Wednesday 27 February 2013

Diary Bandung

Bismillah....

Tanggal 18 Desember 2012, aku bersama lima orang ahli kelasku diterbangkan ke Bandung untuk program pertukaran pelajar di Institusi Teknologi Bandung(ITB) selama 5 bulan. Yang bestnya, program ni ditaja sendiri oleh universiti aku (UTeM). Makanya,kami dapatlah pergi dengan perasaan gembira dan bahagianya


dayah, aku, husna

azhar, azran, paan

ha...nampak tak muka kebahagian dia. tapi sayangnya, boleh delay lak flight nya. Dekat sejam jugakla bertapa kat dalam kapal 2. akhirnya lebih kurang pkul 8pagi, kami selamat berlepas ke Bandung. YUHHUUUU....selamat tinggal Tanah Melayu, Moga bertemu lagi ^_^

Akhirnya, dalam pukul 10.30 pagi kami selamat sampai ke bandung (Bandara Husein Sastranegara Bandung). Time 2 dah hilang dah rasa teruja, yg ada hanya rasa letih dan jetleg(ceh,mcm jauh sgt je)


Lepas seketika check out dari bandara(airport) kami disambut oleh Agong and the gang untuk dibawa ke hostel dan diperkenalkan dengan suasana Bandung. Ops, lupa nak cakap, Agung ni bekas pelajar yang bertukar ke UTeM masa sem lepas, kira antara student yang terkenal la dgn lecturers kat UTeM 2. Dia ni sangat mesra dan sangat kelakar(nampak x bertapa tersenyum kebahagiannya dia kat bawah 2). Kawan Agung, Tara pulak adalah student yang akan dihantar ke UTeM untuk pertukaran dengan kami. Manakala Lee 2 student Malaysia yang belajar kat sini. Budak farmasi kat universiti panjajaran. Memandangkan dia dah lama duduk Bandung, memang hilang la slang cina dia. Agak kagum jugakla mendengarnya. 

dari kiri paan, Azran, Azhar, kawan Agung, Agung, aku, Husna, Tara, Dayah, Lee




Sebelum sampai ke hostel, kami dibelanja makan di restaurant yang superb. Nama dia Khatulistiwa, nama makanan dia buat kita pikir 3/4 kali jugakla untuk kami yang baru pertama kali sampai di sini. Dekat RM300 jugakla habis kat sini. Tapi makanan dia memang superb. Kira tak rugi la kalau cuba. Harga makanan dalam 17,000 rph dan ke atas.


Ok, gambar kat atas 2 pulak gambar bersama Dr Ari(Head Department Fakultas Teknologi Industri) iaitu orang bertanggung menguruskan akedemik kami di sini.

Akhir sekali, inilah gambar pintu gerbang kampu baru kami. Memang ala2 universiti dalam taman la, memang cantik. Hermm, kalau nak futher search tentang universiti ni boleh click kat link ni ye ITB. Oklah, ak berhenti di sini dulu ye.

Saturday 16 February 2013

Speechless

Bismillah

Alhamdulillah,hampir sebulan rupanya aku di sini. Secara jujurnya, aku masih lagi tak dapat terima kenyataan yang aku tercampak kat sini. Bukan niat aku untuk merendahkan, namun untuk mengubah perspektif negatif aku tentang negara ini sangat sukar. Sesukarnya perasaan aku untuk menerima perkhabaran yang aku akan dihantar ke sini. Berat rasanya untuk aku menerima sepenuh hati tawaran ini. Hanya ingatanku kepada ibu dan ayah tercinta buat aku cuba menabahkan hati untuk meneruskannya.

Walau kadangkala aku terasa ingin terjatuh dan terluka, ku cuba bertahan demi mereka yang ku cinta. Walau suatu saat dan ketika ku rasa lemah untuk bangun, aku cuba memaksa diri sambil memikirkan jasa-jasa mereka. Walau seketika ku rasa tidak mampu bertahan untuk meneruskan, ku cuba menabahkan hati dengan mengingati pengorbanan mereka.

Belajar untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang kita tidak gemari memang sukar. Lebih-lebih lagi bila diri terpaksa bermula dari bawah kembali. Terpaksa melupakan kemudahan dan kesenangan yang dulu ku kecapi. Baru kini ku rasa bersyukur dengan kenikmatan yang dipinjamkan sementara. Apatah lagi terpaksa menyesuaikan diri dengan insan-insan sekeliling yang ku sendiri tidak terfikir untul hidup bersama.

Ya Rabb, janganlah Kau berikan aku cubaan yang aku sendiri tidak mampu menanggungnya. Jangan kau hanyutkan aku dengan kesenangan duniawi sehingga ku lupai kesusahan yang sepatutnya ku lebih mengerti tentangnya. Jauhkan diri ini dari sifat mengeluh dan rasa berputus asa. Jangan jadikan diri ini hamba yang sering berputus asa dan berkeluh kesah

Tuesday 5 February 2013

Valuable of money

Bismillah..

Dulu-dulu aku selalu terfikir, kenapa kita mesti berusaha untuk kaya? Kalau hidup sederhana kan boleh je. Tak perlu berlumba nak jadi orang kaya. Cuba hidup gaya Rasullullah, yang sangat sederhana hingga tiada tandingnya. Dijanji syurga lagi. Jadi, apa guna mencari harta yang banyak-banyak tu. Bukan ke semakin kaya harta, semakin jauh kekayaan rasa kasih sayang. Makanya, baik hidup sederhana, cukuplah dengan apa yang ada.

Tapi, itu semua pemikiran dulu. Sewaktu aku masih terkumpul dalam pemikiran hidup sendirian. Kini aku sedar, mengumpul harta itu penting, namun bukan untuk kepentingan diri sendiri semata. Kalau kita miskin, macam mana mahu menolong orang yang lagi miskin dari kita? Bagaimana nak membantu anak-anak yatim yang kehilangan tempat berlindung? Bagaimana nak menolong orang dalam kesusahan lebih-lebih lagi saudara sedarah daging kita sendiri. Jika tanpa harta, bagaimana kita ingin menunjukkan pada orang bukan islam yang Islam itu addin yang maha hebat?

Apatah lagi dunia kini dipenuhi dengan kekuatan wang. Tiada duit, tiada makanan yang berkhasiat akan diberikan. Tiada duit, tiada pendidikan yang cemerlang diberikan. Tiada duit, jangan dibayangkan rawatan yang cemerlang di hospital. Tiada duit, kebesaran dan kekuasaanNya, kurang diertikan. Namun ingatlah, harta bukan segalanya. Kerna antara10 orang trilion dunia, 8 darinya punya keluarga yang porak peranda. Oleh itu, sebagai seorang muslim, pekerjaan duniawi harus diiringi pekerjaan ukhrawi. Jangan ditinggalkan salah satu apatah lagi keduanya, Insya' Allah

Monday 4 February 2013

Tulisan atas kertas

Bismillah...

Alhamdulillah, dah nak masuk 3 minggu aku kat sini.banyak jugak perkara yang aku belajar dan diajar. Terima kasih pada semua yang membantu.

Dulu aku selalu terfikir, antara adik-beradikku siapakah yang aku rela pemergiannya dahulu. Ku akui lumrah hidup bersama, sering ada pergaduhan dan persengketaan serta salah faham. Namun, secara jujurnya, aku sendiri tidak rela kehilangan salah seorang dari mereka melainkan biarlah aku yang tiada.

Walau kadang aku marah dengan akak sulungku, tapi ku tahu, bertapa banyak jasa dan pengorbanan yang telah dia taburkan pada kami. Walau angahku sering membuli aku waktu ku kecil, namun dia sering memberiku nasihat dan dorongan untuk merentas kehidupan. Walau sewaktu kecil aku sering bergaduh dengan adikku ana, namun dia banyak menyedarkan aku erti pesaudaraan. Walau aku sering marah dengan perangai keras kepala adikku aliah, namun dia sering membuatku tersenyum melihat keperibadian yang sebaliknya. Walau kadang kala aku marah dengan sikap adikku fatin, namun sikapnya yang mudah dilentur membuatku kagum kepadanya. Jadi, siapa yang ku rela? Jawapannya, biarlah diri ini yang pergi dahulu, kerna aku tamak untuk kehilangan salah satu.

Ya Rabb, jgn pisahkan kami sewaktu kami hidup atau telah meninggal dunia. Satukan lah kami di bawah arasyMu dan jauhilah kami dari musibah yang maha dasyat yang kami tidak mampu menanggungnya. Ya Rahman, Kau Peliharalah ibu bapaku kerna mereka lah insan yang berjaya mendidik kami sehingga kami mengenal-Mu.