Saturday 31 October 2015

Pemberian @ Sedekah yang Bernilai

Bismillah

Sempena dihujung hari birthday aku ini, tiba-tiba teringat tentang kisah aku dan kawan usrah ibuku.

Sudah menjadi tradisi, setiap kali ABIM daerah Segamat ingin mengadakan usrah. Setiap ahli akan membawa makanan kudapan untuk dikongsi bersama sebelum usrah dimulakan.

Dan nak dijadikan cerita, satu hari aku telah ditegur oleh teman usrah ibuku "Cikgu Siti" yang sudah ku anggap seperti keluargaku sendiri. Tegurannya pada makanan yang aku bawa. 

Aku akui, keropok lekor yang aku bawakan itu agak hangit baunya, gara2 terleka aku membiarkan gorengan di dapur atas urusan lain.

Kata beliau, "ati, seeloknya kalau nak berikan sesuatu pada orang, berikan lah apa yang kita sayang atau gemarkan."

Alhamdulillah, insyallah hingga hari ni. Akan ku ingat pesanan beliau yang berhikmah itu.

Dan hari ini, nasihat itu terbukti dengan kata Qalam Ilahi;

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, sesungguhnya Allah mengetahui." (Surah Ali Imran, ayat 92)

Dalam ayat lain, Allah turut menetapkan;

"Wahai orang-orang yang beriman! Berlanjakanlahpada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kau dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu jikalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah maja kaya, lagi sentiasa dipuji." (Surah Al-Baqarah, ayat 267)

Semoga kita terus beritiqamah dalam melakukan segala ibadah. Insyallah

Friday 23 October 2015

Last Update, Drama laptop dan Air

Bismillah

Setelah hampir sebulan..
Setelah pelbagai drama yang ditempuh.
Setelah bermacam dugaan yg perlu dihadap

Akhirnya..
Drama laptop dan air telah sampai ke penghujungnya
Alhamdulillah
Laptop kerja aku telah kembali ke tangan.

Hasil tangan akhir aku. Water mark pada screen


Walaupun ada sedikit kecacatan
Selagi boleh digunakan
Akan aku gunakan sebaiknya.
Biar kecacatan itu menjadi peringatan pada aku yang sering alpa ini.

Semoga semua ini menjadi ikhtibar dan pengajaran
Insyallah

Wednesday 21 October 2015

Review : Garnier moisturizer, best ke?

Bismillah


Tergerak nak kongsi review benda ni. Ni antara produk yang paling lama pernah aku guna. Garnier moisturizer light complete..memang terbaik.


Kenapa aku sukakan benda ni? Ha..

SATU : sebab benda ni murahnya, harga kalau kat mydin RM24, kalau tengah sale boleh dapat dlm RM22. Kalau kat tempat lain dalam RM25/26 gitu lah. Biasanya benda ni tahan dalam 4-5 bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan.

DUA : sebab krim dia jenis yang cepat serap..serius! sapu kejap je dah kering...xberminyak dan  tak perlu tunggu lama2 sebelum aku nak tepuk2 bedak kat muka. Dan yang paling best, lepas pakai tu, kulit muka terasa lembut je.

TIGA : tentulah kerana keberkesanannya. Alhamdulillah selama ni aku pakai, dah lama aku xmengalami kes sun burn or muka berbelang macam kuih lapis.

Jadi, sapa yang tengah mencari cream moisturizer yang sesuai, boleh la cuba produk ni. Belum cuba belum tahu kan :)




Monday 19 October 2015

Hati

Bismillah

Ikhlas itu lawannya riak
Selagi mana di hatimu ada rasa bangga diri,
merendahkan orang lain,
mana mungkin ikhlas itu kau temukan.

Hidup ini ibaratnya kau ada sebuah almari
Almari itu kosong
Kau cuba penuhkan dengan "amalan"
Amalan yang busuk, buruk
Mana mungkin kau simpan di dalamnya itu.

Ambil seminit dua seusai solat subuh
Kosongkan hati
Yakinlah diri
Mati itu pasti
Insyallah
Kan kau miliki kerendahan hati


Friday 16 October 2015

Dear Future Husband


Dear future husband
Where ever you are
Who ever you is
I will keep waiting on you

Dear future husband
Your past is your history 
Your history mean nothing to me
Because i not perfect too
Lets make our future better
So that, we can go jannah together
Insyallah

Dear future husband
I don't know when the day will be come
I don't how we will be meet
I just pray it will be in the right time
So that we will build our baitul jannah together.
Insyallah



Saturday 3 October 2015

Phobia

Bismillah

Pernah mengalami perasaan phobia?
Definisinya, phobia itu adalah rasa takut  berlebihan yang dirasakan oleh seseorang terhadap sesuatu hal atau kejadian.

Phobia dan aku, tidak asing lagi. Aku mudah phobia dengan kemarahan dan kesedihan.

Contohnya, aku pernah phobia nak guna mesin basuh kat kampung, sebab pernah kena marah kerana sukatan baju tak betul. At the end, sampai sekarang aku akan elakkan diri daripada cuci baju kat mesin.

Aku jugak pernah phobia untuk ikut meeting dengan seseorang ni, sebab pernah dengar dia mengamuk semasa sesi meeting kami yang lepas.

Dalam satu artikel ada mengatakan, 
"Sebenarnya rasa takut itu adalah hal yang wajar, cuma cara menangganinya saja yang harus diketahui. Pada umumnya penyebab phobia adalah pengalaman masa lalu yang pernah di alami oleh seseorang yang membuat dirinya sangat takut, cemas atau mungkin malu sehingga membuat efek trauma."

Yes, dan aku setuju, macam mana rasa phobia itu pun, apa yang paling penting adalah cara aku menangani trauma itu lah yang patut aku titik beratkan.