Tuesday 28 August 2012

Love you just the way u are


haha...pengaruh cerita bridget jone's diary la sangat.... tapi betulkan, bila ayat ini diulang-ulang terasa sweet pulak. Bila mana seorang lelaki@perempuan itu dapat menerima pasangannya seadanya tak kira waktu senang atau susah...

walau si dia nampak bodoh dengan caranya,
walau si dia bersaiz besar dari biasa,
walau si dia kurang petah dalam berkata,
walau si dia kurang sabar dalam amarahnya,
walau si dia kurang kemas dalam tingkahnya,
walau si dia kurang yakin dalam persembahannya,
walau si dia menyebabkan diri nampak berbeza.
tapi itu semua tidak mencacatkan nilai si dia pada kita.

Manusia itu tidak sempurna, dan punya kelemahan yang perlu diatasi bersama.

Siapa kita mengidamkan lelaki sehebat Rasulullah, 
sedang diri masih terkial-kial melengkapkan solat fardhunya.
Siapa kita menginginkan wanita sehebat Khadijah, 
sedang diri masih sayang melupakan kesenorokan dunia.
Siapa kita mengimpikan kisah cinta sehebat Ali dan Fatimah, 
sedang diri masih berat  melepaskan perkara-perkara yang mendekati zina.

Monday 27 August 2012

kopek dan ulas

bismillah

Belajar melangkah untuk menjadi lebih dewasa. Belajar untuk mula mengenali dunia realiti kehidupan sebelum berganjak ke dalamnya...bila dan siapa, biar yang Esa menentukannya.


haha, kononnya2 persediaan awal lah...ceh, mntang2 ayah dah bg kebenaran untk thn akhir nnt..Ops, bukan menggatal, hanya ingin bersedia dengan memenuhkan ilmu didada sahaja. Ingat, ilmu itu tiada batasan umur.

Jodoh itu penuh keunikan.
Apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.
Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti.
Kadangkala, antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru.
Adakah dia jodoh ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu.
Kadangkala hadirnya tidak disangka.
Dia rupa-rupanya, jodoh untuk kita.
Rencam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati, pahitnya dapat menghancurkan diri.
Misterinya dia, hanya Tuhan Maha Mengetahui.
Apabila dia menyapa, jodohkah namanya.
(antara singkapan kata-kata dalam buku ini) 

ulasan: ayat dalam buku ni ringkas dan mudah dihadam. ku kira sesuai untuk semua yang akan@telah@seumpamanya ke gerbang perkahwinan. boleh dijadikan iktibar tika mengalami masalah rumah tangga atau persediaan awal, insyallah.


Tuesday 14 August 2012

Soal pada diri....

bismillah

Jika ditanya, apakah perkara yang paling sukar dalam hidup ini. Akan ku katakan perkara yang melibatkan ibu bapa dan soal hati. Yup, itulah perkara yang paling susah untuk aku kendalikan. Kenapa ibu bapa? kenapa soal hati?


Sebab bila melibatkan ibu bapa contohnya, balik2 rumah tengok ibu@ayah kita terbaring kesakitan. Siapa yang tak sedih kot. Terasa sudah lama mereka hidup mendidik kita. Berbeda sewaktu kita kecil2 dulu. Melihat mereka masih kuat bertenaga memberikan senyuman ketika kita pulang dari sekolah. Berlari bersama bermain di taman. Kini baru kita tersedar, telah meningkat umur mereka dan sudah semakin lemah mereka dimamah usia. Maka sekarang, tugas kita sebagai anak pula mengambil alih menjaga dan membimbing mereka. Insya Allah.


Dan yang kedua, bila aku ingin membuat keputusan yang melibatkan soal hati. Aku jadi buntu. Lebih-lebih lagi  bila di fikirkan, adakah keputusan yang aku buat ini adalah berdasarkan rasional atau emosional. Sebab prinsip aku senang je, JANGAN MENGHUKUM SELAGI KITA MASIH KABUR DENGAN KESELURUHAN CERITA. Sebab aku tak nak menyesal di kemudian hari akibat sikap terburu-buru yang aku sendiri cipta.


Mungkin kita boleh tipu diri kita, buang segala barang yang si dia berikan. Bakar semua surat dan nota2 yang si dia kirim. Tapi....kenangan itu tetap terlekat diminda walaupun seribu kali kita cuba melupakannya. Entahla, kalau boleh aku x nak serabutkan otak aku dengan perkara-perkara macam ni. 2 yang kalau boleh biarlah pasanganku itu, ditentukan oleh ibu bapa aku sendiri. Kalau x pon, sesiapa yang datang meminang insya Allah akan kuterima seadanya. 


Sebab sebenarnya banyak lagi perkara yang mesti dan patut aku fikirkan. Penyebaran Islam, Pengembangan umat sejagat dan banyak lagi. Kerna, pabila kita meletakkan diri kita hanya untuk Islam dan pesuruhnya. Soal diri akan dianjak ketepi. Lupa pada kepentingan diri dan keperluan diri yang ingin dipenuhi.

Friday 10 August 2012

Tiada perbedaan antara kita

bismillah...

Apakah boleh si pengail ikan berjalan-jalan melancong sekeliling dunia
Adakah peluang si pengemis jalanan duduk bersama priawan diner di hotelan
Bisakah si pencuci lantai duduk bekerja di kerusi pengurusan
Punyakah peluang si tukang buruh untuk bekerja di bawah aircond
Apakah mungkin si pembawa beca bisa memandu kereta mercerdis bermata belalang
Bisakah si buta melintas jalan tanpa bantuan mata-mata pengawasan
Benarkah wanita hanya bisa duduk di ceruk-ceruk dapur
Adakah yang diatas akan terus berada diatas


Semua itu sebenarnya boleh diubah jika manusia itu punya semangat juang dan kesungguhan untuk mengubah keadaan dirinya. Tiada istilah terlambat kerna yang si pembuat alasan hanya ingin menunggu tanpa berusaha. Yakin pada diri dan bina matlamat sendiri untuk kita menentukan arah akhir hidup kita nanti kerna rezeki itu sentiasa disisi. Sentiasa memohon pada yang Esa moga diberi peluang. Jika bukan pada diri,mungkin juga pada anak cucu kita nanti. Insya Allah

Saturday 4 August 2012

Erti sabar

bismillah

Alhamdulillah, skarang dah nak masuk pertengahan ramadhan dah. Moga kita terus melipat gandakan usaha dalam mengejar keberkatan ramadhan yang hampir hujungnya.Insya Allah.

Ingin dikongsikan, sepanjang ramadhan ni,, dah macam2 perkara yang berlaku ujian dalam gembira, musibah dalam derita, dan sedu dalam ketawa. Hanya kepada Nya sahaja yang aku ada untuk mengadu.



Sabar, apa ya pengertian sabar yang sebenar. Adakah sabar itu ialah bila kita diuji, kita terima seadanya tanpa mengambil iktibar. Atau sabar itu adalah hanya kata2 yang diucapkan ditebing bibir untuk meredakan insan yang ditimpa kesulitan atau kesusahan. Jika inilah pengertian sabar yang sebenar, perlukah ada istilah "sabar aku pun ad hadnya"
patutkah ia diertikan sebagai sabar. Jadi, bila had sabar dah sampai?dah xde sabar lagi? macam 2?

Pada aku, sabar yang sebenar-benar sabar ialah apabila kita diberi tuba, kita balasnya dengan susu. Maknanya, bila kita diberi ujian terutamanya sesama manusia, kita tetap balas dengan kebaikkan. Walau kadang kala kita rasa dugaan yang dihadapi sangat berat.Contohnya bila kita difitnah seseorang, tp kita still lg kawan dengan orang yang fitnah kita dan kita tetap bg kebaikkan pd si dia tanpa mengharapkan balasan.

 Tp, bolehkah kita jadi macam 2?Seolah-olah seperti seorang insan yang punya hati suci yang rela dilukai dan ttp menerima dia tanpa berkira. 
Jawapannya, boleh jika kita benar2 letakkan diri kita pada lillah hi ta'ala. Sebab Allah itu Maha adil, x perlu kita bersusah payah nak membalasnya. Biar Dia saja yang menetukannya. 

Siapa kita untuk menghukum....