Tuesday 30 December 2014

Bila mana..

Tersilap langkah,
Tergadah bicara,
Terpalit derita,
Berlapis dosa.
 
Bila kata hati mendahului,
Bila kata akal ditolak ketepi,
Bila kata iman dibiar mati,
Tinggal nafsu merajai diri.
 
Kala ia sudah berlaku,
Tika itu kesal datang menyelubung,
Kala itu rasa bersalah mula menggunung,
Dan ketika itu lah masa tidak dapat diundur.
 
Ungkapan Melayu pernah menyebut,
Telajak perahu boleh ditarik,
Terlajak kata badan binasa,
Terlajak perbuatan buruk padahnya.
Oleh itu, biarlah beringat sebelum kena.
 
Yang baik jadikan teladan,
Yang buruk jadikan tauladan dan sempadan.
 
 

Friday 26 December 2014

Keseorangan

Seorang diri,
Menjalani hari-hari,
Menyelami sepi,
Mengharungi hidup penuh erti.
 
Di sisi tanpa teman,
Di hadapan tanpa lindungan,
Di belakang tanpa sokongan.
 
Tiada saat memerlukan,
Kehilangan saat mendambakan,
Kesunyian saat memerlukan insan untuk berkongsi.
 
Pasrah pada takdir
Redha pada ketentuan
Diiringin dengan doa,
Semoga tiba satu saat nanti, aku dipertemukan dengan insan yang ada disisi saat aku perlukannya.
 

Tuesday 16 December 2014

Dalam lipatan perasaan

Cuba cari ketenangan dalam waktu. Walau kadang-kadang rasa marah itu menyucuk kalbu.

Kata pepatah, orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan marahnya.

Pepatah itu cuba ku sahut.
Walau ada ketika aku kalah dengan rasa.

Orang kata, kalau orang yang selamanya tenang tiba2 marah, marahnya lebih teruk dari si pemarah.

Dengan itu, aku cuba sebaik mungkin untuk mengawal nafsu amarah ku agar tidak meletus. Ku tahu limit ku smpai mana.

Thursday 11 December 2014

Sakit Dada Datang Lagi?

Bismillah


Dah lama berlaku, tapi kini rasa sakit itu semakin kerap datang. Sesak pada dada, kiri dan kanan silih berganti. Nafas seolah tersekat, anggota seolah-olah terhenti untuk bekerja. Hanya mampu menghitung masa hingga ia surut sendiri.

Pernah sekali jumpa doktor ketika belajar dulu, dia kata ada contraction atau muscle tension. Jadinya, bila yang pakar dah kata macam tu. Aku abaikan ajalah rasa sakit itu.

 Terjumpa dalam satu artikel yang berkaitan dengan isu sakit dada ni, katanya :

Terdapat empat punca berlakunya sakit dada, antaranya ialah:

1. Aneurisme aorta yang bocor atau pecah
 Masalah ini melibatkan salur darah yang membengkak. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang sudah lanjut usia dan antara punca utamanya adalah tekanan darah tinggi. Selain itu, pesakit yang dijangkiti kuman siflis ketika masih muda juga menghadapi risiko aneurisme yang lebih tinggi selepas melewati umur 50 tahun.

2. Pleuritis
 Masalah ini melibatkan radang pada lapisan pleura iaitu membran yang melitupi paru-paru. Pesakit biasanya berasa sakit ketika menarik nafas akibat paru-paru yang mengembang menyentuh lapisan pleura. Pleuritis mungkin berlaku akibat jangkitan kuman dan cara rawatannya adalah dengan merawat jangkitan tersebut.

3. Costochondritis (Sindrom Tietze)
 Masalah ini melibatkan keradangan dan bengkak pada satu atau lebih tulang rawan costal pada tulang rusuk pesakit. Antara puncanya adalah trauma atau batuk yang berpanjangan. Kesakitan akibat masalah ini turut melibatkan tulang rusuk dan pesakit akan berasa lebih sakit jika kawasan terbabit ditekan. Rasa sakit pada dada akibat masalah ini juga berpanjangan dan boleh mencecah berhari-hari lamanya.

Selain tulang rusuk dan rawan costal, kesakitan pada otot dada juga diletakkan di bawah kumpulan ini. Antara punca kepada masalah ini adalah senaman keras atau terlalu berat yang mencederakan struktur tulang, otot atau rawan pada dada. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini menyangkakan mereka, mengalami serangan jantung tetapi costochondritis mudah dibezakan dengan sakit jantung atau reflux asid memandangkan kedua-dua keadaan berkenaan tidak menyebabkan kesakitan bertambah jika dada ditekan.
Pesakit selalunya hanya perlu mengambil ubat penahan sakit untuk masalah ini dan akan pulih selepas satu masa tertentu, bergantung kepada punca masalah berkenaan.


 
4. Tekanan pada saraf
Masalah ini berpunca daripada tekanan pada saraf tunjang akibat dihimpit tulang belakang ‘cervical’ yang semakin rapat. Kesakitan yang mulanya dirasakan pada leher boleh beralih ke dada dan boleh berlaku kepada golongan muda ataupun yang berusia. Walaupun jarang berlaku, masalah ini mungkin dihadapi mereka yang mengalami kecederaan teruk pada leher.Masalah ini boleh dikesan melalui imbasan Sinar-X atau imbasan MRI (Magnetic resonance imaging) ke atas tulang belakang pesakit. Rawatan untuk masalah ini biasanya melibatkan ubat dan fisioterapi tetapi pembedahan mungkin diperlukan untuk pesakit dengan masalah yang lebih serius.


Namun daripada keempat-empat itu, aku tak tahu kedudukan ku dimana satu. Yang pasti bukan sakit jantung yang melanda. Lega, Alhamdulillah. Moga cepat surut ya.


p/s: satu lagi kisah penghidap sakit dada seperti aku : DI SINI
 

Pantun empat kerat

Terbang tinggi di awan biru,
Tingginya terbang meninggalkan daratan,
Semoga pergi semua pilu,
Dan yang tinggal ialah harapan.
 
Camar terbang tinggi di langit,
Langit cerah indah nan damai,
Semoga diri terus bangkit,
Walau dilanda perbagai badai.
 
 
p/s: kawan ku bertanya, kenapa harus sekarang. Dan jawapku, kalau akan datang pun ia tetap akan berlaku. Maaf untuk post yang sedih2 sejak dua menjak ini. Janji ini untuk kali terakhir sebelum aku bangkit.

Wednesday 10 December 2014

Kata hati


Sakit fizikal boleh dicari.
Sakit dihati tak siapa yang tahu.
Bersabarlah duhai hati.
Hari mu pasti akan tiba nanti.

Mungkin mudah untuk menipu orang lain.
Tetapi sukar untuk membohongi diri sendiri.
Mengapa ingin meratapi
Sedangkan masih ada kebahagiaan yang mungkin menyusul kembali.

Friday 5 December 2014

Penghujungnya kisah kita

Bismillah

Allah menemukkan kita dengan orang yang salah agar kita boleh berfikir, menilai dan merifleksi diri tentang apa yang terjadi.

Tak perlu meratapi pada apa yang tak pasti. Sekecewa manapun rasa hati, ingat lah kita masih ada ibu bapa yang masih menyayangi. Dan itu lah kasih yang suci dan abadi.

Sabarlah wahai hati, mungkin ada lagi baik yang menanti.

#belajarmenerimarealiti