Saturday 31 October 2015

Pemberian @ Sedekah yang Bernilai

Bismillah

Sempena dihujung hari birthday aku ini, tiba-tiba teringat tentang kisah aku dan kawan usrah ibuku.

Sudah menjadi tradisi, setiap kali ABIM daerah Segamat ingin mengadakan usrah. Setiap ahli akan membawa makanan kudapan untuk dikongsi bersama sebelum usrah dimulakan.

Dan nak dijadikan cerita, satu hari aku telah ditegur oleh teman usrah ibuku "Cikgu Siti" yang sudah ku anggap seperti keluargaku sendiri. Tegurannya pada makanan yang aku bawa. 

Aku akui, keropok lekor yang aku bawakan itu agak hangit baunya, gara2 terleka aku membiarkan gorengan di dapur atas urusan lain.

Kata beliau, "ati, seeloknya kalau nak berikan sesuatu pada orang, berikan lah apa yang kita sayang atau gemarkan."

Alhamdulillah, insyallah hingga hari ni. Akan ku ingat pesanan beliau yang berhikmah itu.

Dan hari ini, nasihat itu terbukti dengan kata Qalam Ilahi;

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, sesungguhnya Allah mengetahui." (Surah Ali Imran, ayat 92)

Dalam ayat lain, Allah turut menetapkan;

"Wahai orang-orang yang beriman! Berlanjakanlahpada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, lalu kau dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu jikalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah maja kaya, lagi sentiasa dipuji." (Surah Al-Baqarah, ayat 267)

Semoga kita terus beritiqamah dalam melakukan segala ibadah. Insyallah

No comments: