakukan kebaikkan dan beriman maka usahanya tidak akan disia-siakan" ( Surah al-Anbiya', 21:94).

Sekiranya kita telah berserah diri kepada Allah dan beramal soleh, maka kita tidak perlu bimbang dan bersedih. Di antara perilaku orang-orang beriman adalah apabila mereka ditimpa sesuatu yang tidak menyenangkan, mereka akan mengkaji sebab-sebab berlakunya dan berusaha kuat untuj mengatasinya. Andai masih juga belum dapat diatasi,  serahkanlah permasalahan itu kepada  Allah. Niat mereka tidak sedikit pun menjadi lemah dan hati mereka juga menyedari bahawa untuk mengatasi semua kesusahan itu, harus menyerahkan diri kepada kekuatan yanghakiki, iaitu Allah. 

Saturday 22 November 2014

Patri Pada Asa

Bismillah

Penat, terasa penat diri ini menyusuri alur kehidupan.
Lelah, lelahnya diri dengan lakonan pentas dunia.
Lemah, longlai bila mana diri terus dihempas badai kehidupan.
Jatuh, terduduk tersadung dengan onar yang tak henti mencucuk.

Mengapa perlu mengeluh.
Mengapa harus menunduk.
Mengapa ingin berputus asa dengan kehidupan
Mengapa ingin terus hanyut didalam kesulitan.

Apakah tiada hari lagi selepas hari ini.
Apakah berakhir sudah kehidupan nanti.
Apakah cukup usaha yang ditaburi
Apakah tiada misi yang patut dikecapi.

Duhai jiwa
Terbitkanlah aura positif pada diri.
Bangkitkanlah rasa teguh pada hati.
Binakanlah rasa cinta pada ukhrawi.
Teduhkanlah tanda patuh pada Ilahi
Agar kehidupan ini terkadung makna untuk di sana nanti.

Friday 31 October 2014

Puisi hati

Bagai badai menampung ombak,
Menghitung hari,
Mengejar mimpi,
Mencari harapan
Yang terselit direaliti.
 
Kehidupan tidak selamanya cerah,
Kegelapan tidak selamanya menyelebungi,
Kehidupan tanpa ujian itu,
Ibarat masakan tanpa resepi.
 

Thursday 30 October 2014

Kisah kejadian unta?

Bismillah

Maaf satu perkongsian ilmu, cuma aku tertanya-tanya bagaimanakah sebenarnya kisah kejadian dan kelahiran unta. Begitu agungkah kisah ia, hingga diungkapkan di dalam Al-Quran.
 
Masih tercari-cari sebab tak maklumat tentang unta. Harap ada pembaca yang boleh berkongsi maklmumat.
 
Terima kasih =) 

Thursday 16 October 2014

Antara Ujian dan Bala

Bismillah

Apa perbezaan ujian dan bala? Apakah setiap musibah itu bala dan setiap masalah itu ujian?

Kadang-kadang bila ditimpa kecelakaan atau musibah, orang berkata 'Ha...ini bala la ni" Sebagai contoh isu kapal terbang yang ditembak jatuh. Atau pabila diri ditimpa masalah yang sangat menyulitkan, diri berkata "Ujian apakah ini". Jadi apakah sebenarnya bala dan ujian itu?

Dalam satu siri "Tanyalah Ustaz" di tv9. Penceramah itu mengkelasifikasikan, ujian adalah satu perkara yang kita tidak pinta ia berlaku dan kita tidak sangka akan kedatangannya. Manakala, bala pula adalah kesan dari perbuatan kita sendiri.

Sebagai contoh, diri mengalami sakit seperti demam. Boleh jadi itu adalah ujian untuk menghapuskan dosa-dosa lampau kita. Bagaimana pula andai kita mengalami kemalangan  atau di saman semasa memandu dengan laju? Sudah tentu itu adalah bala, kerana kecelakaan itu berlaku akibat kesalahan yang kita lakukan sendiri.

Tak semua yang berlaku itu bala dan tak semua yang berlaku pada diri itu ujian. Walau apa pun yang dating, semua itu adalah pengajaran bagi kita kerana Setiap kesusahan itu adalah pengajaran bagi orang yang berfikir.

Allah juga telah berfirman, setiap kesusahan ada kemudahan (al-insyirah). Oleh itu, walau apa pun berlaku, jangan tenggelam didalamnya.



 

Wednesday 15 October 2014

Hubungan

Bismillah

Dalam hidup ini, ada 3 hubungan yang kita mesti jaga.Pertama ialah hubungan dengan Allah. Kenapa? Sebab Dia lah tuhan kita, yang mewujudkan kita dan Dia juga lah juga tempat kita bergantung. Mungkin ayat ini macam cliche, tapi andai manusia tidak begantung dengan tuhannya, pada siapa lagi yang ingin dia harapkan?

Bagaimana ingin menjaga hubungan dengan Allah? Tunaikan yang dihakkan jauhkan yang dilarang. Kebiasaanya, nak tunaikan tu mudah, tapi yang nak dijauhkan tu yang payah bagi aku. Sering ku tergelincir dengan hasutan nafsu dan melanggar laranganNya. Namun, kita juga tahu yang Dia juga Maha pengampun. Jadi, seringkali ambil peluang untuk membuat refleksi diri, tilik andai diri masih berada di jalanNya atau telah pergi menjauhiNya.

Bagaimana ingin tahu yang diri masih dijalanNya atau tidak? Fikir, adakah diri mudah solat? Adakah diri mudah dalam membuat kebaikkan? Adakah diri mudah melihat kebaikkan manusia? Adakah diri mudah menerima teguran? Adakah keyakinan dan tawakul diri kepadaNya masih teguh? Tanya pada diri dan perbaiki hingga diri menjadi lebih baik. Insya Allah.

Kedua, hubungan dengan Rasullullah. Kenapa Rasullullah, kerana Baginda tidak pernah melupakan ummatnya sehingga hujung nafas Baginda. Kerana Baginda jugalah yang akan memberikan syafaat kepada kita. Siapa yang tidak mengimpikan syafaat Baginda?

Bagaimana mahu menjaga hubungan dengan Baginda? Fikir, berapa kali diri berselawat kepada Baginda selain dari dalam solat? Berapa kali diri mengikut sunnah Baginda? Berapa banyak kisah dan tauladan Baginda yang diri dalami? Dan semua itu, aku masih khilaf lagi. Maafkan ummat mu ini ya Muhammad.

Ketiga, hubungan dengan Ibu Bapa. Juga aku sering khilaf apatah lagi diri sering lalai dalam menongkah dunia. Walaubagaimana pun ibu bapa kita, diri wajib taat kepadanya. Cuba untuk tidak susahkan hati mereka, berikan kegembiraan kepada mereka. Cubalah lakukan tugas sebaagai anak dengan sebaiknya. Pada diri, aku hanya mampu meletakkan diri pada pengharapan yang Maha Esa. Harapanku, moga Allah meletakkan rasa sayang ku kepada ibu bapa ku melebihi rasa cintaku kepada dunia. Harapanku, moga Allah, berikan aku kekuatan untuk aku menjalankan tugas sebagai anak yang taat kepada mereka. Doaku, andai mereka tiada, jangan kerana dosaku, mereka tercampak ke dalam api neraka. Doaku, moga Allah memudahkan jalanku untuk berbakti kepada mereka.

Kerana aku tahu, tanpa bantuan Ya Rabb, aku mungkin terus tergelincir dan hanyut dengan belaian dunia.


p/s: kalau dah berkahwin kene tambah lagi listnya ya.


Tuesday 30 September 2014

Keong my friend

Bismillah

I got a Chinese friend name's Keong. He's very talkative and very2 annoying. The good annoying. Like to bully me and disturb me in my work. Need to be his babysitter, follow where he go. He's very manja one.

But, in other side. I very grateful that I have friend like him. I just think that Allah send him to me to remind me about sholah, even he's non muslim. Every time when prayers time come, he always ask me

 "Izzati, you dah pergi sembahyang ke?"

and when I khilaf dalam melambatkan solat, He remind me

 "Izzati, you tak pergi sembahyang lagi ke? I tak nampak you pergi pun."

Very good clock and reminder...Thanks to him and Thanks to Allah.
Hopefully, when time come he can be muslim too... Inshaa Allah







 

Friday 12 September 2014

Nas-Teshbehlena(People like us) by Maher Zain

Bismillah

Happy morning readers. Lets start our sunshine morning with happy and positive charge. Lets enjoy the song together =) 

p/s : from here with love


Maher Zain - Nas Teshbehlena
 

(Translation)
 
Yes indeed, we all are alike
The same souls and blood
We get along (feel comfortable)
With whom are like us
Words! Have the same words (have the same conversations)
Even have the same concerns
Companionship can't ever be forgotten
No matter what
♬ Even... our colour and forms
That means I look like you exactly
And we have many wonderful things in common
Come on! Just give me your hand (for salam)
No need to talk
When the most beautiful times, memories cross the mind
Even if we have tough Duties
Together we can pass over it, you and me
Sometimes people feel comfy with you
They take your heart, without saying a word
And take you all of a sudden, without saying anything
No doubt you are just like them
And in your life, you cant find good people every day!
They are quite few whom staying forever with you
Because of you people
Come from agree to disagree
repeat ♬
No matter how hard are the things we are facing,
With you we feel very special (happy moments)
Every minute of joy...
that we had together is priceless
Any other thing in the world is worthless compared..
to a moment with you
As long as you are on our side...
we don't care about anything
We were wishing for so long...
to feel so happy deep inside our hearts
Even if the time take us away..
just keep in touch..
Who would've thought about that happening
Finally (we found people like us)
Indeed, there're people like us
We all are alike
repeat ♬
(the translation credit to amnah)


Taken from http://lyricstranslate.com/en/nas-teshbehlena-people-us.html#ixzz3D3ZqfmDi

Thursday 11 September 2014

No Title Updated

Bismillah


Tiada kata secantik bahasa, bahasa indah sang pencipta.
Tiada pandangan secantik pemandangan, Pemandangan yang dihampar oleh sang penciptanya.

Ketenangan itu, tidak bisa dibeli dengan wang ringgit, walau duit ditimbun setinggi langit.
Kesihatan itu jangan dilalaikan, bilamana timbul kesakitan tiada apa yang bisa diubah.
Harus terbit rasa syukur, agar diri sentiasa terasa kecukupan, kasih dan sayangNya.


 

Friday 5 September 2014

Adab Dalam Memberi Nasihat

Bismillah


Dalam satu ceramah yang aku dengar pagi tadi, ustaz tu ada menyelitkan adab-adab dalam menasihatkan orang. Kata ustaz tu, ada tiga keadaan yang perlu diambil kira dalam kita menasihatkan orang iaitu,

1. Niat
2. Cara
3. Waktu

Dalam konsep niat, sebelum kita menasihati orang lain, sematkan dalam diri yang nasihat yang ingin kita sampaikan adalah untuk mengubah diri sendiri juga. Niat yang baik, insyaaAllah akan memberikan kesan yang baik manakala malang pula andai niat kita negetif, kesan pula menjadi sebaliknya.

Seterusnya cara, dalam menasihatkan orang kaedah dan cara juga memainkan peranan yang penting. Andai kita terfikir, "aku dah nasihatkan dia, tapi dia tak nak ikut." Boleh jadi cara kita menasihatinya itu menyebabkan si dia mengambil enteng dalam nasihat yang kita berikan. Sedangkan niat yang kita sudah baik. Dalam ceramah tadi, ustaz tu cadangkan, dalam memberikan nasihat selitkan juga tentang diri kita. Contohnya, "Aku ni tak lah baik sangat, tapi kalau benda ni baik untuk kita apa salahnya. Aku cuma nak cakap..........." Selitkan rasa merendah diri dalam nasihat, agar tak ada timbul sifat riak didalam nasihat yang diberikan.

Akhir sekali ialah waktu. Dalam menasihatkan orang, masa dan waktu turut memberikan impak. Antara contoh yang diberikan oleh penceramah, "Andai si isteri ingin menasihati sang suami, elakkan waktu ketika suami baru pulang dari kerja." Begitu juga dalam keadaan yang lain.

Sebagai penerima nasihat, harus juga diingatkan untuk menerima dengan hati terbuka. Nobody is perfect, but all people can force to it. Perubahan memerlukan kesabaran dan pengorbanan. You get what you want, you can be what you think.

Friday 29 August 2014

Sepatu Bergetah

Bismillah

Sedang aku berjalan-jalan sambil meninjau makanan di café, ternampak kawan team booster aku yang sedang khusyuk menunduk dibawah meja. Dengan penuh tanda aku pergi ke arahnya...

Me: Hai, what are you doing Meth?(not real name)
Meth: I just fixed my shoes. Tapak kasut tercabut la..
Me: Oh...maybe you should put hard glue la...(sambil meninjau2 kasut dia ala mak jemah)

the end....

Actually, yang aku nak cerita kat sini bukan pasal kasut dia yang dah rosak tu. Tapi aku lebih tertarik dengan cara dia menyelesaikan masalah. Korang tau, dia guna rubber bend untuk ikat tapak kasut dia dari terus tercabut. Really interesting, kan?! How creative he is. Kalau aku tu, dah tanggalkan terus. Jenis tak sabra macam aku ni memang suka ambil jalan mudah. (not really good attitude, actually).

So lepas ni, kalau korang ada kasut yang tapak dia hampir tertanggal di waktu-waktu kritikal, boleh la cuba cara ni, k. =)
 

Tuesday 26 August 2014

Me and My student

Bismillah


Soalan favourite anak murid aku....

"Cikgu dah besar nak jadi apa?"

Setiap kali aku dapat soalan ni, aku terdiam sekejap. And in my mind, "Aku ni tak cukup besar ke?"
Kemudian aku jawab, "Cikgu nak jadi engineer".

Next question from her. "Kenapa cikgu tak nak jadi doktor?"

Jawapan skema aku, "Cikgu takut darah, so tak boleh jadi doktor." Then she comes with other questions that I need to answer.

Akhir sekali, soalan penutupnya, "Cikgu, kerja engineer tu macam mana?"

Maka jawapan aku.....

Basically, doctor and engineer is almost same career. the different is, doctors is mostly deal with human while engineers is always deal with machine and both of them meet troubleshoot issues. So, boleh pilih sama ada nak deal dengan manusia atau dengan mesin. But for sure, kerja doctor is tougher than engineer kerana sifat manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah.

Honest from me, aku lebih suka deal dengan mesin kerana kesabaran aku lebih nipis bila bertemu dengan orang lebih-lebih lagi yang penuh dengan kerenah...
 

Monday 25 August 2014

Food Poison, Based on My Experience

Bismillah


Buat pertama kalinya aku terkena food poison. 3 hari dah terguling, baru terkedek-kedek pergi klinik. Tu pun klinik kilang gak yang ak jejak. Dan hasilnya....


tadaaaa....

 Ambik kau, sebemban ubat dia bagi. Jenuh nak habiskan ni. Doktor kata, kalau 2 hari tak baik mohon rajin jenguk klinik lagi (dengan ayat aku sendiri). Tapi harapnya baiklah. Weekend ni nak pi Kelantan oi, harap aku tak kene tinggal la...huhu

Memandangkan aku dah ada pengalaman dengan food poison ni, meh aku cerita serba sedikit kesan-kesan dan langkah awal yang aku telah ambil.

Kalau ikut pengalaman aku yang tiga hari ni, antara kesan-kesan yang aku dapat... :

1. Perut sakit dan memulas. - (Dia punye memulas tu, sampai ko nak tido pun tak selesa.)
2. Muntah-muntah.
3. Hilang selera makan.
4. Sakit-sakit badan dan badan terasa lemah.
5. Kerap berak cair  - (Penghadaman memang tak baik, rasa macam apa yang kita makan, macam tu dia keluar.)*sorry, agak selekeh sikit ayat
6. Suhu badan meningkat. - (Aku kene bila malam menjelang. Siang aku ok je.)
7. Nafas pendek dan peluh dingin keluar. - (Yang ni aku tak tahu semua orang rasa atau aku sorang je. Kalau ada yang dapat sama kes macam aku tu, kita serupa lerrr...)

Jadinya, andai korang ada dapat kesan-kesan macam ni, boleh jadi korang pun terkena food poison macam aku jugak.

Seterusnya, ini langkah-langkah awal penyembuhan yang aku buat untuk bertahan selama 3 hari.. :

1. Minum air 100plus - (Ni aku ikut saranan dari hairul.com . Alhamdulillah berkesan)
2. Minum banyak air - (Ni penting untuk elak dehydration)
3. Tido - (Aktiviti wajib bila malas nak layan sakit yang datang)

So, good luck untuk korang. Boleh cuba, tapi lagi baik kalau korang terus jumpa doktor. Tak yah la nak menhayati sakit tu lama sangat macam aku. *ikhlas nasihat.....haha

 

Thursday 21 August 2014

Kita dan Mereka

Bismillah

Perbualan di dalam kereta...

My cousin: Lain tempat lain masalahnya kan.
Me: Maksudnya?
My cousin: Kebanyakkan orang kat Malaysia lebih banyak masalah yang berkisar dengan hati dan perasaan. Masalah pasangan, percintaan dan sewaktu dengan nya. Tapi kalau kat Palestin, masalahnya lebih tertumpu pada survival hidup dan peperangan.
Me: Yup betul. 
My cousin: Jadi sebenarnya, masalah kita ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan diorang. 


-----------------------

Short conversation but really touch deep in side. So, lepas ni kalau kita rasa deep inferior tengok kawan-kawan kita yang dah kahwin atau dah ada pasangan, tak perlulah jadikan benda tu sebagai masalah besar. Banyak lagi perkara lain yang kita boleh fikirkan. Sifat ingin berpasangan memang lumrah setiap manusia. Namun cepat atau lambat, itu semua urusanNya. Boleh jadi yang cepat itu rezeki dan yang lambat itu adalah kerana Allah ingin bagi yang terbaik untuk kita. Yang penting keep praying, dan berusaha kearahnya. Manusia merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cintaNya.

Hanya sekadar gambar hiasan
 

Tuesday 10 June 2014

Final exam

Bismilah...

Bulan Jun menjelma, itu tandanya budak universiti tengah dok pulun untuk final exam.





Bila nak exam, mula la buat misi stay up, study group berjemaah dan yang paling penting waktu ni la kita nak bergaduh berguling menegakkan pendapat dan kefahaman masing2.


Harapan bila dah bina segala misi, diri akan jadi macam ni...



Hakikatnya, yang ini lah yang banyak terjadi....



Walau apa sekalipun, Selamat maju jaya untuk peperiksaan mendatang. Tak kisah la kita baca sampai kene hempap buku atau pulun sampai mata ala2 panda. Atau pun, buat misi nak study tapi hakikat mengadapa Dota... Aku tetap nak ucapkan, 


Bi taufiq wa najah. Usaha dan bertawakal lah =)


Monday 2 June 2014

Show me the way

Bismillah

Buat pertama kalinya aku buntu sendirian dengan jalan hidup aku. Tidak tahu jalan mana yang harus aku pilih, adakah A, B mahupun C, atau tiada lagi jalan untuk aku. Buntu dipersimpangan, sehingga tidak tahu bagaimana langkah yang harus ku atur. Andai ada bahu yang boleh aku kongsikan beban, andai ada telinga yang mampu mendengar luahan. Realitinya, hanya bayangan anganan semata. Cukuplah Allah bagiku. Itu lah kata penguat yang kini aku cuba tanamkan.




Sunday 1 June 2014

Review : Abang Long Fadhil

Bismillah

Cerita ni dah lama keluar, semalam baru ada kesempatan nak tengok. So far cerita ok, unsur2 komedi memang mantap. Tapi agak berimaginasi, kalau orang yang realistik macam ak ni mungkin kurang dapat terima. Boleh kurangkan sikit part sound effect, part2 slow motion ala2 cerita tamil. Kalau tolak semua tu ak bagi 3/5 bintang. Tak rugi kalau korang nak tengok, ubat untuk ketawa =) kalau yang belum tengok, ringan2kan lah tangan untuk mencuba. Kena support filem melayu woi. Harapan ak, moga selepas ni filem melayu boleh berdiri setanding dengan filem antarabangsa. Insya Allah. Tak lupa, tahniah kepada skop productions, moga ada cerita2 mantap lagi dari kalian.



Jemput tengok trailer ya =)

Wednesday 12 March 2014

Good news from MARA

Bismillah

Alhamdulillah, speechless. Satu stage telah aku lepas. Tinggal lakukan ujian online dan temu duga. Doakan aku para readers =)



Thursday 6 March 2014

Resepi : Begedil Turun Temurun

Bismillah

Hai readers...sejak modem wifi rumah aku problem, senyap la blog aku tanpa post-post terbaru. Alhamdulillah sekarang dah recover, boleh la aku lepas gian nak mencece kat sini. Mungkin satu hari nanti aku nak post feedback wifi Yes ni la. Package internet dia ni boleh tahan, tp bila ada problem terus jadi agak sulit. Eh, apasal aku bukak cerita kat sini pulak. Ok, kalau nak tahu lebih lanjut kene tunggu post seterusnya ye.hehe...

Ok lah, back to the recipe . Sebenarnya, dah lama dah aku buat begedil ni, tapi sekarang baru ada kesempatan nak post. Resepi dari my love mom that why nama dia resepi turun-temurun..hehe

tada..panas dari dapur

untuk bahan-bahannya

5 biji kentang (boleh direbus atau digoreng hingga lembut)
1 biji bawang besar (dipotong dan digoreng hingga lembut)
3 sb udang kering (dikisar)
1 rumpun daun sup/saderi (dipotong halus)
1 sb lada hitam (ikut kepedasan yang sendiri)
garam secukup rasa
1 biji telur (dipukul dengan garfu)
cukup rasa (penambah rasa, kalau xde pun xpe)


Cara-caranya

1. Lenyekkan kentang dan bawang besar yang digoreng dengan sekata.
2. Setelah itu, masukkan udang kering, lada hitam, daun sup, dan garam. Gaul hingga sebati.
3. Bentukkan bahan yang telah digaul dengan bentuk yang diinginkan.
4. Celupkan begedil yang siap dibentuk ke dalam telur dan goreng di dalam minyak panas.
5. Goreng hingga kekuningan dan boleh dihidangkan.

Maka, ini lah resepi begedil dari aku. Kalau korang xde udang kering, boleh je nak ganti dengan protein lain macam ayam atau daging. Kalau tak letak apa-apa pun ok jugak. Masih sedap. Satu lagi, sebenarnya ada beza kentang yang direbus dengan kentang yang digoreng. Kalau kentang tu direbus, begedil akan jadi lembut sikit berbanding yang digoreng. So, korang boleh pilih nak guna cara mana. Ok lah, untuk readers, selamat mencuba =) sebarang pertanyaan sangat dialu-alukan. Terima kasih 


Monday 17 February 2014

Final Sem is Coming...

Bismillah..

Welcome to final semester Ejat!!!!! Semester yang dipenuhi dengan rintangan dan cabaran yang semakin besar. Insya Allah, ak cuba penuhkan diri dengan semangat dan kekuatan untuk menempuh. Macam my senior cakap "xde orang mati sebab PSM". =) 

Sedikit drama diawal permulaan semester. Penambahan subject yg ak xdpt ambik masa tahun tiga dulu, perjumpaan bersama timbalan dekan dan dekan untuk pengecualian penukaran subject yg fakulti suruh, penyusunan semula jadual dengan budak tahun 3. Akhir sekali, konflik PSM yang x habis-habis lagi. 

Insya Allah, keep going. Pray for me readers =) ghambate kudasai..marhah-marhah 

just a joke..

Tuesday 11 February 2014

Merawat Ulser Mulut

Bismillah

Siapa yang selalu kena ulser mulut atau mata ikan angkat tangan.... Sakitkan, lagi-lagi kalau ulser banyak dan besar-besar kat dalam mulut tu. Ak adalah salah seorang yang selalu kena ulser. Lagi-lagi kalau kekurangan air. Memang kejap je dia naik. Tapi nak tunggu sembuh tu, makan masa jugak. Bila dah kene ulser, mulut mesti nak basah. Kalau kering, ya ampun...nak gerak mulut pun sakit...huhu


Pernah tak terfikir macam mana ulser tu boleh wujud. Time kecik2 dulu ad jugak ak pikir macam mana a ulser ni boleh ada. Sebab kadang-kadang xde tanda pun dia nak datang. Tau-tau mulut dah sakit dan bulatan putih dah wujud dalam mulut. Ha..jadi, meh kita sama-sama ketahui dengan lebih lanjut macam mana ulser ni boleh wujud. Secara klinikalnya, ulser ni boleh wujud dengan beberapa keadaan, antaranya ialah:

  • Punca dari kecederaan (trauma) fizikal seperti tergigit atau terkena alat-alat tajam
  • Kekurangan setengah zat-zat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B 12.
  • Daya tahan badan yang berkurangan
  • Jangkitan bakteria, virus atau kulat.
  • Alahan / reaksi alergik
  • Faktor keturunan
  • Kesan –kesan radioterapi / kimioterapi
  • Kesan-kesan dari penyakit sistemik
  • Kanser mulut
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui (ulser afta)
sumber : myhealth Kalau nak tahu lebih lanjut pasal ulser, boleh bukak dekat link tu ya =)

Jadi macam mana, dah terjawabkan pertanyaan ku sebelum ni. Ok, sekarang mari ak kongsikan cara rawatan yang ak buat bila terkena ulser. Antaranya ialah:

1. Minum banyak air
Air sangat penting untuk hidup. Lagi-lagi untuk kurus =) Jadi harus minum banyak air ya, lagi-lagi bila terkena ulser. 

2. Letak garam@air garam
Cara nii ak pernah buat time sekolah dulu. Cepat berkesan tapi sakit dia boleh buat kita mengelepar, menyengat gitu. Rasa nak lempang orang pun ada...Tidak digalakkan untuk sesiapa yang tak tahan sakit =) 



3. Letak madu
Madu, yummy. Bukan sahaja sedap, khasiat dia pun banyak. Ini adalah kaedah pengubatan yang selalu ak guna kalau terkena ulser. Insya Allah, cepat je dia merawat ulser kat mulut 2. Cuba kerap letakkan di tempat ulser, at least agak-agak rasa manis madu tu dah kurang, terus letak lagi. Tapi make sure guna madu asli ya..kalau madu yang tak asli, ak xpasti keberkesanannya =)

Ni madu yang selalu ak guna..Ak selalu beli dengan harga RM35. Kalau korang nak beli, cuba dapatkan dengan harga yg sama k.. Tapi, kalau si penjual tak bagi, nak buat macam mana, ye dak =)


4. Guna Bonjela
Kalau sapa-sapa yang tak suka makan madu boleh guna cara ni. Bonjela ni ialah salah satu jenama untuk ubat ulser. Boleh dapatkan di farmasi-farmasi berdekatan (macam promote produk lak). Haraga dia lebih kurang RM14. Agak mahal, tapi insya Allah boleh tahan lama. 

tadaa...ni lah dia bentuk bonjela tu.....

So, mana-mana cara pun boleh guna. Dalam kita mencari ubat penyembuh tu, jangan lupa berdoa. Sakit itu dari Allah dan penyembuh sakit itu juga datang dari Allah  ^_^


Sunday 9 February 2014

Resepi : Ayam Percik

Bismillah

Hari indah yang penuh dengan aktiviti. Bergotong-royong bersama penduduk apartment, Angkut tong gas dan tukar di kedai runcit, and as usual, masak-masak dengan resepi baru =). Pikir punya pikir nak cuba resepi ap, terjumpa pulak satu resepi ayam percik dekat satu blog ni. Puas ak gode-gode, macam-macam resepi dia ad. Yang paling best, dia punya trademark, "easy cooking for lazy people". Serius, memang sangat kena dengan ak... hehe. So readers, kalau nak bukak blog ni boleh la tekan di resepi-anak-pakcik-karim ya =)



Untuk resepi ayam percik ni, ak ad ubah sikit-sikit. Kalau nak cuba resepi asal boleh tengok kat blog dia, k. Meh ak kongsikan bahan-bahan dan caranya.

Ayam percik from my kitchen

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam (ak guna bahagian rib)
1 cawan santan( kalau nak kurang kalori boleh ganti dengan susu atau letak setengah santan setengah susu)
1 keping asam keping
1 kiub ayam (tak letak pun xpe)
garam secukup rasa
madu
1 sb minyak (lagi bagus kalau guna minyak zaitun)
1 sb tepung jagung

Bahan kisar

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
halia besar ibu jari
2 st serbuk kunyit atau 2 inci kunyit hidup (ak guna serbuk kunyit je)
2 sb gula (boleh jugak guna gula melaka)
2 st ketumbar biji atau serbuk
sedikit air untuk kisar


Cara-caranya

1. Panaskan periuk, masukkan bahan kisar dan semua bahan-bahan di atas kecuali madu, minyak dan tepung jagung.
2. Keluarkan ayam apabila ia  hampir masak
3. Letakan ayam di atas dulang pembakar. Siram ayam dengan madu dan minyak
4. Bakar di dalam oven hingga ayam garing (ak bakar dalam 20 minit dengan suhu 200 deg. celcius)
5.  Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam baki kuah tadi. Masakkan hingga kuah menjadi pekat.
6. Keluarkan ayam dan tuangkan kuah. Siap dan boleh dihidangkan


Sekian dari saya, selamat mencuba =)
Sebarang pertanyaan sangat dialu-alukan


Saturday 8 February 2014

Sebab-sebab Mengapa Kita Gagal Dalam Sesuatu Hubungan (in positive way)

Bismillah

Sejak akhir-akhir ni ak banyak terbaca status-status sedih putus cinta di twitter dan facebook. I feel sad for them, but sometimes what u like is not good for you and what you don't like is suitable for you. Oleh itu, jangan menyerah sebelum anda tiba ke destinasi yang sebenar. Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah, antaranya ialah........

Pertama: Si dia bukan orang yang baik untuk kita sehingga Allah tidak berkenan menjadikan dia pasangan hidup kita.

Kedua: Si dia yang akan menghancurkan cita-cita kita di masa hadapan. Sebab itulah Allah tidak mengabulkan doa-doa yang kita panjatkan.

Ketiga: Ada seseorang yang lebih layak menemani hidup kita. Dia sudah ditentukan Allah untuk menjadi seseorang yang sangat bererti dalam hidup kita. Boleh jadi dia sekarang sedang memperbaiki diri.

Keempat: Kegagalan yang terjadi adalah untuk mendidik kita mengatasi masalah hidup. Kita sudah biasa menjadi pemenang dan selalu bahagia dengan pencapaian hidup. Kegagalan membuatkan kita sedar, walau sehebat manapun, kita hanya manusia biasa dan bukan Tuhan yang dapat mengatur segalanya.

Kelima: Kegagalan ini boleh menjadi teguran secara tidak langsung daripada Allah untuk kamu agar selalu bersyukur dengan apa yabg sudah ada dalam hidupmu. Ia juga mengajar kamu supaya tidak alpa dalam hidup dan kembali kepada Allah dengan perasaan yang bangga. Semoga semua yang terjadi membuatkan kita benar-benar tahu dan memahami hikmah yang terbaik bagi kita.

by "Ya Allah, Jagalah Dia Untukku", karya Burhan Sodiq

Boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran


p/s: anything happen, we should be go on. Be strong. Tugas kita sebagai khalifah dan hamba masih panjang. Insya Allah =)

Thursday 6 February 2014

Resepi : Bihun Goreng (Versi Campak-campak)

Bismillah

Hai readers, terima kasih masih sanggup mengikuti ceritera di blog ni. Pagi ni ak agak bersemangat untuk berkongsi satu lagi resepi bihun yang diajar oleh my mom(tp dia xde la ajar yang campak2 tu..).  Ni semua gara-gara ak berjaya goreng sendiri bihun tanpa bantuan my mom dan yang paling best licin my housemates balun sampai helaian terakhir. 1st trail menjadi, memnag best. Yela..selama ni duk perhati je my mom masak bihun ni, tapi disebabkan semalam teringin nak makan, ak beranikan diri untuk buat sendiri.

Ok, jom kita lihat apa bahan-bahan dan cara memasaknya... =)

Bahan-bahan

1 bungkus bihun (apa2 jenama pun boleh)
isi ayam dipotong dadu (ikut nak banyak mana)
3 ulas bawang putih (boleh potong dadu atau lenyek)
1 biji merah bawang besar atau 4 biji bawang merah kecil (dipotong dadu)
1 genggam udang kering (dikisar)
3 sudu cili boh
1 biji telur (kalau xletak pun xpe)
sayuran ikut nak banyak mana (boleh guna kobis, lobak merah atau tauge)
garam secukup rasa


Cara-cara

1. Didihkan air dan masukkan bihun, rebus sampai bihun menjadi lembut dan toskan.
2. Tumiskan bawang merah dan putih hingga layu, masukkan udang kering dan cili boh, gaul dan biarkan sehingga sedikit garing. Masukkan garam secukup rasa (jangan banyak2 sebab udang kering dah masin)
3. Masukkan isi ayam dan biarkan hingga isi ayam masak. Apabila ayam hampir masak tolakkan semua bahan ke tepi dan masukkan telur. Gaul telur menjadi dadar hingga masak, baru campukan telur dengan bahan tumisan ayam yang diketepikan tadi.
4.  Masukkan sayur dan biarkan layu seketika.
5. Bila bahan-naham semua dah masak tutup api dan masukkan bihun serta gaul rata. Siap dan boeh dihidangkan


Selamat mencuba...
Kalau ada persoalan, sangat dialu-alukan

p/s: teringin nak buat nasi arab kabsah, Maybe one find day =)

Monday 3 February 2014

Resepi Kek Coklat Moist

Bismillah

Di hari isnin yang indah, ak nak berkongsi satu resepi kek coklat yang sedap dan mudah. Resepi ni diajar oleh mak ak masa ak di tingkatan 5. Rasanya kek tak terlalu manis dan tidak muak, insya Allah. Yang penting, sampai sekarang ak masih gunakan resepi ni walau kadang-kadang akak ak akan promote resepi kek coklat yang katanya lagi senang dari resepi yang ak selalu buat ni...hehe

Sumber dari internet

Bahan-bahannya

5 biji telur 
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak@zaitun@jagung
1 cawan susu cair@susu pekat
1 1/2 cawan gula pasir(kalau guna susu pekat gula hanya guna 1 cawan je)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder



Cara-caraya

1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, minyak, susu, soda bikarbonat dan baking powder di dalam satu mangkuk. Kemudian ketepi kan. (kalau nak ayak dulu pun lagi bagus)
2.  Larutkan gula dalam telur. (kalau xde mixer, kacau pakai wisk@senduk pun boleh)
3. Campurkan larutan telur dan tepung dan gaul hingga rata.
4. Masukkan adunan kedalam bekas pembakar yang telah disapu minyak@mentega.
5. Kukus adunan selama 40 minit atau lebih, hingga masak. (jangan biarkan bekas loyang terbuka semasa mengukus, tutup loyang dengan pelastik atau kain sebelum dikukus)

ok, siap. kalau nak letak melt coklat dekat atas kek boleh cairkan coklat masak(saiz cadbury)  dan campurkan dengan whipping cream(satu kotak kecil) serta setengah sudu mentega(kalau x letak pun xpe). Kemudian tuang atas kek. Kalau nak lagi simple, hanya cairkan coklat masak dan tuang atas kek. Done =)

Selamat mencuba
Jika ad pertanyaan, sangatlah di alu-alukan, ok ^_^





Sunday 2 February 2014

Resepi : Sambal Ayam Penyet Moden

Bismillah

Teringin nak masak ayam penyet, tapi tak ada stok ayam dalam fridge. Makanya, dapat makan sambal pun jadi la..huhu. Dengan semangat ak berperang di dapur sambil membayangkan hasil sambal ayam penyet yang akan ak siapkan.

Tadaa...ini lah hasilnya. Gambar kurang menarik, tapi yang penting rasa. ye dak.. =)

Bahan-bahannya

5 sudu minyak zaiton/masak
3 biji bawang merah sederhana besar 
2 biji tomato
belacan besar ibu jari (ak suka belacan, jadi ak letak lebih skit)
2 biji lada merah
7 biji cili api (kalau xtahan pedas boleh kurangkan)
1 biji limau kasturi
garam/gula (secukup rasa)

Cara-caranya

1. Panaskan minyak zaiton/masak dan masukkan bawang, tomato, belacan, lada merah dan cili api bersama. Goreng hingga garing. (Hati-hati dengan cili sebab dia boleh meletop semasa menggoreng)
2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan gorengan tadi ke dalam pengisar dan kisarnya kasar. ( kalau nak lagi asli, tumbuk pakai lesung. Tapi disebabkan namanya sambal ayam penyet moden, jadi aku blend je semua.. hehe).
3. Akhir sekali, masukkan perahan air limau kasturi, garam dan gula. Gaulkan dan siap.


Selamat mencuba, kalau ada sebarang pertanyaan, sangat dialukan =)

p/s: Actually, kalau di Indonesia, sambal ni digunakan untuk semua jenis masakan diorang. Bukan sahaja ayam penyet, nasi timbal, nasi kuning dan macam-macam jenis nasi turut dimakan dengan sambal ni.Buat ak teringan sambal pakcik ikan bakar semasa belajar di Bandung. Memang superb dan ak adalah pelanggan yang selalu mintak sambal lebih..hehe



Thursday 30 January 2014

Shiro, Bermula Sebuah Cerita

Bismillah

Terlalu banyak rancangan yang disiarkan di tv. Keagamaan, percintaan, kemasyarakatan, sosialisme, dan banyak lagi genre yang dipaparkan. Namun, pilihan cerita yang ingin ditonton ada ditangan kita sendiri. Kita boleh pilih sama ada ingin menonton cerita@siaran yang boleh memberikan manfaat atau sebaliknya.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak cerita yang dipaparkan, ak sangat tertarik dengan drama "Shiro, Bermula Sebuah Cerita". Cerita ni mengisahkan dua sahabat terjalin erat di antara Ajak dan Shahrol sejak dari kecil lagi. Ragam mereka sebagai kaki kacau di sekolah, gigih bekerja untuk mencari pendapatan serta konflik keluarga.

Apa yang ak kagum dalam cerita ni ialah jalinan persahabatan yang wujud antara Ajak dan Shahrol. Nampak disitu kemanisan ukhuwah antara dua sahabat. Walau kadang kala berlaku percanggahan pendapat atau sedikit kedinginan, mereka tetap mengekalkan ukhuwah yang telah lama dibina. Even, cerita ni lebih kepada komedian genre, tetapi banyak terselit pengajaran yang kita boleh dapat darinya. Insya Allah 

Wednesday 29 January 2014

Review : Novel Vehaen: Satu Cerita

Bismillah



Satu lagi novel daripada Jemari Seni yang buat ak terkesan selepas novel Jaja dan Din. Novel karya Ainul Farihah membentangkan kisah persahabatan antara Rif"at, Imran dan Amrullah dalam menjalani hidup sebagai pelajar, khalifah dan pemimpin di bumi ALLAH. Kisah mereka turut membawa kita menghayati nikmat ukhuwah fillah dan manisnya ukhuwah dalam bersaudara. Sangat terkesan di hati dan ak tegar meneliti setiap patah perkataan untuk ak mendalami setiap watak dan jalan ceritanya.

Bahasa yang indah dan mudah difahami. Yang penting ak tetap bersemangat menghabiskan novel ni sehingga ke penghujung cerita. Satu novel yang ak amat sarankan untuk dibaca. Insya Allah tak rugi kalau kalian beli.






Sinopsis:

Rif’at, anak kelahiran Palestin yang dibawa ke Malaysia dan dijadikan anak angkat. Dia mengimpikan sebuah tali persahabatan yang terbina dengan reda Allah. Impiannya tercapai apabila dia mengenali Imran.
 “Ukhuwah, kadang-kadang bagi motivasi untuk kita lakukan sesuatu yang dapat membawa kita ke syurga. Supaya kita dapat bertemu di sana.”

Imran, pelajar yang bermasalah dan dianggap ketua taiko di sekolahnya. Dia mula insaf dan berubah ke arah kebaikan setelah mengenali Rif’at.
“Peluang paling besar yang aku rasa Allah pernah bagi pada aku, adalah peluang untuk kenal seorang sahabat bernama Aamir Rif’at.”
Amrullah, pengalaman menjadikannya lebih matang. Ketabahannya melayan kerenah Imran lama-kelamaan membuatkan ukhuwah mereka semakin rapat.
“Kalau dulu aku doakan kau tak jejak syurga, sekarang Allah kasi peluang untuk kita atur langkah sama-sama ke syurga. Indah kan aturan Ilahi?”

Ikatan persahabatan yang dibina di Vehaen University sangat berharga bagi Rif’at, Imran dan Amrullah. Namun, ukhuwah mereka diuji dengan pelbagai dugaan, seorang demi seorang. Mampukah mereka bertahan dengan ujian-ujian ini? 
Sumber: Jemari seni

Friday 24 January 2014

Just My Own Way

Bismillah

Pagi tadi baru lepas buat informal interview. Nak kata nervous sangat tu tak lah, tapi perasaan cuak tu tetap ada. 1st time kan, nak kene interview dengan orang. Memang zero, satu pengalaman pun tak ada. So, nak tak nak, kene buat-buat berani la.

Dan cara ak pulak, semua benda kena spontan. Ak memang bukan stok-stok yang kene hafal atau buat skrip untuk presentation atau public speaking. Sebab kalau suruh ak menghafal, memang totally out. Makanya, dengan cara yang mudah ak cuba ulang kaji sekali lalu ap yang ak akan bentang atau cakap. Ayat ap yang ak akan karang....just wait and see je la.

Ada kelemahan sebenarnya cara yang aku buat ni. Pertama, probability untuk blur or stuck semasa bercakap mungkin ada (ak pernah mengalaminya) atau secara tiba-tiba idea hilang dari fikiran(itu pun ak dah rasa). Kedua, probability untuk kita berdiri dan mendiamkan diri dihadapan juga ada. Ketiga, probability untuk kita cakap dengan ayat yang terabur atau idea yang tidak tersusun( i deathly have feel it)Tetapi, perkara ini pun ada kelebihannya juga.  Pertama, membina pemikiran dan minda untuk bekerja pada waktu kritikal(ye la tuuu). Kedua, aku perasan, kalau orang cakap ikut skrip ni ak plain. Jadinya better tak payah ada skrip  =)

Macam mana pun, apa-apa cara yang digunakan pun tak kisah la. Yang penting korang selesa. Setiap orang lain caranya  =)


......salam maghrib 

Thursday 23 January 2014

Cikgu Hamsanku

Bismillah

He's getting old, but his spirit always young.
He's the supporting teacher, always helps his students in his own way.
Enjoy to teach and students very enjoy to learn.
He's my Bahasa Melayu's teacher, Mr Hamsan.

Moga cikgu cepat sembuh. Kami anak-anak muridmu tetap setia mendoakan kesejahteraanmu, insya Allah.

Wednesday 22 January 2014

Qadr, satu cerita

Bismillah

Manusia memang tak pernah lepas daripada kesilapan, Memang syaitan dah janji yang selagi dunia tak kiamat, Dia akan sentiasa mencenderungkan manusia pada perbuatan haram dan khurafat.
Tapi, selagi dunia tak kiamat jugak, pintu taubat tak akan tertutup.
ALLAH Maha Kuasa, ALLAH Maha Penyayang.

Kita semua ni ibarat roda kenderaan yang berputar di jalan raya.
Kejap diatas, kejap di bawah.
Kehidupan pula umpama lebuh raya yang sibuk, bahaya menanti di mana-mana.
Tapi, disebalik setiap duka akan terselit berita gembira.
Yang penting kita redha dan tak berputus asa untuk berusaha.

Anak adalah tanggungjawab.
Zuriat adalah refleksi kita sebagai orang tuanya.
Jika baik didikan kita, anak itulah yang akan tolong kita ke syurga.
Jik lalai kita dalam mendidik, anak itulah yang akan menjadi tangan yang melepaskan kita ke neraka.
Anak adalah amanah.
Hadiah terulung dari ALLAH untuk saham akhirat kita.

Keluarga adalah tunjang kehidupan.
Keluarga yang sentiasa bersama akan menjadi kekuatan setiap ahlinya.
Sayang menyayang adalah sifat semula jadi manusia sedari azali.
Rumah yang dipenuhi kasih sayang adalah syurga dunia.

ALLAH berfirman dalam Surah Al-Imran, "Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati  melainkan dengan izin ALLAH, sebagai ketetapan yang tertentu waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat itu."
Ajal maut segalanya adalah ketentuanNya.
Kita tidak tahu bila kita akan pergi.
Tapi kita tau yang suatu hari nanti yang kita semua akan dibangkitkan di Padang Mahsyar.
Kala itu, segala amalan yang kita kumpul semasa hayat akan menjadi bekal.
Jadi, masa yang kita ada janganlah diambil mudah.
Sayangnya..........



Sumber: Qadr (Astro First)
Pengarah: Faisal Ishak


p/s: movie yang sangat disarankan untuk ditonton. Tahniah kepada Faisal Ishak untuk cerita yang berkualiti ini. Semoga banyak lagi cerita-cerita seperti ini dapat dihasilkan oleh anda dan karyawan-karyawan Malaysia yang lain. Insya Allah.


Monday 20 January 2014

Slot Cerpen...."Dalam Bingkai Mahabbah"

Bismillah

satu cerpen yang ingin ak kongsi bersama,hayati dan selamat menghadamkan =)

Bunyi  deringan telefon membuat aku tersedar daripada lamunan dan memaksa aku untuk menapak menuju ke meja belajarku. Di situlah aku mengambil telefon bimbitku, lalu aku melihat nama yang tertera di skrin.
Ummi. Jarang seklai ummi mahu menelefonku melainkan jika ada hal penting berkaitan keluarga. Maklumlah, aku di Mesir sekarang ni. Jadi, kos untuk menelefon aku bukannya murah. Aku menekan butang menerima panggilan. Dan serta-merta aku mendengar suara ummi memberi salam dihujung talian.

"Waalaikumussalam, ummi," jawabku penuh hormat. Entah kenapa tiba-tiba dadaku berdebar. Aku takut jika apa yang ummi akan khabaran kepadaku sebentar lagi adalah musibah yang menimpa keluarga. Sempat aku berdoa di dalam hati agar ALLAH melindungi kami sekeluarga daripada sebarang musibah.

"Fah sihat, ummi.." ujarku apabila ummi bertanya keadaanku di sini.
"Fah, ummi nak beritahu sesuatu pada Fah,"ujar ummi. Suara ummi kedengaran gembira Jadi apat aku simpulkan, khabar yang akan dibawakan oleh ummi sebentar lagi adalah khabar gembira.

"Apa dia ummi?" Aku bertanya inginkan kepastian. Dadaku masih berdebar walaupun debarannya tidak sehebat tadi.
Gelas yang kupegang terlepas daripada tangan apbila mendengar penjelasan ummi. Aku tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan rasa yang aku alami kini. Mulutku seakan-akan terkunci untuk berbicara dengan ummi.

"Fah dengar tak apa yang ummi cakap tadi?" soal ummi apabila aku mendiamkan diri dan tidak memberi respon kepada kata-katanya.
"Fah dengar, ummi," ujarku lirih. Entah kenapa hatiku tiba-tiba sebak. Seharusnya itu sebuah khabar gembira buatku. Namunm jauh di sudut hati aku merasakan sebuah kehilangan.
"Baguslah kalau Fah dengar. Abah dah balik tu. Ummi nak sambut abah dulu," ujar ummi dengan nada yang masih ceria.
"Baiklah ummi. sampaikan salam Fah untuk abah." Terasa kakiku tidak kuat untuk berdiri saat itu. Aku terjelepuk di atas lantai. Entah bila air mataku jatuh ke pipi.

Lima hari yang lalu....
JENDELA YM aku biarkan terbuka seperti selalu jika aku online. Pantas bibirku mengukir senyum apabila melihat nama yang satu itu. Hazirah. Pantas jari-jemariku mengarah ke nama itu dan setelah menekan dua kali pada nama itu, muncul sebuah layar lain dengan latar belakang daun-daun maple yang sedang berguguran. Seiring itu juga, aku pantas menekan butang ikon. lalu kutekan butang enter dan muncullah sebuah ikon 'smiley' pada jendela bernama Hazirah tadi.

Huzaifah: :)
Huzaifah: Assalamualaikum wbt.

Selang beberapa minit kemudian, pesanan aku tadi berbalas. Dan makin lebar senyuman di bibirku saat itu.

Hazirah: :)
Hazirah: Waalaikumussalam wbt.
Hazirah: Ya, kenapa abang? Abang tak sihat ke?

Itulah soalan lazim Hazirah jika aku yang memulakan perbualan. Bakal doktor yang cukup dedikasi. Apa-apa pun mesti tanya aku sihat ke tidak. Padahal kalau ikut logik akal, orang yang tak sihat tak boleh online.

Huzaifah: Alhamdulillah.. abang sihat. Cik doktor tak payahlah risau ya?
Huzaifah: Hazirah sihat?

Dan beberapa saat kemudian Hazirah membalas pesananku.

Hazirah: Aaa. Ingat tak sihat. Saya sihat. Alhamdulillah.

Aku tersenyum sekali lagi. Perkataan kegemaran Hazirah ialah 'aaa'. Aku cuba membayangkan bagaimana memek mukanya setiap kali dia menyebut ayat itu. Dan setiap kali aku membayangkan, pasti aku akan ketawa.

Huzaifah: Rasa berdebar-debar nak lalui hari-hari mendatang. Rasa semakin berat tanggungjawab yang terpaksa dipikul. Yang pasti, kita terpaksa meraikan semua orang.

Aku menunggu respon Hazirah.

Hazirah: Hmm...lain macam je bunyinya. Abang ada apa-apa ke nak beritahu?

Dan seperti biasa, respon Hazrah tidak pernah menghampakan aku. Dan aku tiba-tiba rasa mahu mengusiknya seperti selalu.

Huzaifah: Mesti laa... Sebenarnya....

Sengaja aku berjeda di situ untuk memancing Hazirah bertanya. Supaya konsenterasinya kepadaku lebih saat itu.

Hazirah: Sebenarnya apa, abang?  Ades, buat orang nervous pulak.

Aku sudah dapat mengagak itu yang akan dikatakan oleh Hazirah. Hazurah seorang yang kurang sedikit tahap kesabarannya.

Dan aku sudah tertawa.

Hazirah: Ades. Belasah karang.

Sudah kuduga Hazirah akan mengeluarkan ayat itu.

Huzaifah: Hazirah tahu tak, lepas hari raya hari tu...Ada seorang asik tu, dia selalu tegur abang dekat fb. Awal-awal tu abang tak perasan lagi. Tapi bila abang tak balas dia punya mesej, dia mesej dekat inbox.
Dia minta maaf la bagai sekian-sekian. Abang pun beritahulah, tak sempat reply mesej-mesej dekat inbox.
abang beritahu dia, rakan-rakan fb yang biasa berhubung tu,abang dah anggap maca adikberadik. Cuba Hazirah teka, apa respon dia?

Dan sebentar Hazirah membalas.

Hazirah: Entah. Dia cakap dia suka kat abang?

Senyumanku terukirkan di bibir.

Huzaifah: Dia cakap.."adik je?". Lepas tu dia terus senyap sampailah hari ni.

Serasa lega sedikit hatiku dapat meluahkan masalahku kepada Hazirah.

Hazirah: Haha....Abang heartbreaker. nak bebel kejap dekat abg. Abang pun satu dok melayan. Kadang-kadang over sampai orang boleh salah sangka. Sedangkan abang dengan adik-adik kandung abang sendiri abang tak layan macam tu. Kenapa dengan tak kandung abang nak layan lebih-lebih? Memanglah orang akan terasa. Dan nama pun hati perempaun tu lembut. Cepat jatuh cinta. Yang pergi usik hati orang siapa suruh? Aish...Rasa nak belasah abg.

Huzaifah: ;p
Hazirah: Cuba belajar hargai perasaan orang.

Hazirah kalau sekali dah membebel rasanya kalah ummi. Begitulah Hazirah yang aku kenal.

Huzaifah: Nak kena letak harga ke? Hehe... Susahlah, Hazirah...
Hazirah: Benda ni tak susah. Abang je yang bagi susah. Hazirah bagi contoh ya?
Huzaifah: Okey.
Hazirah: Abang selalu caring pada perempuan. Macam Hazirah ni ha. Nak habis YM abang mesti cakap jaga diri baik-baik. Kalau Hazirah macam budak tu, mesti Hazirah rasa, owh....abang ni sayang dekat aku. Kalau tiap-tiap kali YM abang cakap macam tu, tak ke lama-lama kalau tak suka dekat abang pun boleh jadi suka?

Baru hari ini aku sedar apa yang aku buat selama ini boeh membuatkan orang lain salah sangka. Itupun apabila Hazirah yang menyedarkan aku.

Huzaifah: Ooo...begitu.

Dan Hazirah terus dengan bebelannya.

Hazirah: Cuba buat biasa je. Ni buat luar biasa. Memang Ia akan jadi luar biasa juga. Lagi satu contoh. Abang boleh Hazirah kategorikan sebagai lelaki idaman setiap perempuan, Agama mantap, hafiz, muka boleh tahan, baik budi pekerti. Siapa yang tak nak?
Jadi, bila abang sentuh isu-isu cinta dan yang luar daripada kebiasaan, confirm perempuan tu akan perasan yang abang suka dekat dia. Otak dia akan set, takkan abang ni yang molek agamanya akan cakap benda-benda macam ni dekat aku kalau dia tak serius. See?
Persepsi perempuan tak sama pada lelaki. Cuba kalau yang cakap hal cinta tu playboy, otak mereka akan set, alah.... lelaki ni dengan perempuan lain pun dia akan cakap benda macam ni juga. Bukan dengan aku je. Jadi, dia tak sempat nak perasan. Common senselah abang.

Huzaifah: Cuba Hazirah terangkan 'isu2 cinta dan yang luar daripada kebiasaan'. Yang ni tak berapa nak faham sikit.
Hazirah: Macam mana ya? Macam abang dengan Hazirah kan cuti hari tu, abang asyik tanya je Hazirah dah jumpa orang tu ke belum. Abang suruh Hazirah ambil gambar dan bagi abang cemburu. Ha...bend-benda ni kan memicu perempuan tu untuk fikir, 'Eh, abang ni cemburu ke kalau aku keluar dengan lelaki lain? Dia suka aku kot? So, elakkan memicu rasa perasan dalam hati perempuan.

Dan sekali lagi aku rasa terpempam dengan contoh yang Hazirah berikan. Tiba-tiba rasa bersalah hinggap di hatiku.

Huzaifah: Yang tu saja je nak usik Hazirah. Memang tak boleh ya?
Hazirah: Cuba kalau Hazirah pun fikir macam perempuan tu. Kan jadi luar biasa. Walaupun niat abang tu mengusik, tapi bagi Hazirah benda tu serius. Mungkin abang nak cakap yang abang cemburu tapi abang tak nak Hazirah rasa bersalah. Jadi, abang berkias. Boleh je Hazirah nak fikir macam tu. Jangan expect orang akan faham apa yang kita cuba sampaikan. Tapi anggap dia tak tahu apa-apa supaya kita lebih berhati-hati.

Huzaifah: Difahami. Terima kasih atas pencerahan.

Dan setelah itu, aku duduk merenung ke luar tingkap. Memikirkan setiap kata-kata yang ditulis oleh Hazirah tadi. Mungkin gadis itu kecewa. Atau adakah gadis itu mencintai dirinya? Ah, dis sendiri taidak tahu perasaannya pada gadis itu.

Enam hari berlalu sejak Hazirah meluahkan rasa hatinya kepda aku berkenaan rasa kecewa apabila aku memperlakukannya seperti itu. Walaupun dia cuma menyampaikan dalam bentuk nasihat kepada aku, tetapi aku tahu, itu memang apa yang dirasakannya. dan sepanjang enam hari ini, aku merasa bersalah kepadanya.
Cinta. Nak katakan aku cintakan Hazirah mungkin tidak. Aku cuma selesa berbicara dengannya lewat YM dan juga FB. Sesekali menerusi SMS. Dia pendengar masalah yang baik. Bersedia berkongsi duka dan suka dengan aku. Tetapi untuk menafikan yang aku tak sayang Hazirah, aku tidak berani. Kerana aku tahu aku sayangkan dia. Mungkin sebagai adik. Tetapi jika aku sayang dia sebagai adik, kenapa aku melayannya lebih daripada adik kandungu sendiri?
Aku memicit-micit dahi yang terasa berdenyut daripada tadi. Semakin banyak yang aku fikir mengenai Hazirah, semakin bersalah aku jadinya. Aku sendiri keliru dengan perasaan aku. Siapa sebenarnya Hazirah di hati aku? Ditambah pula berita yang disampaikan oleh ummi yang aku terima semalam membuatkan aku tidak tenteram. Perlukah aku memberitahu perkara tersebut kepada Hazirah?

Lapan bulan berlalu, Hazirah terus mendiamkan diri daripada aku. Dia seolah-olah membawa diri sejak aku memberitahunya perkara itu. Mungkinkah dia merajukdengan aku? Atau dia sibuk menjalani hari-harinya merawat pesakit di hospital?
Setiap kali aku membuka laman YM dan aku melihat Hazirah online, aku menegurnya seperti biasa. Namun, cukup tiga saat Hazirah akan offline dan teguranku dibiarkan tidak bersambut. Jujur aku katakan, aku kehilangan tempat berbicara. Tempat untuk berkongsi kisah suka dan duka. Aku cuma berfikir positif yang Hazirah tidak melupakan aku. Dia cuma sibuk dengan tuga hariannya. Tetapi sampai bila? Lapan bulan tiada sehari pun dia menegurku di laman YM ini seperti dahulu.

Aku bula laman FB pula. Aku melihat timeline Hazirah. Sekali lagi aku hampa kerana yang boleh kulihat adalah prifilnya. Gambar dan juga statusnya semua tidak boleh kulihat. Sepanjang tempoh lapan bulan ini, aku boleh katakan aku rindukan hurauan gadis itu. Aku rindukan usikannya. Aku rindukan mesejnya mengejutku setiap pagi. Aku rindukan segala-galanya tentang Hazirah. Benarlah kata orang, kita tidak akan tahu sebesar mana kita cintakan seseorang itu selagi kita tidak kehilangannya.

Aku menyeka air mata yang tiba-tiba mengalir dihening subuh itu. Rinduku pada Hazirah membuatkan manik-manik jernih ini mengalir laju menuruni pipiku. Entah kecewa, entahkan sebak, aku tidak tahu. Lapan bulan menanggung rindu, adakah Hazirah masih mengingatiku?

Lapan bulan yang lalu....

Huzaifah: Assalamualaikum wbt. :)

Dan aku tidak perlu menunggu lama kerana Hazirah menjawab salamku.

Hazirah: Waalaikumussalam wbt. Ya kenapa? Abang sihat? soal Hazirah seperti biasa
Huzaifah: Alhamdulillah abang sihat.
Hazirah: :)
Huzaifah: Hazirah, abang ada sesuatu nak beritahu Hazirah.
Hazirah: Silakan.
Huzaifah: Sebenarnya....

Aku berjeda disitu seperti selalu. Sudah lama rasanya aku tidak bergurau dengan Hazirah.

Hazirah: Sebenarnya, dragon ball ada tujuh biji? Hazirah dah tahulah, abang.

Dan aku tergelak membaca ayat itu. Hazirah sudah tahu aku akan mengenakannya.

Huzaifah: Tidak. Bukan yang tu abang nak beritahu.

Aku masih rasa serba salah untuk berkongsi cerita ini dengan hazirah. Namun, aku tahu satu masa nanti aku tetap harus memberitahunya. Aku menunggu respon Hazirah, namun gadis itu diam tidak memberi apa-apa reaksi. Jadi, aku kuatkan hati menyatakan hal yang sebenarnya kepada Hazirah.

Huzaifah: Sebenarnya, abang dah bertunang.

Sebuah keluhan aku lepaskan. Terasa sesak dadaku saat itu.

Hazirah: Alhamdulillah.

Dan jawapan sesingkat itu membuatkan aku rasa bersalah kepadanya. Aku tahu, Hazirah mungkin kecewa mendengar berita ini.

Huzaifah: Abang serahkan segalanya pada keluarga.
Hazirah: :)
Huzaifah: Kalau itu jodoh abang, abang redha. Abang terima dia seadanya. Janji ummi bahagia.
Hazirah: Baguslah kalau begitu.
Huzaifah: Kami tak pernah kenal, tak pernah jumpa.
Hazirah: Baguslah.
Huzaifah: setakat ni abang serahkan semuanya pada keluarga. Tak sempat lagi nak bertaruf dengan di.
Hazirah: :)
Huzaifah: :)

Aku merenung skrin. kami sama-sama kehilangan kata-kata. Aku tahu Hazirah sedang melayan perasaannya. Mungkin dia juga masih mencerna berita yang aku sampaikan tadi. Aku harap dia tabah seperti selalu.

SEBUAH pesanan aku terima pagi tadi menerusi e-mel. Namun, baru sekarang aku bisa membacanya dalam suasana hening malam ini. Aku melihat alamat e-mel yang tertera disitu. Alamat yang paling kuhafal. Alamat e-mel Hazirah. Cepat-cepat aku membuka e-mel tersebut, lalu aku membaca satu per satu ayat yang tertulis didalam itu.

Untuk abang...
Assalamualaikum wbt. Semoga abang sentiasa sihat dan berada didalam rahmat-Nya. terlebih dahulu, maaf kerana sudah lama Hazirah tidak bertanya khabar dan bertukar cerita dengan abang. Harap abang boleh maafkan Hazirah.
Adakalanya, kita rasa terlalu selesa dengan seseorang hingga kita lupa siapa dia dalam hati kita. tetapi apabila suatu hari kita sedar hati kita bukan miliknya, kita katakan pada dia dan kita harap dia dapat menerima semua yang kita kata.
Kita lupa, dia juga punya perasaan dan harapan. yang menciptakan kenangan itu adalah kita yang tiada perasaan. Tanpa sedar, kita telah membunuhnya dengan kenangan yang kita tinggalkan. Kita biarkan dia menangis tanpa kata.
Tahukah kita, dalam setiap air mata yang dialirkan, dia cuba untuk melupakan? Walau yang kita lihat adalah sebuah senyuaman, mana mungkin hati yang luka bisa sembuh sekejapan?
 Biarkan dia membawa dirinya bersama masa depan. Bukan senang untuk melupakan melainkan dia meninggalkan. Biarkan dia melupaan segala kenangan walaupun kita tahu bukan mudah untuk dia melakukannya. Mohon maafkan dia untuk segala kekhilafan.
Mengingatimu,
-Hazirah-

Aku membaca pesanan itu beberapa kali. dan setiap kali aku membacanya, setiap kali itu juga air mataku mengalir tanpa dipaksa. Begitu berat penderitaan yang aku berikan kepada Hazirah. Begitu payah juga dia cuba bangkit demi sebuah kehidupan.

Aku melihat hazirah duduk di sudut biliknya. Jauh sekali dia merenung memandang ke luar tingkap. entah apa yang direnungkan di luar sana.
"Assalamualaikum," ucpku sambil menapak menghampiri Hazirah.
Hazirah menolehmemandangku, namun pandangannya kosong. Dia kembali menatap ke luar tingkap. Salamku juga tidak bersambut seperti tiga tahun yang lalu.
"Hazirah pandang apa kat luar tu sampai tak nak pandang muka abang ni?" Sengaja aku memancing Hazirah untuk bicara. Aku duduk betul-betul berhadapan dengannya.
"Abang dah tak handsome macam dulu ke?" soalku lagi.

Hazirah masih diam. Dia lebih suka melihat burung-burung yang terbang pulang ke sarang di dada langit petang itu berbanding melihat wajahku. Hatiku remuk melihat Hazirah dalam keadaan seperti itu. Aku yang menyebabkan Hazirah terkunci di bilik kecil ini. Menghabiskan hari-harinya seorang diri tanpa sesiapa menemani. Aku merenung wajah itu dalam-dalam. Sesekali tudung Hazirah terbang ditiup angin. Hazirah hanya membiarkannya.
Agak lama sehingga Hazirah memalingkan wajahnya memandangku. Dia merenung wajah aku dalam-dalam. Dan seketika kemudian aku lihat air mata mengalir jatuh di pipinya. Dan segera dia mengalihkan wajahnya kembali menatap pemandangan di luar. Ketukan di pintu besi mengejutkan aku. Aku berpaling memandang pintu itu.

"Encik, masa melawat dah habis," ujar pengawal di luar. Dia pengawal biasa yang mengawal di wad yang terdapat di Hospital Permai ini.
Aku mengangguk tanda faham. Wajah Hazirah kutenung sayu. "Hazirah, abang ablik dulu," ujarku perlahan, berharap Hazirah memalingkan mukanya dan memandang wajahku saat itu.Hazirah menoleh. Air mata masih mengalir di pipinya seperti tadi. Dia mengangguk lambat-lambat. Dengan berat hati aku menapak menuju ke pintu besi. Sebelum pintu itu dikunci kembali, aku mendengar Hazirah berkata sesuatu. Aku menghentikan langkah kakiku.

"Abang, siapa kita untuk menolak jika jodoh datang tiba-tiba kan? HAzirah faham tu," ujar Hazirah tenang. Senyuman yang terukir di bibir dengan air mata yang mengalir di pipinya adalah jawapan kepada segala-galanya. Kemudian dia berpaling kembali menghadap ke luar tingkap.
Aku keluar dengan hati yang walang. Ini adalah kesalahan terbesarku, mempermainkan sekeping hati yang sangat jujur mencintai aku sehingga kehidupan seorang yang seharusnya bergelar doktor berakhir sebagai seorang pesakit di sebuah hospital sakit jiwa.

"Abang, Hazirah macam mana?" soal istriku setelah aku meloloskan diri ke dalam kereta.
"Masih macam tu. Cuma tadi baru nak bercakap dengan abang," ujarku menjwab pertanyaan Husna.
Husna memandang ke arah tingkap di bilik yang menempatkan Hazirah. "Semoga ALLAH memberikan dia ketabahan dan ketenangan hati," ujarnya sebak.

Dan sebentar kemudian, aku meneria panggilan telefon daripada pihak hospital.

"Assalamualaikum, encik. Hazirah baru saja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi."
Telefon didalam genggaman terlepas. Aku membuka pintu kereta, lalu berlari semula menaiki tangga menuju ke bilik Hazirah. Baru sahaja tadi aku mendengar gadis itu bersuara. Namun kini aku cuma melihat gadis itu kaku di kerusinya.
Maafkan abang, Hazirah....


------------------TAMAT---------------------------------------------------
Sumber:
boleh dapatkan buku ini untuk koleksi cerpen-cerpen hebat yang lain =)
Penulis Asal: Isha Idiaz