Monday 1 October 2012

Mahar Cinta Cinderella

bismillah

Akhirnya, satu lagi novel yang berjaya aku khatamkan buat masa ini. Mahar Cinta Cinderella, bila mula-mula baca tajuk dia rasa macam x yakin je nak baca. Tajuk dia je dah rasa macam "ni mesti cerita budak-budak ni". Tetapi memandangkan penulis dia ialah Maya Iris, aku membulatkan hati untuk membelinya juga


Dan Alhamdulillah, keputusan yang aku buat berbaloi. Pepatah inggeris "Don't Judge The Book by It Cover" memang terkena pada batang hidung sendirilah.


Pertemuan Nur Sayang dan Dr. Endrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan menggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur sayang terhutang budi,namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering mengelarnya 'islam celup'.
Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang akan masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.
Dr. Ehsan muncul dalam hidup Nur Sayang setelah Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi di tolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.
Lalu, Nur Sayang Mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melannjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Mesir. Disana, dia terperangkap dengan revolusi Mesir menggulingkan presiden.
Apakah cinta presis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12?

Novel yang banyak dipenuhi dengan makna potongan-potongan ayat al-quran dan hadis yang kadang kala kita sendiri terlepas pandang dengan keunikannya. Turut dipenuhi dengan ayat-ayat spontan yang membuat si pembaca terfikir dan terpaksa mengakuinya.


"Saya selalu tertanya-tanya, apabila orang islam sembahyang, apakah mereka guna bahasa arab ataupun bahasa melayu?" Dr. Andrew bertanya. 
"Bahasa Arab." Nur Sayang menjawab ringkas. 
"Jadi, awak mahir berbahasa Arab?" Dr. Andrew bertanya dengab penuh minat. 
"Tidak", jawab Nur Sayang. 
"Sekiranya tidak tahu berbahasa Arab, bagaimana awak sebut bacaan dalam sembahyang?" Kening Dr. Andrew berkerut. 
"Kami hafal." Nur Sayang memberikan jawapan mudah.
 "Hafal dengan makna sekali?" Nur Sayang mula berasa tidak selesa. 
"Hafal bacaan dalam bahasa Arabnya." Nur Sayang memilih jalan berterus-terang. 
"Semua orang Islam buat begitu?"
"Tidak. Ada yang tahu bahasa Arab. ada yang hafal dengan terjemahannya sekali. Ada yang hafal tanpa mengetahui apa maknanya." jawab Nur Sayang.
.....................................

"Awak kata al-Quran itu buku panduan orang Islam. Tetapi awak tidak baca al-Quran seperti yang patut dibaca dan dihayati. Saya berani bertaruh awak hanya hafal tidak lebih daripada kosong perpuluhan satu peratus. Itu pun kerana awak perlu baca dalam sembahyang awak. Betul? Dan saya berani bertaruh, hidup awak bukan berpandukan al-Quran sepenuhnya. Betul?" Dr. Andrew mengecilkan matanya yang memang sudah semula jadi sepet.

No comments: