Tuesday 5 February 2013

Valuable of money

Bismillah..

Dulu-dulu aku selalu terfikir, kenapa kita mesti berusaha untuk kaya? Kalau hidup sederhana kan boleh je. Tak perlu berlumba nak jadi orang kaya. Cuba hidup gaya Rasullullah, yang sangat sederhana hingga tiada tandingnya. Dijanji syurga lagi. Jadi, apa guna mencari harta yang banyak-banyak tu. Bukan ke semakin kaya harta, semakin jauh kekayaan rasa kasih sayang. Makanya, baik hidup sederhana, cukuplah dengan apa yang ada.

Tapi, itu semua pemikiran dulu. Sewaktu aku masih terkumpul dalam pemikiran hidup sendirian. Kini aku sedar, mengumpul harta itu penting, namun bukan untuk kepentingan diri sendiri semata. Kalau kita miskin, macam mana mahu menolong orang yang lagi miskin dari kita? Bagaimana nak membantu anak-anak yatim yang kehilangan tempat berlindung? Bagaimana nak menolong orang dalam kesusahan lebih-lebih lagi saudara sedarah daging kita sendiri. Jika tanpa harta, bagaimana kita ingin menunjukkan pada orang bukan islam yang Islam itu addin yang maha hebat?

Apatah lagi dunia kini dipenuhi dengan kekuatan wang. Tiada duit, tiada makanan yang berkhasiat akan diberikan. Tiada duit, tiada pendidikan yang cemerlang diberikan. Tiada duit, jangan dibayangkan rawatan yang cemerlang di hospital. Tiada duit, kebesaran dan kekuasaanNya, kurang diertikan. Namun ingatlah, harta bukan segalanya. Kerna antara10 orang trilion dunia, 8 darinya punya keluarga yang porak peranda. Oleh itu, sebagai seorang muslim, pekerjaan duniawi harus diiringi pekerjaan ukhrawi. Jangan ditinggalkan salah satu apatah lagi keduanya, Insya' Allah

No comments: