Tuesday, 28 August 2012

Love you just the way u are


haha...pengaruh cerita bridget jone's diary la sangat.... tapi betulkan, bila ayat ini diulang-ulang terasa sweet pulak. Bila mana seorang lelaki@perempuan itu dapat menerima pasangannya seadanya tak kira waktu senang atau susah...

walau si dia nampak bodoh dengan caranya,
walau si dia bersaiz besar dari biasa,
walau si dia kurang petah dalam berkata,
walau si dia kurang sabar dalam amarahnya,
walau si dia kurang kemas dalam tingkahnya,
walau si dia kurang yakin dalam persembahannya,
walau si dia menyebabkan diri nampak berbeza.
tapi itu semua tidak mencacatkan nilai si dia pada kita.

Manusia itu tidak sempurna, dan punya kelemahan yang perlu diatasi bersama.

Siapa kita mengidamkan lelaki sehebat Rasulullah, 
sedang diri masih terkial-kial melengkapkan solat fardhunya.
Siapa kita menginginkan wanita sehebat Khadijah, 
sedang diri masih sayang melupakan kesenorokan dunia.
Siapa kita mengimpikan kisah cinta sehebat Ali dan Fatimah, 
sedang diri masih berat  melepaskan perkara-perkara yang mendekati zina.

1 comment:

nur said...

hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..